ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi memperluaskan barisan E-Pace, Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.

Jaguar baharu ini telah diperbaharui dengan Black Edition (Edisi Hitam) baharu iaitu pada tahap trim R-Dynamiknya  memandangkan ia menampilkan gaya dinamik baharu dan terdapat daya tarikan pada pilihan jejari untuk reka bentuk luarannya.

Pembuat kereta  yang berpangkalan di Coventry, Britain turut mendakwa bahawa pihaknya telah mengemaskini ciri-ciri sambungan teknologinya ke seluruh rangkaian E-Pace yang kini merangkumi Apple CarPlay tanpa wayar.

Secara keseluruhannya, trim baharu R-Dynamic Black Edition dibangunkan berdasarkan E-Pace R-Dynamic S.

Menyentuh mengenai rekaan reka bentuk jentera ini, ia hadir dengan  penutup cermin pintu Gloss Hitam.

Malah, perincian Gloss Hitam boleh dilihat di bahagian bamper  hadapan, sekeliling gril di bawah, seluruh keliling gril jentera ini termasuk hujung gril.

Apa yang pasti, Jaguar berjanji akan membuatkan pemandu teruja dengan setiap hasil kerja halusnya apabila tingkap dan bolong sisinya dilengkapi dengan gelaran Leaper.

Lepaer merupakan hiasan berbentuk seekor jaguar yang sedang melompat. Ia juga hadir dengan kemasan gloss hitam bersama lencana belakang Jaguar.

E-Pace ini juga hadir dengan rim aloi Satin Grey bersaiz 19 inci yang khas dengan kontra kaliper brek merah. Ia dilihat memberi sedikit daya tarikan  yang agak agresif. 

Antara reka bentuk pelengkap yang lain turut merangkumi kaca privasi yang mempunyai dua lapisan iaitu untuk anti silau dan anti kesan cap jari.

Hasil pemerhatian juga mendapati bumbung panaroma dilihat menonjolkan susun atur yang agak canggih terutamanya di bahagian luaran.


Untuk makluman anda, R-Dynamic Edisi Hitam ini hadir dengan semua warna luaran seperti E-Pace, termasuk warna baharunya yang dikenali sebagai Ostuni White.

Menjengah bahagian dalamannya, R-Dynamic Edisi Hitam ini dilihat menawarkan kemewahan dan sambungan teknologi yang telah dikemaskini,  

Pendek kata, kesempurnaan jentera ini dilihat agak hebat baik dari segi luaran mahupun dalamannya.

Apa yang saya dapati ialah fokus utama rekaan dalaman terbaharu ini ialah  paparan pemacu interaktif HD 11.4 inci yang telah disatukan dengan panel instrumen.

Paparan besar itu dilihat mampu mengendalikan  sistem infotainmen Pivi Pro selain menyediakan penglihatan yang lebih jelas dan pemandu juga boleh mengakes hampir 90 peratus fungsi di dalam kereta itu hanya dua ketukan menerusi home screen.


Di bawah hud, Jaguar E-Pace ditawarkan dalam pilihan dua enjin Ingenium iaitu 2.0 liter diesel dan 2.0 liter petrol.

Sebaliknya, kesemua pilihan enjin ini  digandingkan dengan kotak gear automatik sembilan -kelajuan dan ia juga hadir dengan sistem semua pacuan roda sebagai standard  bagi semua model.

Barisan E-Pace kali ini didatangkan dengan pilihan sambungan dan teknologi yang agak hebat.

Kenapa hebat?

Seperti yang disebutkan tadi, jentera ini yang hadir dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan ia juga akan didatangkan dengan sistem Android Auto.

Apa yang menarik mengenai ciri sistem ini ialah ia membolehkan  sistem software-over-the-air (SOTA) mengemaskini semua Pivi Pro yang terdapat pada model E-Pace.

Malah, ia juga boleh meniru sebarang paparan telefon pintar ke skrin sentuh tengah dan membantu pemandu mengawal sistem infotainmen dan fungsi telefon bimbitnya.

Selain itu, sistem infotainmen yang baru dipasang itu dikatakan menyediakan barisan E-Pace dengan peranti pengecas tanpa wayar.


Bercakap mengenai Pivi Pro, sistem infotainmen ini didatangkan dengan pelbagai aplikasi selain dilengkapi dengan teknologi sim berkembar yang menyokong penstriman dan mengemas kini teknologi secara serentak.

Teknologi Pivi Pro juga dilengkapi dengan  paparan HD Interaktif bersaiz 12.3 inci yang menampilkan grafik dimana ia juga telah dikemaskini, termasuk terdapat maklumat media, fungsi telefon pintar dan pemetaan skrin untuk sistem navigasi.

Ia juga telah mengemaskini beberapa  ciri lain  termasuk ia kini hadir dengan lampu suluh tinggi automatik yang dipadankan dengan  semua model E-Pace S dimana sebelum ini, ciri standard ini hanya terdapat pada varian SE dan HSE.

Bunyi Audi Merdian juga adalah ciri standard untuk model SE dan fungsi memori di bahagian cermin pintu dan tempat duduk juga adalah standard untuk semua model S.

Menyentuh mengenai mod pemanduan, model R-Dynamic digandingkan dengan ciri dinamik konfigurasi yang dikatakan adalah ciri standard untuk model berkenaan

Malah, ciri ini juga dikatakan membantu mengasah aspek pemanduan dinamik E-Pace. 

Ia juga termasuk dengan tindak balas pendikit dan kotak gear, serta tetapan dan penggantungan stereng (di mana Dinamik Adaptif ditentukan)  bagi menyesuaikan ciri pemanduan untuk memenuhi pilihan masing-masing.

Dari segi prestasi, E-Pace, ia didatangkan dengan tiga silinder. Ia hadir dengan trenkuasa P300e plug in hybrid (PHEV) manakala, enjin Ingenium empat silinder untuk petrol dan diesel pula menggunakan teknologi MHEV bagi meningkatkan prestasi dan kecekapannya.

Barisan enjin untuk diesel terdiri daripada enjin 2.0 liter turbo empat silinder dengan transmisi manual enam-kelajuan termasuk sistem sistem pacuan roda depan. Ini  sekali gus membuatkan jentera ini mampu menghamburkan 163 kuasa kuda.

Selain enjin turbo, ia juga digandingkan dengan transmisi manual sembilan-kelajuan dan sistem semua pacuan roda yang menghasilkan kuasa maksimum 204 PS.

Bagi jentera yang menggunakan petrol, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dan lapan kelajuan bersama sistem penggerak roda hadapan (FWD). Ia dikatakan mampu  menghasilkan kuasa 160PS.

Di sini, Caricarz juga  menyenaraikan susunan enjin bagi barisan E-Pace yang lain iaitu bagi kenderaan  hibrid-ringan elektrik (MHEV) yang dipadankan dengan enjin 2.0 liter turbo hadir dengan kotak gear sembilan kelajuan dan sistem AWD.

Untuk itu, kenderaan MHEV ini mampu menghasilkan kuasa 200PS.

Bagi MHEV enjin 2.0 liter pula ia digandingkan dengan transmisi sembilan-kelajuan sistem AWD dan mampu menghasilkan kuasa 249 PS manakala, PHEV enjin 2.0 liter turbo empat silinder pula dipadankan dengan kotak gear sembilan-kelajuan serta menjana kuasa maksimum 300 PS.

Selain PHEV enjin 1.5 liter turbo tiga silinder, ia juga hadir dengan transmisi lapan- kelajuan dan sistem AWD manakala, kuasa maksimum mampu mencecah 309PS.

Menyentuh mengenai trenkuasa PHEV P300e, ia dikombinasi dengan enjin 1.5 liter tiga silinder Ingenium dan juga mampu menghasilkan kuasa sekurang-kurangnya  200PS. 

Seperti biasa, ia juga dilengkapi dengan Pemanduan Gandar Belakang Elektrik (ERAD) dan menjana kuasa 109PS.

Bagaimanapun, E-Pace PHEV ini mampu mencapai pecutan 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.1 saat manakala,   kecekapan penggunaan bahan apinya mencecah lebih 61 kilometer seliter.

Terdapat tiga mod pemanduan pada P300e iaitu Hibrid, Save dan EV. Di bawah mod EV, ia menawarkan emisi sifar dimana ia mampu melakukan perjalanan sejauh 54 kilometer.

Mod Save pula dikatakan mengembalikan cas bateri lebih 85 peratus yang dapat digunakan untuk  jarak perjalanan lain misalnya di kawasan bandar.

Mod hibrid pula digunakan untuk kedua-dua enjin petrol dan elektrik dimana ia boleh bertukar menjadi pemanduan EV dan juga pemanduan yang menggunakan elektrik

Akhir sekali, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga Jaguar E-Pace ini!

Untuk pengetahuan anda, harganya bermula dari £32,390 (RM 188,425) dan mampu mencecah sehingga £50,240 (RM 292,270).

Ia boleh ditempah menerusi www.jaguar.com.

Biarpun, E-Pace baharu ini menonjolkan rekaan yang agak canggih apabila Jaguar mengakui bahawa kereta bespoke ini tampil bergaya selain dilengkapi dengan teknologi canggih namun kehadiran E-Pace sebenarnya lebih dinamik dan canggih.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR4847

SELANGOR

BST9750

JOHOR

JE7453J

PULAU PINANG

PSF8114

PERAK

APL6982

PAHANG

CFH8339

KEDAH

KGJ2431

NEGERI SEMBILAN

NEM429

KOTA KINABALU

SJU2714

KUCHING

QAB6237P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
Ini Dia Jaguar  Type 00, EV Era Baharu!

Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.

03-12-2024
Berita Auto
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Kereta Baru
Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...

Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...

27-06-2022
EV
Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.

23-03-2022
Berita Auto
Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace

Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.

31-12-2021
Berita Auto
Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!

Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!

Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'

28-10-2021
Berita Auto
Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.

22-10-2021
Berita Auto
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini

Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.

11-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.