Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Ada berita baik buat warga Perak dan Sarawak yang memiliki Ford Ranger serta Ranger Raptor!
Ini kerana pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) akan mengadakan penggembaraan off-road dan sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor di Slim River, Perak .
Acara itu akan diadakan di Latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air di Kampung Ulu Slim, Perak, pada hari esok.
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang bertempat di Kampung Beriang, Bau, Sarawak pada 27 April nanti.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pengalaman Ford Ranger Getaways disediakan untuk membantu pelanggan meneroka potensi penuh Ranger dan Raptor mereka.

“Kami mengalu-alukan lebih ramai pemilik Ranger terutamanya pelanggan generasi baharu untuk ikut serta dalam sesi latihan ini dan belajar lebih lanjut tentang ciri yang ada pada kenderaan mereka, serta meningkatkan lagi kemahiran pengendalian dan keselamatan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air di Slim River, ia menjanjikan pengalaman yang cukup mencabar dan menyeronokkan.
Acara tersebut akan dimulakan dengan latihan off-road 4x4 yang mesra pemula sebelum diteruskan dengan aktiviti rakit air di sepanjang Slim River.
Difahamkan, program itu dibuka kepada empat orang untuk satu kenderaan,.

Latihan Off-Road 4x4 Ranger dan Cabaran Rakit Air ini akan dimulakan secara konvoi dari Ford Ara Damansara ke lokasi rakit air di Kampung Ulu Slim, Perak.
Sepanjang perjalanan, peserta akan menguji kemahiran asas 4x4 mereka dalam laluan 4x4 untuk pemula di bawah seliaan jurulatih, yang mana mereka bole mempelajari lebih banyak tentang kemampuan Ranger mereka.
Sebaik tiba di sana, peserta akan mengikuti pemandu tempatan Orang Asli secara berkumpulan selama dua jam di sepanjang sungai.
-full.jpg)
Perjalanan itu melibatkan jarak 8 kilometer dengan dua jeram kelas dua dan satu jeram besar kelas tiga.
Sementara itu, Latihan Kemahiran 4WD Sar4Trac pula terbuka untuk dua orang bagi setiap kenderaan, dan memberi peluang kepada pemilik untuk mempertingkatkan kemahiran pengendalian Ranger dan Raptor mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Ia direka untuk peminat off-road yang ingin mempertingkatkan kemahiran mengendalikan kenderaan mereka di permukaan yang lebih mencabar.
Bagaimanapun, para peserta diperlukan untuk menghadiri sesi taklimat keselamatan, asas pemanduan 4x4 dan latihan halangan yang akan mereka lalui.

Di bawah pemerhatian dan seliaan jurulatih yang berpakar, peserta kemudiannya akan melakukan latihan amali sebenar bagi semua teknik asas tersebut untuk mengatasi halangan yang ada.
Halangan yang menanti termasuklah Dirt Track, Frame Twister, Mud & Gavel, Rutted Track, Ditch, Hill Ascent, Hill Descent dan Water Wading.
Semua peserta juga akan menerima sijil tamat latihan setelah selesai sesi berkenaan.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6
Ford telah memperluaskan barisan modelnya di Australia dengan pengenalan varian baharu yang lebih lasak untuk SUV Everest.
26-08-2024
Peluang Teroka Potensi Sebenar Ford Ranger & Raptor 26 Ogos & 16 Sept Ini!
Ini dia peluang untuk meneroka potensi sebenar jentera 4x4 Ford Ranger atau Ranger Raptor anda!
24-08-2023
Orang Ipoh Jangan Lepaskan Peluang Rasai Pemanduan Ford
SDAC menampilkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel sempena Siri Jelajah Ford Experience Hub.
27-06-2023
Pesaing Ranger Raptor Dah Sampai
Mitsubishi Triton Xtreme sudah selamat mendarat di Australia.
31-05-2023
Ranger Raptor Akan Tiba Tak Lama Lagi
Ranger Raptor generasi baharu akan tersedia dalam pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel.
25-05-2023
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.
04-02-2025
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
