- Berita
- Berita Auto
- Sebut "Hey Mercedes!" Lagu Akan Berkumandang Dalam Kereta Mercedes – Bila Mercedes-Benz & Apple Music Bergabung
Sebut "Hey Mercedes!" Lagu Akan Berkumandang Dalam Kereta Mercedes – Bila Mercedes-Benz & Apple Music Bergabung
Mercedes-Benz berkolaborasi dengan Apple Music untuk mengintegrasikan sistem ini dengan servis Mercedes me connect iaitu "Online Music," dan juga sistem infotainmen MBUX.
Apa yang ditawarkan Apple Music? Apabila akaun Mercedes me disambungkan kepada kereta, pelanggan Apple Music dapat mengakses lebih daripada 75 juta lagu, ribuan senarai lagu atau playlist yang disusun khas, seleksi lagu pilihan pemuzik atau artis, serta semua siaran radio global yang terdapat di Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country.
Hanya dengan menyebut "Hye Mercedes" menggunakan teknologi arahan suara MBUX yang terdapat pada stereng kereta atau terus pada skrin paparan, pemandu boleh memberi arahan supaya kereta memainkan lagu, album, senarai lagu atau stesen radio tertentu. Wow!

"Kami menggunakan kebolehan pendigitalan melalui pengemaskinian secara dalam talian supaya masa yang diluangkan oleh pelanggan di dalam kereta Mercedes menjadi lebih seronok dan memuaskan. Integrasi dengan (platform) penstriman muzik dalam talian memberikan akses digital kepada pelanggan untuk menikmati muzik," ujar ahli lembaga Pengurusan dan CTO Mercedes-Benz AG, Sajjad Khan.
"Dengan Apple Music, kami telah mengintegrasikan sepenuhnya servis yang bersesuaian dengan portfolio muzik dalam talian Mercedes-Benz," tambahnya lagi.
Bagi pemilik C-Class dan S-Class, kemas kini terbaharu ini ditawarkan sebaik proses pengeluaran dimulakan dalam bulan ini juga. Pemilik EQS pula, pada musim panas ini.
Sementara itu, bagi pemilik kereta C-Class dan S-Class sedia ada yang mana kenderaan telah lengkap dengan MBUX generasi terbaharu, dapat melakukan integrasi dengan Apple Music sekitar akhir tahun ini.
Pemilik model kereta ini boleh menghubungkan "Online Music" dengan mana-mana platform penstriman muzik seperti Apple Music, Amazon Music, Spotify dan TIDAL.
Pelanggan yang ingin membeli in-car streaming data boleh mendapatkannya daripada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) melalui portal Mercedes me atau mengaktifkannya melalui pelan data telefon pintar masing-masing untuk S-Class, C-Class dan EQS.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia.
20-04-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...
Tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes.
15-10-2022
Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan
Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.
15-05-2022
Jentera Ini Kini Dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz
Pameran bertajuk “Close-Up: Cars, Architecture and Exhibition Design’ mengisarkan mengenai kejutan dan perkara yang mengujakan di sebalik perincian Adenauer.
24-03-2022
Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda
Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.
28-01-2022
100 Mercedes-Benz Terlibat Konvoi Amal
Mercedes Car Club Malaysia (MCCM) telah mengadakan konvoi amal.
18-01-2022
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

