- Berita
- Berita Auto
- Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...
Kemenangan Bersejarah Dunia! Shell Diperintah Mengurangkan Pembebasan Karbon Dioksida! Ini Pejuangnya...
Sebuah mahkamah di Netherlands telah memutuskan bahawa syarikat minyak gergasi dunia, Shell, bertanggungjawab atas perubahan suhu dan iklim dunia. Perkara yang berlaku ini adalah satu peristiwa yang bersejarah kerana buat pertama kalinya sebuah badan korporat dipertanggungjawabkan atas isu perubahan iklim dunia.
![]()
Hakim mengarahkan Shell untuk menurunkan kadar pembebasan karbon dioksida sehingga 45 peratus dalam jangka masa 10 tahun hasil daripada tindakan undang-undang yang dibawa oleh Friends of the Earth Netherlands (Milieudefensie) dengan 17,000 lagi plaintif bersama dan enam pertubuhan lain.

“Ini adalah kemenangan bersejarah untuk planet kita, untuk anak-anak kita dan masa hadapan. Hakim tidak meninggalkan ruang bagi keraguan lagi: Shell menyebabkan perubahan iklim berbahaya dan mesti menghentikan tingkah laku yang memusnahkan itu sekarang," ujar Pengarah Friends of the Earth Netherlands, Donald Pols.

Plaintif berdiri di luar mahkamah
Tiga isu utama dibangkitkan daripada keputusan yang dibuat: Royal Dutch Shell mesti mengurangkan pembebasan karbonnya sehingga 45 peratus menjelang 2030, yang mana syarikat bertanggungjawab atas pembebasan yang dilakukan pelanggan (skop 3) dan pembekal. Terdapat ancaman pelanggaran hak asasi manusia terutamanya 'hak untuk hidup' dan 'kehidupan keluarga yang tidak terganggu'. Shell juga mestilah mematuhi keputusan penghakiman secepat mungkin kerana dasar iklim semasa Shell tidak cukup kukuh.
"Ini adalah satu titik perubahan (penting) dalam sejarah. Kes ini unik kerana buat pertama kalinya seorang hakim telah mengarahkan sebuah syarikat pencemar yang besar untuk mematuhi Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Agreement). Perintah ini memiliki kesan yang besar kepada pencemar yang lain," ujar peguam Friend of the Earth Netherland, Roger Cox.

Kesan pencemaran projek Shell di Nigeria
Keputusan yang dibuat oleh mahkamah di The Hague akan memberi impak meluas di peringkat global, termasuklah Amerika Syarikat.
"Hari perhitungan akan mendekati syarikat bahan bakar fosil AS. Pentabdibran Biden perlu mengambil berat amaran ini dan melakukan sesuatu untuk mengakhiri kebergantungan terhadap bahan bakar fosil dengan menamatkan sokongan terhadap projek bahan bakar fosil luar negara dan lain-lain subsidi yang berkaitan," tegas penganalisis polisi antarabangsa kanan Friends of the Earth, Kate DeAngelis.

"Ini adalah tanda kemenangan untuk keadilan iklim. Harapan kami adalah supaya keputusan ini dapat mencetuskan gelombang litigasi iklim terhadap pencemar utama, bagi memaksa mereka untuk berhenti mengekstrak dan membakar bahan api fosil. Keputusan ini adalah satu kemenangan bagi komuniti Selatan global yang sedang berhadapan dengan impak iklim yang dahsyat pada masa ini," tambah wakil Friends of the Earth, Sara Shaw.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Shell Malaysia Bantu Kembangkan Produk Pengusaha SME
Shell Malaysia mengumumkan pihaknya bakal menawarkan lebih banyak produk termasuk produk terpilih daripada 29 peserta program di bawah program Realisasi Impianmu Bersama Shell di Shell Select.
13-09-2021
Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!
Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara
01-04-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


