Kepada Kerajaan, Tolonglah Benarkan Kami Beroperasi Semula!
Kepada kerajaan, tahukah anda industri automotif ketika ini berhadapan dengan masalah besar?
Sektor ini dikatakan semakin “nazak” dan berkemungkinan terpaksa “gulung tikar” gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah Selangor dan Kuala Lumpur yang masih diteruskan ketika ini.
Penutupan penuh operasi sudah mula memberikan implikasi besar terhadap seluruh ekosistem automotif di seluruh negara.
“Buat masa ini, kilang dan pusat pengedaran untuk kenderaan dan alat ganti di kawasan PKPD masih belum dibenarkan beroperasi.
“Oleh itu, ia akan mengganggu rantaian bekalan operasi perniagaan di seluruh negara,” kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad kepada Caricarz.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa sektor automotif bakal berhadapan dengan kerugian besar.
Kerajaan juga dijangka kehilangan pendapatan daripada duti eksais, duti import, cukai jualan dan cukai jalan kenderaan bermotor.
“Syarikat automotif kehilangan pendapatan, keuntungan, pasaran eksport dan penutupan perniagaan.
“Malah, pekerja juga berdepan masalah lain seperti pemotongan gaji dan kehilangan pendapatan terutama bagi kakitangan jualan, bahkan mungkin pemberhentian kerja dalam beberapa kes tertentu,” katanya.

Oleh itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran sektor automotif untuk bengkel dan pusat pengedaran kenderaan serta alat ganti kenderaan penumpang dan komersial beroperasi pada kadar segera.
MAA juga berharap kerajaan membenarkan pengoperasian kilang dan pusat pengedaran kenderaan, alat ganti serta bilik pameran kenderaan baharu yang berada di dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
Tindakan itu perlu diambil kerana sekiranya penutupan bengkel automotif dan pusat komponen dalam negeri PKPD masih berterusan maka, ia juga akan mendatangkan masalah besar kepada pengguna jalan raya.
"Misalnya, jika pengguna masih menggunakan kereta yang rosak, ia sebenarnya membahayakan nyawa mereka.

“Kegagalan memperbaiki bahagian kenderaan yang rosak boleh menimbulkan risiko serius bagi semua pengguna jalan raya. Ini termasuk kenderaan yang mungkin tergolong dalam anggota barisan depan seperti Polis, Kementerian Kesihatan dan lain-lain yang mungkin mengalami kerosakan ketika melaksanakan tugas mereka," katanya.
Bagaimanapun, MAA memuji usaha yang dilakukan kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 namun sudah masanya, kerajaan mengkaji semula untuk membenarkan sektor automotif beroperasi semula sebelum ia lumpuh sepenuhnya.
Perkara itu turut diakui oleh Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. apabila pelaksanaan PKPD dilihat mula meninggalkan kesan yang mendalam kepada industri automotif.

Perkara itu jelas terbukti apabila jualan kenderaan baharu seluruh industri dilaporkan merudum sejak Jun lalu.
Mengulas situasi berkenaan, beliau mengakui pihaknya masih mempunyai himpunan tempahan yang menggalakkan untuk pelbagai model.
“Kami cuma berharap agar kerajaan melonggarkan larangan pergerakan untuk membolehkan sektor automotif beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menyifatkan biarpun kerajaan telah merangka PPN dalam empat fasa namun keadaan semasa tidak membolehkan perancangan pemulihan berjalan lancar.
Malah, ujarnya, perniagaan eksport akan turut terjejas memandangkan anak syarikatnya terlibat mengeksport dalam jumlah yang besar komponen automotif. Ia merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota.
“Jika situasi ini berlarutan, kami khuatir pelanggan kami di negara luar yang terlibat akan mencari pembekal lain, memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana gangguan bekalan dari Malaysia.
“Sudah pastinya, ia juga akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara disebabkan keseluruhan perniagaan eksport menurun. Oleh itu, kami berharap kerajaan mempertimbangkan semula supaya sektor automotif dapat beroperasi,” katanya.
Untuk makluman anda, beberapa pusat servis UMW Toyota Motor terpilih masih terus beroperasi seperti biasa namun mengikut peraturan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan. Bantuan 24 jam juga tersedia dan boleh didapati dengan menghubungi talian 1-800-888-247 (Toyota) dan 1800-225- 3987 (Lexus).
Sehubungan itu, pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi pusat servis untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

