WOW! Proton Mencapai Jumlah Jualan Eksport Tertinggi Sejak Mac 2013!
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bangkit daripada cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang musim pandemik ini dengan pencapaian jualan antarabangsa yang membanggakan.

Mencapai jualan eksport tertinggi sejak tahun 2013 (jurang selama 98 bulan), Proton telah menghantar sebanyak 669 unit kereta untuk bulan Mei tahun ini.
Jumlah jualan eksport setakat tahun ini sehingga penghujung bulan Mei juga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda iaitu sebanyak 174 peratus. Pencapaian ini telah pun melebihi sasaran yang ditetapkan dan hanyalah kurang 6 peratus berbanding jumlah keseluruhan tahun 2020.

Peningkatan jualan eksport syarikat ini adalah hasil daripada pertambahan permintaan dalam beberapa pasaran terbesar. Negara-negara dengan permintaan yang tertinggi ialah Pakistan, Mesir dan Brunei.
Pakistan merupakan pasaran yang terbaharu bagi Proton namun telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam hanya lima bulan pertama tahun ini. Pasaran eksport kedua terbesar ialah daripada pengedar Mesir, Alpha Ezz El-Arab diikuti oleh Pad Motor dari Brunei yang menunjukkan pencapaian terbaik syarikat pada bulan Mei.
"Pada awal tahun ini, perancangan bagi 2021 adalah untuk meningkatkan jualan eksport Proton secara agresif. Walaupun terdapat kekangan antarabangsa serta peningkatan kos penghantaran akibat COVID-19, kami kekal yakin dapat mencapai sasaran berikutan pelan jualan pengimport selain kelebihan produk-produk yang kami tawarkan.
Namun selepas lima bulan, Proton hampir menggandakan jumlah jualan berbanding sasaran. Ia dijangka akan menjadi kejayaan yang berterusan," ujar Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu dalam satu kenyataan.

Untuk mencapai sasaran jangka panjang Proton, pemasangan kenderaan dalam pasaran eksport Proton juga sangat penting.
Proton akan memberikan tumpuan untuk mewujudkan operasi pemasangan tempatan di Pakistan selepas mengembangkan operasi pemasangan di Kenya.
"Jika semuanya berjalan lancar, rakan kongsi kami di Pakistan iaitu Al-Haj Automotive akan memulakan operasi pemasangan Proton Saga pada akhir Julai atau awal Ogos di kilang baharu di Karachi. Susulan itu, pemasangan Proton X70 akan dijalankan dan kami menaruh harapan tinggi perkembangan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan jualan di rantau Asia Selatan," katanya.

Juga penting untuk pencapaian jangka masa panjang syarikat adalah pertumbuhan jualannya di negara-negara ASEAN. Dalam hal ini, Proton merancang untuk kembali ke negara Thailand dan Indonesia dalam masa terdekat. Buat masa ini, kehadiran syarikat di pasaran ASEAN hanyalah terhad di Brunei.
"Bagi membolehkan Proton menduduki tempat ketiga dari segi jualan tertinggi di ASEAN, kami perlu mencatat kedudukan secara meluas di Thailand dan Indonesia. Sebagai pasaran automotif terbesar rantau ini, kedua-dua negara itu mempunyai potensi jumlah (pasaran) meluas walaupun persaingannya juga amat sengit.
Pihak kami sedang berusaha mengenal pasti rakan kongsi untuk mewujudkan satu rangkaian memastikan model perniagaan yang berdaya maju. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk kembali ke pasaran Thailand pada 2022," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


