- Berita
- Berita Auto
- Renault Memperkenalkan Scenic Yang Telah Direka Semula Dengan Reka Bentuk Luaran MPV Crossover!
Renault Memperkenalkan Scenic Yang Telah Direka Semula Dengan Reka Bentuk Luaran MPV Crossover!
Sudah lima tahun generasi keempat Renault Scenic dijual di pasaran. Selepas 20 tahun meraikan kewujudannya, hasil rekaan jentera ini nampaknya telah dikemaskini dengan begitu baik sekali!
Menurut syarikat itu, insipirasi reka bentuk baharu adalah berpandukan kereta konsep Renault R-Space yang diperkenalkan buat julung kalinya pada Pameran Kereta Geneva sekitar tahun 2011.
Ini membuatkan model berkenaan dibayangi dengan reka bentuk luaran MPV crossover.
-full.jpg)
“Kami berhasrat untuk mencipta semula Scenic supaya ia kelihatan lebih ghairah dan sporty,” kata Pengarah Reka Bentuk KMegane Scenic, Agneta Dahlgren.
Ia bertujuan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang mahukan sebuah jentera yang tampak ghairah dan sporty.
Rata-rata peminat kereta ini dikatakan amat berminat terutamanya bahagian garisan yang terukir pada jentera ini selain warnanya yang didatangkan warna honey -yellow dan unit penyimpanan kubus modular yang disediakan untuk penumpang.
Menurut Dahlgren, cermin hadapan R-Space kelihatan agak condong dimana rekaan ini akan dikekalkan untuk keluaran Scenic yang akan datang.
Menjengah bahagian dalamannya, tempat duduknya kelihatan saling bersambungan.
“Bagi menghasilkan sebuah kereta yang hampir sama dengan konsep kereta sebenarnya bukan perkara yang mudah,” tambahnya.
-full.jpg)
Terdapat beberapa ciri utama pada rekaan baharu ini termasuk rungkup (overhang) belakang lebih pendek 16mm dan ia dikelebarannya ditingkatkan kepada 20mm manakala, jarak kelegaan tanah ialah 40mm.
Tahukah anda, kesemua versi Scenic 4 kini dipadankan dengan roda 20 inci dengan tayar Tinggi dan Sempit.
Biarpun, cabaran teknikalnya agak hebat namun cirinya dikatakan antara yang pertama dalam keseluruhan segmennya.
-(1)-full.jpg)
Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini, ia hadir dengan bumbung panaroma, ruang simpanan bersaiz 63 liter termasuk konsol gelongsor dengan ruang laci, Easy Life bersaiz 13 liter.
Bagi ruang but pula, versi jentera bersaiz kecil didatangkan dengan ruang berkeluasan 572 liter manakala, versi lima tempat duduk pula hadir ruang but seluas 596 liter.
Ciri hasil Lipatan Satu Kali bagi melipatkan kerusi belakang boleh menyebabkan ia menjadi rata. Ciri ini boleh diakses dengan satu butang yang terdapat di bahagian but atau sistem skrin sentuh multimedia R-Link.
“Kami amat bangga dengan Scenic 4. Ia sebuah kereta MPV yang amat hebat,” ujar Dahlgren dalam majlis ulang tahun keluaran Scenic yang ke-25 tahun.
Adakah anda berpendapat rekaan kereta seumpama berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW1755
SELANGOR
BSU6535
JOHOR
JG4801J
PULAU PINANG
PSG8840
PERAK
APM5364
PAHANG
CFJ2567
KEDAH
KGJ6190
NEGERI SEMBILAN
NEM4206
KOTA KINABALU
SJU7512
KUCHING
QAB8477P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
