ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Blue Oval Perkenalkan F-150 LIGHTNING

Suhana Veru

Kongsi melalui

Syarikat Blue Oval mengorak langkah setapak ke hadapan apabila hanya mahu memasarkan barisan kenderaan elektrik untuk pasaran Amerika Syarikat dan kini sedang meneruskan usaha untuk memperkenalkan jentera baharunya,  Ford F-150 Lightning.

Presiden Ford di Amerika Syarikat,   Kumar Galhotra berkata, kehadiran F-150 Lighting, E-Transit dan Mustang Mach-E hanyalah permulaan perjalanan EV untuk syarikatnya.

Beliau juga mendakwa bahawa Ford hanya menunggu masa untuk mengumumkan bila pihaknya  hanya akan mula  menjual EV di AS.

Bagaimanapun, syarikat itu masih belum mengesahkan tarikh sebenar berbanding pesaingnya iaitu General Motors yang telah menetapkan matlamat untuk hanya mengeluarkan dan menjual EV menjelang tahun 2035.

Bagi pasaran Eropah, Ford mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran enjin pembakaran dalaman hanya menjelang tahun 2030.

Begitupun, Ford telah mengambil langkah agresif untuk ke arah elektrifikasi menerusi pelaburan sebanyak AS$22 bilion (RM90.4 bilion)  menjelang  tahun 2025 untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai kereta berkuasa bateri.

Buat masa ini, strategi syarikat itu di AS adalah untuk menambahkan bateri ke papan nama ikon syarikat berkenaan.


Buat pertama kali, syarikat itu tampil dengan Mustang Mach-E dan kini dengan kenderaan elektrik baharu, F-150 Lightning.

Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley berkata, satu lagi kereta elektrik, Ford Bronco juga dilihat mempunyai potensi pengeluaran pada masa akan datang.

Melihat taktik elektrikasi Ford pada masa lalu, tidak mungkin syarikat itu akan mendapatkan pek bateri dari entiti luar.

Seiring dengan pendedahan barisan kenderaan elektrik baharu syarikat itu, satu usaha sama baharu akan dijalin dengan Korea SK Innovation untuk memasang pek bateri di AS. 

Usaha sama itu dikenali sebagai BlueOvalSK.

Biarpun, Eropah telah menggunakan EV dengan lebih pantas tetapi ia tidak sama dengan AS.

Kumar memberi bayangan bahawa ia akan mengambil masa yang agak lama  untuk negara memahami konsep EV.

Ford menjangkakan jualan EV secara keseluruhan akan meningkat pada pertengahan dekad ini dan sudah tentunya, trak pikap elektrik ini hanyalah satu kejutan yang diperlukan Blue Oval.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ2733

SELANGOR

BST7217

JOHOR

JE3179J

PULAU PINANG

PSF5744

PERAK

APL4862

PAHANG

CFH7429

KEDAH

KGJ1321

NEGERI SEMBILAN

NEL8542

KOTA KINABALU

SJU1383

KUCHING

QAB5687P

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026
Berita Auto

Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu

Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.

17-09-2026
Berita Auto

BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?

Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.

17-09-2026
Berita Auto

Berapa Caj e-Hailing KLIA?

Caj E-Hailing KLIA Diseragamkan RM2, Trafik Lebih Lancar.

16-09-2026
Berita Auto

33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman

Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.

15-09-2026
Berita Auto

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.

15-09-2026
Berita Auto

Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut

Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.