ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jom makan angin dengan MINI Cooper! Tiada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.

Usaha jenama premium British dalam menyokong keseimbangan eko dijadikan realiti melalui dua model ini, Cooper SE Countryman dan Cooper SE yang bebas emisi. Model yang sama turut didatangkan dengan kompartmen bagasi dan sistem pembawa (carrier system) untuk tujuan pemasangan khemah pada bumbung kereta. 

Seperti yang dikatakan tadi, model ini juga merupakan versi yang mesra alam kerana kedua-duanya dikuasakan oleh motor elektrik.  MINI Cooper SE Countryman ALL4 menggunakan trenkuasa hibrid plug-in yang memiliki sistem pacuan semua roda dengan kuasa output mencapai 162 kW (220 kuasa kuda).

Kadar penggunaan minyaknya adalah antara 1.9 - 1.7 l/100 km berdasarkan WLTP dan 2.1 - 1.9 l/100 km berdasarkan NEDC. Manakala penggunaan elektriknya pula yang berdasarkan WLTP adalah 15.5 - 14.8 kWj/100 km dan 14.8 - 14.1 kWj/100 km berdasarkan NEDC.

Jarak perjalanan bagi MINI Cooper SE Countryman ALL4 hanyalah sehingga 59 km sahaja. Namun begitu, interaksi pintar antara enjin pembakaran dan motor elektrik kereta ini membolehkan ia mengembalikan tenaga dengan kuasa yang tersimpan dalam bateri berkuasa tingginya semasa dalam perjalanan. 

Untuk model kedua pula, MINI Copper SE dipasangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya.  Motor elektrik ini boleh menyalurkan kuasa mencecah 135 kW atau 184 kuasa kuda dan boleh melakukan pecutan daripada pegun mencapai 100 km/j dalam masa hanya 7.3 saat. 

Dari segi penggunaan tenaga, penjanaan antara 17.6 - 15.2 kWj/100 km berdasarkan WLTP dan 16.1 - 14.9 kWj/100 km berdasarkan NEDC.  Jarak perjalanan yang boleh ditempuhi dengan kuasa yang dibekalkan adalah antara 203 km ke 234 km. 

Untuk peralatan tambahan, kedua-dua memiliki sistem pembawa yang khusus untuk model masing-masing.

Selain itu, dalam pakej trim ALL4 atau Classic Plus, peralatan atau aksesori tambahan telah ditambah dengan rel bumbung.  Rel bumbung ini membolehkan khemah bumbung dipasang dengan mudah.

Khemah di atas bumbung ini boleh didirikan sepenuhnya dalam masa hanya beberapa saat. Caranya adalah dengan melepaskan penangkap keselamatan pada bahagian perumah yang secara automatiknya akan menaikkan struktur khemah  dengan bantuan spring gas.  

Untuk naik ke khemah ini, turut disediakan dalam pakej ialah tangga aluminium yang boleh dipanjangkan dengan pantas.   

Bagaimana pula dengan bahagian dalam khemah ini? Di dalamnya terdapat dua ruang tempat tidur dan tingkap yang boleh ditutup dengan kelambu untuk mengelakkan gangguan nyamuk. 

Dari segi simpanan, untuk MINI Cooper SE, bagasi dan pelbagai keperluan lain bagi aktiviti perkhemahan untuk dua orang boleh diletakkan di dalam kompartmen bagasi yang boleh dikembangkan antara 211L ke 731L sekiranya kerusi belakang dilipat. 

Sementara itu, MINI Cooper SE Countryman ALL4 pula, yang memiliki lima pintu dan lima tempat duduk selesa lengkap dengan kompartmen berkapasiti 405L ke 1,275 liter. 

Menarik bukan? Model kereta yang mesra alam ini dilengkapi dengan kemudahan untuk berkhemah. Anda bukan sahaja dapat berkhemah untuk menikmati keindahan alam semulajadi dari atas sebuah MINI Cooper, tapi dalam masa yang sama secara tidak langsung anda turut terlibat sama dalam memelihara alam sekitar disebabkan oleh motor elektrik yang digunakan kereta. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3783

SELANGOR

BSU8465

JOHOR

JG9428J

PULAU PINANG

PSH2351

PERAK

APM7351

PAHANG

CFJ3445

KEDAH

KGJ7196

NEGERI SEMBILAN

NEM5120

KOTA KINABALU

SJV349

KUCHING

QAB9492P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

09-10-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Global

07-02-2024
EV

06-12-2023
Global

22-12-2022
Global

04-07-2022
Berita Auto

24-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.