- Berita
- Berita Auto
- Koleksi Landspeed Rolls-Royce: Hanya Wujud 56 Unit! Kenapa Kereta Dalam Koleksi Ini Terlalu Unik?
Koleksi Landspeed Rolls-Royce: Hanya Wujud 56 Unit! Kenapa Kereta Dalam Koleksi Ini Terlalu Unik?
"Adalah sifat semula jadi manusia untuk ingin pergi jauh, lakukan dengan lebih, menjadi lebih signifikan daripada diri kita sendiri. Keinginan untuk memperluas pandangan dan membuat pencapaian terbaharu adalah naluri yang sudah terpahat di Rolls-Royce, sekali lagi, kami telah bertindak berdasarkan naluri ini dengan koleksi Landspeed.
"Koleksi ini merangkumi kedua-dua Wraith dan Dawn Black Badge, meraikan seorang insan yang berani, tiada rasa takut dan bersemangat perintis. Nama beliau ialah Kapten George Eyston, lulusan Cambridge University, pelumba, pencipta yang berbakat dan seorang yang genius dalam bidang kejuruteraan.
Pada penghujung 1930-an, beliau telah memecahkan rekod kelajuan darat dunia sebanyak tiga kali dengan keretanya, Thunderbolt, yang dikuasakan oleh enjin aero V12 Rolls-Royce R.
"Dengan koleksi ini, kami telah menghidupkan kembali memori Eyston dengan menceritakan kisah beliau yang menakjubkan lagi sekali. Melalui Landspeed Wraith dan Dawn, pelanggan dapat melihat elemen reka bentuk yang halus dan perincian naratif yang memperingati pencapaian, visi besar dan keberanian beliau yang luar biasa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös.
Selama lebih dari satu abad, Rolls-Royce telah dikenali dunia untuk rekod yang dipegang bagi perjalanan darat dan air.
Selepas 80 tahun, di bawah koleksi Landspeed Wraith dan Dawn Black Badge, Rolls-Royce kembali ke masa lalu untuk melawati sejarah hero British, Kapten George Eyston dan kereta luar biasanya, Thunderbolt.
George Eyston yang dilahirkan pada tahun 1897 ialah seorang peminat sukan perlumbaan seumur hidup. Walaupun masih berada di sekolah pada ketika itu, beliau telah pun bertanding dalam kedua-dua acara perlumbaan kereta dan motor.
Ketika sedang mengambil ijazah kejuruteraan di Trinity College, Cambridge, cita-cita beliau diganggu oleh Perang Dunia. Ketika peperangan, beliau telah berkhidmat sebagai tentera dengan cemerlang dan dinaikkan pangkat sebagai kapten sebelum menerima anugerah Military Cross.
Sebagai seorang pencipta yang mahir, Eyston menghabiskan masa daripada tahun 1920-an dan 1930-an membina dan membawa kereta lumba.Bukan itu sahaja, beliau juga ialah seorang pemegang paten untuk pelbagai hasil ciptaan terutamanya yang berkaitan dengan supercharging.
Beliau berjaya mencatat rekod 24 jam dan 48 jam daya tahan kelajuan baharu pada tahun 1935 selepas menjadi salah seorang daripada pelumba British yang melakukan perjalanan ke Bonneville Salt Flats di Utah, Amerika Syarikat. Ketika menerima Segrave Trophy, beliau telah dianugerahkan sebagai 'warga negara British yang menunjukkan Kemahiran, Keberanian dan Inisiatif yang Luar Biasa di Darat, Air dan di Udara.'
Dua tahun kemudian, Eyston kembali semula ke Flats dan berjaya mencatat tiga rekod kelajuan darat dunia dengan menggunakan Thunderbolt. Dilengkapi dengan tiga gandar, lapan roda dan memiliki berat mencecah tujuh tan, badan mesin yang pertama seumpamanya ini telah dibina daripada aluminium dan memiliki sirip ekor belakang bersaiz besar yang berbentuk segitiga.
Eyston mencatatkan rekodnya di sebuah laluan sempit yang unik, Bonneville Salt Flats dengan jarak atau kepanjangan jalan sejauh 16 km dan berkelebaran sejauh 24 m. Laluan ini dikenali sebagai International Speedway.
Laluan ini sebenarnya sangat mencabar untuk dilalui dalam kelajuan yang tinggi kerana ketiadaan sebarang penanda dan agak silau.
"Laluan ini dicat dengan satu atau lebih garisan berwarna hitam di sepanjang perjalanan. Garisan ini bertindak sebagai panduan untuk mengelakkan pemandu daripada tersasar. Kesilapan hanya beberapa kaki ketika mengemudi boleh mendatangkan kesan yang buruk," ujar Eyston.
Laluan yang digunakan telah dicat dengan warna hitam sebagai panduan bagi Eyston dalam perjalanannya.Dalam masa yang sama, beliau perlu mengekalkan kelajuan Thunderbolt lebih daripada 350 batu sejam (563.27 km/j).
Diilhamkan daripada kehidupan dan pencapaian Eyston yang menakjubkan, koleksi Rolls-Royce Landspeed adalah termasuk duo Collection Car yang didatangkan dalam kemasan dua tona, digabungkan dengan Black Diamond Metallic, serta warna Bespoke terbaharu yang dinamakan Bonneville Blue.
Warna ini direka khas bagi koleksi ini. Tahukah anda bahawa ini merupakan sejenis warna yang boleh berubah daripada biru kepada warna silver di bawah pancaran matahari?
Secara mekanikalnya, Thunderbolt dikuasakan oleh enjin aero V12 37L berpengecas super Rolls-Royce R yang boleh menghamburkan kuasa sehingga lebih daripada 2,000 hp (1491.4 kW).
