Tawaran Istimewa Volkswagen Sepanjang Bulan Jun
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi penjimatan istimewa sepanjang bulan Jun ini.
Tawaran sempena bulan Jun membolehkan anda menjimatkan lebih RM1,500 jika anda membeli varian Passat menerusi eShowroom.
Malah, anda juga berpeluang menjimatkan wang sebanyak RM1,000 sekiranya memilih untuk membeli Tiguan Allspace Highline!
Bagi yang membuat tempahan Passat menerusi eShowroom, anda berpeluang menikmati penjimatan tambahan secara dalam talian pada bulan ini.

Menerusi tawaran promosi ini, pembelian Passat R-Line dan Passat Elegance hadir dengan penjimatan eksklusif iaitu sebanyak RM5,000.
Bagaimana pula nasib peminat kenderaan utiliti sukan, Tiguan Allspace Highline?

angan risau! Ada berita baik untuk pembeli kereta tujuh tempat duduk ini kerana anda juga berpeluang menikmati penjimatan sebanyak RM4,500 jika membuat tempahan melalui eShowroom.
Sepanjang bulan ini juga, pemilik kenderaan ditawarkan dengan pelan pembayaran ansuran kaedah faedah sifar peratus jika membuat bayaran untuk servis atau kerja-kerja pembaikan menerusi kad kredit.
Pelan ini boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen dan pelan pembayaran itu boleh dibahagikan kepada enam hingga 12 bulan.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat daripada pengedar mereka mengenai terma dan syarat secara spesifik.
Malah, pemilik Tiguan Allspace akan menikmati diskaun sebanyak 15 peratus apabila membeli pakej aksesori baharu.
Pakej Tiguan Allspace yang berharga RM6,134 dan hadir dengan penjimatan sebanyak RM1,082 terdiri daripada plat pelindung, penutup pedal aluminium (1 set), pelindung beban, penutup lumpur belakang dan pelapik ruang bagasi.
Bagi pakej aksesori Tiguan R-Line, ia berharga RM4,464, manakala harga penjimatan pula sebanyak RM787.
Ia terdiri daripada aksesori seperti pelindung beban, kit papan bergerak dan pelapik bagasi.

Bagi tempahan untuk pembelian kit penjagaan kereta atau pemasangan pada masa akan datang, anda boleh membuat temu janji dengan menghubungi pusat servis Volkswagen.
Ada berita baik lagi!
Kempen Servis Selepas jualan Volkswagen juga telah dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.
Para pemilik yang membawa kereta mereka untuk servis akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus untuk penukaran minyak enjin tulen.
Malah, bagi pemilik yang membelanjakan minimum RM1,200 atau lebih pula, berpeluang mendapatkan kit penjagaan kereta secara percuma yang merangkumi pengilat wax, syampu wax, pengilat cermin, penjagaan plastik dan kulit dalam botol 50ml.
Jangan risau! Semua pusat servis Volkswagen mengikut garis panduan yang ketat di bawah inisiatif Safe Hands.
Ini bermakna, pusat pengedar Volkswagen akan membuat penerangan kereta melalui video, penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, sanitasi sebelum dan selepas servis, serta pembayaran tanpa tunai melalui e-invois.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat tempahan temu janji servis menerusi laman sesawang Volkswagen.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba
VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.
06-02-2024
Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:
VPCM tarik balik 6,671 unit kereta yang membabitkan pelbagai model.
26-12-2023
3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba
VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.
06-02-2024
VW Golf GTI Mk 8 Ditambah Ciri Baharu! Speaker Lebih Padu, Ada HUD
VPCM memulakan tahun 2024 dengan pengumuman penambahan beberapa ciri baharu untuk VW Golf GTI generasi ke-8. Ini ciri barunya...
03-01-2024
Volkswagen Golf R Mk8 Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Volkswagen Golf R Mk8 akan dihasilkan secara tempatan (CKD)?
16-07-2023
Volkswagen Golf GTI 2022, Penilaian Prestasi Sebenar!
Volkswagen Golf GTI 2022 menawarkan pemanduan berprestasi tinggi.
12-01-2023
Volkswagen Tawar Penjimatan Kaw Kaw
VPCM menawarkan promosi hebat sempena pembukaan semula sektor ekonomi.
17-09-2021
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

