Moratorium Automatik 6 Bulan: Bagaimana Cara Untuk Memohon?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan kepada semua dalam pembentangan pakej PEMULIH semalam.
Moratorium Automatik ini ditawarkan kepada semua golongan tanpa mengira sama ada B40, M40 atau T20. Dalam motarium ini, tiada sebarang syarat diletakkan termasuklah pengurangan pendapatan. Selain itu, proses permohonan juga cukup ringkas dan mudah tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumentasi.
Dalam Moratorium Automatik 6 bulan yang pernah ditawarkan pada tahun lalu iaitu dari April hingga September, 2020, bantuan ini adalah membabitkan semua jenis pinjaman bank seperti pinjaman rumah, peribadi dan kereta kecuali baki kad kredit. Selepas tempoh ini tamat, golongan yang terkesan perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan bantuan kewangan tersasar sama ada moratorium untuk tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan.
Berdasarkan pakej PEMULIH kali ini pula, pihak bank dijangka akan membuat pengumuman terbaharu dalam masa yang terdekat.
Mengapa moratorium ditawarkan kepada semua?
Perdana Menteri berkata, moratorium selama 6 bulan ini diberikan untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah kewangan akibat Covid-19.

"Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara-mara yang terjejas akibat COVID-19.

"Saya berharap inisiatif moratorium ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini.

"Bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain," katanya.
Ringkasan moratorium yang ditawarkan
Moratorium selama 6 bulan untuk semua golongan (B40, M40 dan T20), syarikat mikro, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terkesan.
* Seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia Bantuan khusus (misalnya: Ansuran dikurangkan) bagi memenuhi keperluan dan keadaan kewangan individu juga ditawarkan.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan moratorium 6 bulan?
Tarikh permohonan moratorium boleh mula dibuat: 7 Julai 2021 melalui bank pemohon.
- Layari laman web bank untuk mengetahui cara membuat permohonan yang ditawarkan bank yang digunakan (sama ada melalui borang, emel atau panggilan telefon)
- Berikan maklumat peribadi dan pinjaman, dan pilih bantuan bayaran balik yang ditawarkan.
- Baca dan terima terma dan syarat.
- Nantikan pengesahan.
- Bank anda akan memproses permohonan dalam masa 5 hari (individu) atau 14 hari (syarikat mikro dan SME).
- Sekiranya anda menghadapi kesukaran dengan bank atau tidak menerima sebarang maklumbalas daripada bank dalam jangka masa tersebut, boleh hubungi BNMTELELINK atau isi bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.
Adakah bantuan bayaran balik atau moratorium 6 bulan akan memberi kesan kepada CCRIS?
Bantuan bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada rekod CCRIS pemohon.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat