Teknologi Pandu-Kendiri: Ford & Toyota Berada Di Tangga Teratas!
Berdasarkan data paten terbaharu, pengeluar kereta Ford Motor dan Toyota Motor semakin maju ke hadapan, seiring dengan syarikat gergasi lain dalam membangunkan teknologi pandu-kendiri. Berdasarkan senarai syarikat yang paling kompetitif daripada Asia Nikkei, serta berdasarkan tinjauan paten oleh Patent Result Co., kedua-dua syarikat, Ford dan Toyota berada di tangga teratas.

Ini diikuti oleh Waymo yang merupakan anak syarikat kereta autonomi, Alphabet (syarikat induk Google).
Turut berada dalam senarai 50 terbaik ialah 12 syarikat Jepun membabitkan seperti Sony, Toyota, Honda Motor dan Nissan Motor.
Akhbar kewangan Jepun, Nikkei telah menjalankan menganalisis tahap kompetitif paten. Dalam kajian ini, antara yang dilihat dan dicatatkan adalah jumlah nama paten disebut dalam laporan oleh organisasi antarabangsa, berapa kali ia telah dicabar oleh syarikat lain, serta berapa banyak rayuan dikemukakan untuk paten tersebut. Kesemua data ini kemudiannya dikumpulkan dan senarai syarikat paling kompetitif disediakan selepas data dianalisis.
Berada di tangga teratas ialah Ford dengan markah sebanyak 6,054 bersama 1,195 paten, diikuti oleh Toyota dengan markah sebanyak 5,349 bersama 1,705 paten, dan Waymo dengan markah 4,895 bersama 582 paten.


Jika dibandingkan dengan tinjaun atau kajian yang dibuat sebelum ini, Ford menunjukkan peningkatan sebanyak 260 peratus, Toyota 140 peratus dan Waymo 70 peratus. Bukan itu sahaja, Ford dan Toyota memiliki 2.5 kali lebih paten berbanding sebelum ini. Jumlah paten Waymo juga menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus.
Dalam aspek teknologi pacuan roda atau drivetrain, berada di tangga teratas ialah Toyota dengan 3,467 poin, diikuti oleh Ford dengan 3,137 poin dan Waymo dengan 2,486 poin.


Berkaitan dengan teknologi parkir autonomi, Ford mengumpulkan markah sebanyak 1,115 poin yang tiga kali lebih tinggi berbanding Toyota dan lima kali lebih tinggi daripada Waymo.
Ford menggungguli kategori ini kerana Quantum Signal AI yang merupakan sebuah jenama yang pada tahun 2019 adalah tertumpu kepada robotik mobil, pemodelan dan simulasi.
Sebelum ini, hanya Hyundai Motor mewakili Korea Selatan dalam senarai 50 syarikat terbaik ini. Namun dalam senarai yang terkini, terdapat lima syarikat Korea Selatan dan dua syarikat dari negara China yang berjaya memasuki senarai. Syarikat China lain yang turut termasuk dalam senarai ialah syarikat enjin pencarian internet, Baidu yang berada di tangga ke-23. Seterusnya adalah syarikat pengeluar kenderaan dari Shanghai di tangga ke-35.
Namun begitu, banyak juga syarikat yang terkeluar daripada senarai. Antara syarikat yang dimaksudkan ialah Uber Technologies yang telah menjual Uber Advanced Technologies Group kepada sebuah syarikat pandu-kendiri baharu, Aurora Innovation.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



