- Berita
- Berita Auto
- Salah Sebuah Kereta Rolls-Royce Menerima Rawatan Khas Di Pusat Pembuatan Rolls-Royce!
Salah Sebuah Kereta Rolls-Royce Menerima Rawatan Khas Di Pusat Pembuatan Rolls-Royce!
Salah sebuah model unik, Rolls-Royce SRH dilaporkan kembali semula ke Pusat Kecemerlangan Pembuatan Mewah Global, di Goodwood, United Kingdom baru-baru ini.

Jentera Rolls-Royce ini adalah milik Hospital St.Richard di Chichester.
Jip elektrik plastik itu digunakan oleh pesakit kanak-kanak yang lazimnya akan memandunya dari unit pediatrik ke bilik bedah ketika mereka perlu menjalani pembedahan berbanding perlu berjalan kaki atau diusung ke bilik pembedahan.
Idea ini timbul bagi menggantikan detik cemas atau momen menakutkan ke bilik bedah kepada satu pengalaman yang menggembirakan untuk kanak-kanak itu termasuk keluarga mereka.
Sebaliknya, kereta yang dibina sekitar tahun 2017 ini dikatakan memerlukan pembaikan namun, Rolls-Royce menawarkan jip elektrik baharu yang mengikut piawaian Rolls-Royce.
Sejak ia diperkenalkan, kereta itu telah menghantar lebih 2,000 kanak-kanak untuk menjalani pembedahan.
Hakikatnya, fungsi jentera yang unik ini yang secara rutinnya digunakan oleh “kanak-kanak yang tidak memiliki lesen memandu sah akhirnya telah menjalani pembaikan termasuk kerja-kerja mengecat rangka badannya.

Kereta itu telah dibawa ke pusat pembuatan Rolls-Royce untuk menjalani penyelenggaran selepas ia melakukan perjalanan pertamanya hampir 160,934 kilometer.
Sekumpulan professional dari Pasukan Bespoke dan pelbagai pasukan teknikal terlibat dalam kerja-kerja pembaikan itu.
Rolls-Royce SRH yang menampilkan gril ikonik Pantheon turut dipadankan dengan sentuhan dua tona baik di bahagian luaran mahupun dalamannya.
Ia juga dihiasi dengan papan pemuka buatan tangan jenis cetakan tiga dimensi dan penutup roda.

Kenderaan itu disempurnakan dengan lencana RR dan maskot Spirit of Ecstasy. Ia yang dijana dengan elektrik itu menawarkan pengalaman pemanduan yang senyap manakala kadar kelajuannya hanya enam kilometer sejam.
Secara keseluruhannya, pasukan berkenaan telah mengambil masa selama 400 jam untuk menyempurnakan projek itu.
“Terima kasih sekali lagi kepada pasukan yang hebat di Rolls-Royce atas sokongan luar biasa anda kepada Hospital St. Richard.
“Ini merupakan kereta yang sangat istimewa bagi meneruskan kegembiraan, senyuman dan pengalaman paling positif untuk kanak-kanak itu termasuk keluarga mereka,” kata Ketua Badan Amal Hospital Southlands dan St Richard, David Clayton-Evans.
Kereta itu kini dilaporkan telah dihantar semula ke hospital berkenaan selepas menjalani kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan bagi meneruskan tanggungjawabnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS2544
SELANGOR
BSN6582
JOHOR
JYT8673
PULAU PINANG
PSA9741
PERAK
APG3249
PAHANG
CFF9744
KEDAH
KGE9606
NEGERI SEMBILAN
NEJ8951
KOTA KINABALU
SJR1563
KUCHING
QAB4845N
Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan
Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!
31-03-2026
Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat
Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.
31-03-2026
Bahang Melampau, Cermin Kereta Retak Sekelip Mata
Waspada bahang matahari! Lelaki kongsi detik cermin kereta retak hingga rugi ribuan ringgit, mujur insurans cover.
31-03-2026
Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial
Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.
30-03-2026
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Nak Isi Minyak, Wajib Bayar Di Kaunter: KPDN Perketat Syarat Isi Petrol Guna Kad Kredit, Debit Asing
Penggunaan Kad Debit/Kredit Asing Disekat Bermula Rabu ini.
30-03-2026
Nak Jimat Minyak? Ahmad Maslan Cadang Carpool, Berbasikal
Resipi Ahmad Maslan Lawan Harga Minyak: Dari Basikal ke EV.
30-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat