Suntikan Vaksin Pandu Lalu Dikatakan Dapat Mengekang Penularan Covid-10 Di PPV
Adakah anda bimbang untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana terpaksa sesak dengan orang ramai dan sudah pastinya takut dijangkiti Covid-19?

Kini, anda boleh menarik nafas lega kerana PPV di beberapa negeri sudah mula melaksanakan pemberian vaksin secara pandu lalu.
![]()
Ini bermakna, anda tidak perlu turun dari kenderaan atau berjalan jauh ke PPV semata-mata untuk mendapatkan vaksin.

Anda hanya perlu pandu ke PPV, tunjuk pengesahan pengambilan vaksin dan suntik lengan anda!

Mudah bukan?
Langkah ini diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 selain bagi memudahkan golongan yang tidak boleh berjalan atau orang kurang upaya untuk mendapatkan vaksin.

Buat masa ini, beberapa hospital seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah menjadi perintis kepada kaedah pemberian vaksin secara pandu lalu.
Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) PPV pandu lalu ini sedang dibangunkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) sebelum membenarkan lebih banyak PPV dibuka secara pandu lalu.
Selain hospital, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan bakal membuka enam PPV secara pandu lalu tidak lama lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan PPV itu akan dibuka di enam kem tentera terpilih atau kawasan berhampirannya di seluruh negara.
Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dikatakan akan menjadi projek perintis dalam usaha pemberian vaksin secara pandu lalu.
Bagaimanapun, pemberian vaksin itu hanya akan diberikan untuk anggota ATM dan keluarga mereka terlebih dahulu sebelum dibuka kepada orang ramai.
Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan vaksin secara pandu lalu? Tinggalkan komen anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

