- Berita
- Berita Auto
- Keuntungan Bermaz Auto Cecah RM133.9 Juta Pada FY21, Lebih Tinggi Daripada Tahun Lalu! Ini Sebabnya...
Keuntungan Bermaz Auto Cecah RM133.9 Juta Pada FY21, Lebih Tinggi Daripada Tahun Lalu! Ini Sebabnya...

Bermaz Auto Bhd (BAuto) menunjukkan prestasi kewangan yang membanggakan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 April 2021. Laporan kewangan menunjukkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM100.84 juta pada tahun kewangan 2020 kepada RM133.94 juta untuk tahun ini.
Dalam makluman yang diberikan kepada Bursa Malaysia, syarikat mendedahkan peningkatan keuntungan daripada RM1.76 bilion tahun lalu kepada RM2.29 bilion. Pencapaian ini adalah hasil daripada kuantiti jualan yang tinggi dalam pasaran domestik yang sebahagiannya diimbangi oleh kuantiti jualan yang lebih rendah dalam pasaran Filipina.

“Kuantiti jualan domestik yang lebih tinggi bagi tahun kewangan itu adalah hasil daripada peningkatan jualan pada suku kedua hingga suku keempat berikutan impak positif daripada pengenalan pakej rangsangan ekonomi di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), serta daripada kempen promosi agresif yang diperkenalkan oleh kumpulan,” kata BAuto.

Keuntungan bersih untuk suku keempat pula meningkat daripada RM2.46 juta pada suku keempat 2020 kepada RM66.83 juta pada tahun ini dan hasil meningkat daripada RM299.36 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas kepada RM641.2 juta.
Turut diumumkan adalah dividen interim keempat sebanyak 1.50 sen dividen satu tier sesaham dan dividen khas 1.75 sen dividen satu tier sesaham bagi tahun kewangan 2021.
Hasil yang menggalakkan berjaya dicapai bagi tahun kewangan 2021 walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19 kerana promosi agresif yang telah dilakukan serta insentif daripada pihak kerajaan seperti pengecualian cukai jualan.

Untuk prospek masa akan datang, BAuto berkata bahawa penerokaan baharunya dalam penjualan jenama kereta Peugeut dan Kia serta peruncitan semula alat-alat ganti automotif masih lagi berada pada peringkat awal, oleh itu syarikat tidak meletakkan sasaran yang tinggi bagi kewangan tahun 2022.
“Perjalanan pandemik COVID-19 yang tidak dapat diramalkan secara global dan domestik terus menjadi isu penting yang akan memberi kesan pada keseluruhan pertumbuhan ekonomi.
“Pemberian vaksin dan pengesanan strain baharu virus COVID-19 yang lebih lambat dari yang diharapkan juga mengakibatkan pengguna lebih berhati-hati,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, BAuto mengatakan bahawa insentif kerajaan seperti pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021 untuk pembelian kenderaan di bawah pakej rangsangan ekonomi PEMERKASA Plus membuka peluang yang luas untuk industri automotif.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge