Sektor Pengangkutan Boleh Tunjuk Surat SMILE Bagi Tujuan Pemeriksaan di SJR.
Boleh guna surat kebenaran yang dikeluarkan Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE)!
Demikian kata Kementerian Pengangkutan bahawa industri logistik kini boleh menggunakan surat kebenaran beroperasi SMILE yang bertarikh pada 1 Jun lalu .
![]()
Surat itu boleh digunakan ketika pemandu logistik melalui kawasan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).
Langkah itu diambil selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 3 hingga 16 Julai ini.

Bagaimanapun, industri logistik dan pengangkutan disarankan memuat turun surat terbaharu SMILE kerana terdapat pindaan yang mengambil kira peralihan dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke Pelan Pemulihan Negara (PPN).
-full.jpg)
“Oleh itu, kita galakkan pihak berkenaan memuat turun surat berkenaan di laman sesawang di https://application.mot.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
SMILE merupakan sistem yang dkhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier dan gudang, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam perkembangan sama, kenyataan itu juga menyebut aktiviti memunggah masuk atau memunggah keluar barangan bukan keperluan (non-essential) hanya dibenarkan di kawasan luar PKPD sahaja.
Bagi kawasan PKPD, hanya syarikat pergudangan dibenarkan beroperasi memandangkan ia merupakan perkhidmatan rantaian kepada pelabuhan dan lapangan terbang.
Sementara itu, selain pergudangan aktiviti loading/unloading (punggah dan simpan) hanya terhad kepada syarikat yang tersenarai dalam senarai essential (perkhidmatan perlu) di kawasan PKPD sahaja.
Anda boleh melayari laman web https://www.mot.gov.my/my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sektor logistik dan pengangkutan yang boleh beroperasi sepanjang musim PKPD.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP8147
SELANGOR
BSN2653
JOHOR
JYS9633
PULAU PINANG
PSA4553
PERAK
APF8441
PAHANG
CFF6947
KEDAH
KGE7124
NEGERI SEMBILAN
NEJ7387
KOTA KINABALU
SJQ7302
KUCHING
QAB3959N
Terakhir Kemas Kini 13 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Jangan Tersangkut 12 Jam! PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan 'Serbu' Lebuhrayanya– Ini Tarikh Perlu Elak
PLUS menjangkakan gelombang trafik luar biasa mencecah 2.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak sambutan Aidilfitri minggu depan.
13-03-2026
Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini
Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.
12-03-2026
Jangan Langgar Arahan, Ini Senarai Tarikh 'Road Ban' Aidilfitri 2026 Yang Wajib Dipatuhi
Save tarikh ini, kenderaan berat berehat seketika di musim raya.
12-03-2026
Dompet Rakyat 'Bergegar' Esok: RON95 Tanpa Subsidi & RON97 Naik 60 Sen, Diesel Naik 80 Sen
Nampaknya, konflik di Asia Barat menyebabkan Malaysia terkena tempiasnya.
11-03-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Konflik AS-Iran: Harga Kereta Naik, Ini Pula Kata Pakar
Konflik Timur Tengah mampu mencekik industri automatif Malaysia sekiranya perang berlarutan.
10-03-2026
Dilema Balik Kampung: Roadtax 'Blacklist' Sebab Saman Melambung, Rakyat Rayu Kerajaan Beri Ihsan Diskaun Raya!
Pemberian diskaun ini dilihat sebagai satu bentuk ihsan kerajaan dalam memahami kesempitan ekonomi rakyat di musim perayaan.
10-03-2026
Elak Jadi ‘Zombi’ Atas Highway! PLUS Lancar MyPLUS-TTA, Senjata Rahsia Balik Raya Tanpa Stres
Raya Tanpa 'Jem' Melampau? PLUS Dedah Jadual MyPLUS-TTA, Ini Cara Rancang Perjalanan Anda
10-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat