ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kepada Kerajaan, Tolonglah Benarkan Kami Beroperasi Semula!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kepada kerajaan, tahukah anda industri automotif ketika ini berhadapan dengan masalah besar?

Sektor ini dikatakan semakin “nazak” dan berkemungkinan terpaksa “gulung tikar” gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah Selangor dan Kuala Lumpur yang masih diteruskan ketika ini.

Penutupan penuh operasi sudah mula memberikan implikasi besar terhadap seluruh ekosistem automotif di seluruh negara.

“Buat masa ini, kilang dan pusat pengedaran untuk kenderaan dan alat ganti di kawasan PKPD masih belum dibenarkan beroperasi.

“Oleh itu, ia akan mengganggu rantaian bekalan operasi perniagaan di seluruh negara,” kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad kepada Caricarz.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa sektor automotif bakal berhadapan dengan kerugian besar.

Kerajaan juga dijangka kehilangan pendapatan daripada duti eksais, duti import, cukai jualan dan cukai jalan kenderaan bermotor.

“Syarikat automotif kehilangan pendapatan, keuntungan, pasaran eksport dan penutupan perniagaan.

“Malah, pekerja juga berdepan masalah lain seperti pemotongan gaji dan kehilangan pendapatan terutama bagi kakitangan jualan, bahkan mungkin pemberhentian kerja dalam beberapa kes tertentu,” katanya.


Oleh itu, beliau merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran sektor automotif untuk bengkel dan pusat pengedaran kenderaan serta alat ganti kenderaan penumpang dan komersial beroperasi pada kadar segera.

MAA juga berharap kerajaan membenarkan pengoperasian kilang dan pusat pengedaran kenderaan, alat ganti serta bilik pameran kenderaan baharu  yang berada di dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Tindakan itu perlu diambil kerana sekiranya penutupan bengkel automotif dan pusat komponen dalam negeri PKPD masih berterusan maka,  ia juga akan mendatangkan masalah besar kepada pengguna jalan raya.

"Misalnya, jika pengguna masih menggunakan kereta yang rosak, ia sebenarnya membahayakan nyawa mereka.


“Kegagalan memperbaiki bahagian kenderaan yang rosak boleh menimbulkan risiko serius bagi semua pengguna jalan raya. Ini termasuk kenderaan yang mungkin tergolong dalam anggota barisan depan seperti Polis, Kementerian Kesihatan dan lain-lain yang mungkin mengalami kerosakan ketika melaksanakan tugas mereka," katanya.

Bagaimanapun, MAA memuji usaha yang dilakukan kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 namun sudah masanya, kerajaan mengkaji semula untuk membenarkan sektor automotif beroperasi semula sebelum ia lumpuh sepenuhnya.

Perkara itu turut diakui oleh Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. apabila pelaksanaan PKPD dilihat mula meninggalkan kesan yang mendalam kepada industri automotif.


Perkara itu jelas terbukti apabila jualan kenderaan baharu seluruh industri dilaporkan merudum sejak Jun lalu.

Mengulas situasi berkenaan,  beliau mengakui pihaknya  masih mempunyai himpunan tempahan yang menggalakkan untuk pelbagai model.

“Kami cuma berharap agar kerajaan  melonggarkan larangan pergerakan untuk membolehkan sektor automotif beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menyifatkan biarpun kerajaan telah merangka PPN dalam empat fasa namun keadaan semasa tidak membolehkan perancangan pemulihan berjalan lancar.

Malah, ujarnya, perniagaan eksport  akan turut terjejas memandangkan anak syarikatnya  terlibat mengeksport dalam jumlah yang besar komponen automotif. Ia merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota. 

“Jika situasi ini berlarutan, kami khuatir pelanggan kami di negara luar yang terlibat akan mencari pembekal lain, memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana gangguan bekalan dari Malaysia.

“Sudah pastinya, ia  juga akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara disebabkan keseluruhan perniagaan eksport menurun. Oleh itu, kami berharap kerajaan mempertimbangkan semula supaya sektor automotif dapat beroperasi,” katanya.

Untuk makluman anda, beberapa pusat servis UMW Toyota Motor terpilih masih terus beroperasi seperti biasa namun mengikut peraturan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Pemilik kenderaan boleh mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan. Bantuan 24 jam juga tersedia dan boleh didapati dengan menghubungi talian 1-800-888-247 (Toyota) dan 1800-225- 3987 (Lexus).

Sehubungan itu, pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi pusat servis untuk membuat temujanji terlebih dahulu.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2404

SELANGOR

BSU8098

JOHOR

JG8719J

PULAU PINANG

PSH2047

PERAK

APM7068

PAHANG

CFJ3315

KEDAH

KGJ7023

NEGERI SEMBILAN

NEM4982

KOTA KINABALU

SJU9746

KUCHING

QAB9429P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.