Enjin Thunderbolt adalah sangat terhad kerana hanya 19 unit sahaja yang pernah dihasilkan. Bukan itu sahaja, enjin yang dicipta ini juga pernah digunakan oleh pesawat laut Supermarine S68 yang pernah memenangi Schneider Trophy.
Di mana semua ciptaan ini sekarang? Malangnya, kereta tersebut telah musnah dalam sebuah kebakaran pada tahun 1946 ketika disimpan di dalam sebuah ruang simpanan yang turut menyimpan sebanyak 27,000 gulungan benang. Walau bagaimanapun, dua buah enjin R Thunderbolt yang masih wujud kini dipamerkan di Royal Air Force Museum, Hendon dan Science Museum di London.
Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan koleksi yang didatangkan ini diilhamkan daripada Eyston dan Bonneville Salt Flats. Antaranya adalah balutan berwarna gelap yang berlubang yang terdapat pada bahagian tengah atas stereng. Sentuhan yang sama diberikan pada garisan di bahagian tengah tempat duduk pemandu.
Selain itu, venier kayu pada fascia dan juga penutup konsol koleksi Landspeed ini adalah menyerupai permukaan Bonneville Salt Flats.
Bergerak ke bahagian kabinnya, permukaan aluminum yang disadur pada bahagian depan koleksi ini juga diinpirasikan daripada bentuk unik Thunderbolt. Di samping itu, terdapat garis bentuk gunung-ganang Silver Island diukirkan pada bahagian atas 'air terjun' antara tempat duduk belakang.
Dikatakan bahawa rekod kelajuan darat akhir Eyston ialah 357.497 batu sejam (575.336 km/j) selama 341 hari. Sebagai penghormatan atas rekod yang dicapai ini, ukiran dengan nama 'Bonneville’ diletakkan pada perumah jam di bahagian papan pemuka kereta koleksi ini.
Pada awalnya, Thunderbolt tidak dicat. Perkara ini menimbulkan isu kerana peralatan pemasa elektrik (photo-electric timing) pada ketika itu tidak dapat mengesan badan aluminium kereta yang berlatar belakangkan warna putih cerah Salt Flat.
Untuk menyelesaikan isu ini, Eyston mencadangkan untuk melukis sebuah anak panah besar berwarna hitam dengan bulatan kuning pada bahagian tepi. Ini membantu meningkatkan penglihatan semasa berada pada kelajuan yang tinggi. Isu yang berlaku ini menjadi inspirasi penggunaan warna hitam dan kuning di bahagian bampar koleksi Landspeed.
Jika dilihat pada reka bentuk jam kereta juga, terdapat kemasan berwarna hitam dan kuning. Warna yang sama digunakan pada bahagian luaran kereta.
Di sebelahnya terdapat sebanyak 2,117 'bintang' gentian optik diletakkan pada Rolls-Royce Wraith Starlight Headliner sebagai penghormatan kepada gugusan bintang pada hari Eyston dan Thunderbolt mencatatkan rekod kelajuan darat terakhir dunia, 16 September, 1938.
Antara anugerah yang dimenangi Eyston sepanjang hayatnya ialah Military Cross (MC) selepas berkhidmat dalam Perang Dunia pada tahun 1938, Chevalier of the Légion d’honneur, serta Order of the British Empire (OBE) pada tahun 1948.
Anugerah yang pernah diterimanya boleh dilihat diabadikan pada kedua-dua kereta koleksi Landspeed, Wraith dan Dawn iaitu pada bahagian pintu pemandu dan juga tempat letak tangan kedua-dua penumpang.
Landspeed adalah sebuah koleksi yang cukup eksklusif kerana hanya 25 unit Rolls-Royce Dawn dan 35 unit Rolls-Royce Wraith ditawarkan kepada pelanggan.
"Rolls-Royce telah disinonimkan dengan pengembaraan, keberanian dan (kebolehan untuk) melampaui jangkaan sepanjang sejarahnya. "Dengan visi, keberanian, keazaman dan pemikiran genius yang dimilikinya untuk inovasi dan ciptaan, George Eyston merangkumi banyak perkara yang menjadikan Rolls-Royce unik. Kereta-kereta ini cukup sesuai (sebagai penghormatan kepada Eyston) dan merupakan satu penghormatan yang telah lama dinantikan untuk sebuah karakter yang banyak memberi inspirasi," tambah Müller-Ötvös.
Gallery



































Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM6394
SELANGOR
BSG8054
JOHOR
JYE5475
PULAU PINANG
PRT1326
PERAK
ANY7584
PAHANG
CFD1014
KEDAH
KGB6553
NEGERI SEMBILAN
NEG6463
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8574L
Terakhir Kemas Kini 06 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Nampak Jahat: Tapi Bukan Sebarang Kereta
Rolls-Royce melancarkan Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection, baru-baru ini.
13-10-2023
Tempah Sekarang, Dapat 2 Tahun Lagi
Ada sebabnya mengapa penghantaran Spectre lambat sangat.
23-05-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...
Rolls-Royce Silver Shadow 1974 milik penyanyi legenda dunia, Freddie Mercury, bakal dilelong.
17-10-2022
Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’
Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. Ini perincian rekaan menakjubkan kereta ini.
29-04-2022
Berita Terkini
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!
Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.
05-08-2025
Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini
Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.
05-08-2025
Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025
Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.
05-08-2025
Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut
Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.
05-08-2025
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal
Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.
05-08-2025
Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan
Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.
04-08-2025
2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.
04-08-2025
Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat
Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.
04-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat