ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Fuh Lain Macam Teknologi & Ciri Keselamatan Land Cruiser, Patut Laku Keras!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada yang nak beli kereta Land Cruiser. Ini kerana Toyota Motor Corporation mengumumkan pihaknya telah melancarkan Land Cruiser pada 2 Ogos lalu.

Pada mulanya Toyota Land Cruiser  yang dilancarkan pada 1 Ogos 1951, dikenali sebagai Toyota BJ.  Sepanjang 70 tahun kewujudannya di pasaran automotif , model berkenaan dikatakan menepati kehendak dan keperluan para pengguna.




Ia telah mencecah jualan kumulatif kira-kira 10.6 juta unit memandangkan ia mendapat sambutan menggalakannya daripada  para pelanggannya dari 170 negara.

Land Cruiser baharu ini telah direka bentuk dengan sepenuhnya dan kini didatangkan dengan wishbone berkembar di bahagian hadapan dan sistem suspensi rigi axle di belakang.

Kedua-dua varian ZX dan GR Sport dilengkapi dengan sistem Suspensi Pembolehubah Adaptif Solenoid Linear yang baharu. 

Ciri standard yang ditawarkan untuk ZX, GR Sport dan VX ialah stereng kuasa hidraulik bersama  penggerak stereng dan kawalan brek elektronik.

Ciri lain yang meningkatkan kestabilan stereng dan pengendalian kenderaan itu ialah Torsen® Limited Slip Differential (LSD). Ia merupakan ciri standard untuk varian ZX.

Bagi menyokong pemanduan off-road, terdapat Multi-Terrain Select dimana pemandu boleh memilih enam mod iaitu, Auto, Dirt, Sand, Mud, Deep, Snow dan Rock. 

Malah, fungsi itu kini boleh digunakan untuk off-road memandangkan kapasiti operasinya telah diperluaskan ke mod jarak jauh, H4.





Ia juga dilengkapi dengan Multi-Terrain Monitor. Ia merupakan satu sistem yang menggunakan empat kamera untuk membantu pemandu memeriksa keadaan di sekitar kenderaan.

Terdapat juga paparan skrin bersaiz 12.3 inci (pilihan pengeluar kereta) dengan fungsi paparan off-road yang mempamerkan data inclinometer, daya pecutan, brek termasuk beberapa maklumat lain.

Land Cruiser baharu itu didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa enjin turbo berkembar V6 bersesaran, 3.5 liter yang mampu menjana  409 kuasa kuda dan tork 650 Nm. Bagi enjin turbo berkembar V6 bersesaran diesel, 3.3 liter pula, kuasa maksimumnya pula ialah 305 kuasa kuda dan tork 700Nm.





Menjengah bahagian luarannya pula, kenderaan ini dikatakan masih mengekalkan dimensi panjangnya (bergantung kepada varian) dan panjang jarak roda. 

Bagaimanapun,  kedua-dua gril radiator dan lampu hadapah kini diposisikan lebih tinggi  manakala bahagian bawah bampar di hadapan dan belakang juga telah ditinggikan bagi mengelak sebarang halangan.

Kini, terdapat warna baharu yang dikenali sebagai Precious White Pearl.




Bagi ruang dalamannya, terdapat beberapa perubahan termasuk kerusi hadapan telah dialihkan di barisan belakang, manakala tempat kerusi barisan kedua dan ketiga juga dikatakan telah dikemaskini dengan penuh teliti.

Malah, tempat kerusi di barisan ketiga juga boleh diselaraskan sehingga ke lantai bagi memuatkan lebih banyak beg bagasi.





Panel instrumen mendatar yang menggunakan pemantau enam jarum boleh mengesan kelajuan, minyak, suhu air, tekanan minyak termasuk jika permukaan jalan raya tida rata.



Hadir dengan Monitor Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Monitor) untuk pandangan depan lebih jelas, manakala sistem Pilihan Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Select) menawarkan fungsi mod pemanduan dan talaan secara automatik.

Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kawalan turun bukit dan kawalan crawl.

Penukaran mod ini ditempatkan di satu tempat mengikut jenis: pemanduan, sistem tork pemanduan, sistem audio dan sistem penyaman udara.

Antara lain yang terdapat di ruang dalamannya ialah kedua-dua tempat duduk hadapan dan barisan kedua dilengkapi dengan fungsi pemanas tempat duduk dan terdapat kotak sejuk untuk meletakkan makanan dan minuman.

Saluran udara di bahagian pemandu juga dilengkapi dengan teknologi nanoeTM *4 X





Tetapi tahukah anda bahawa Land Cruiser yang baharu ini dilengkapi dengan paparan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci yang beresolusi tinggi selain boleh mengingati lebih tiga tetapan kenderaan. 

Sungguh hebat! Ini juga termasuk posisi pemanduan, tetapan dalaman dan paparan selain bagi keselesaan pemilik kenderaan ini.

Malah, but belakang berkuasa bebas tangan dimana ia membolehkan pemandunya membawa kunci pintar untuk membuka dan menutup kenderaan itu secara automatik.





Jika anda bertanya mengenai apakah ciri keselamatan yang terdapat pada jentera ini? Ya,  ia dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari bagi menghidupkan enjin namun pengesahan cap jari ini diperlukan untuk individu yang menggunakan kenderaan Toyota buat pertama kali.

Bagi menghidupkan kereta ini, pemandunya perlu membawa kunci pintar, tekan pedal brek dan sentuh sensor cap jari di butang start.

Jika cap jari itu tidak sepadan dengan cap jari yang didaftarkan maka, enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan.




Sebagai keselamatan, dua fungsi ditambahkan pada sistem pra-pelanggaran. Ini termasuk fungsi mengesan kenderaan yang akan datang di kawasan simpang dan pejalan kaki yang akan melintas jalan apabila kenderaan ini membuat pusingan.

Antara ciri keselamatan lain termasuk brek sokongan tempat letak kereta, fungsi mencuci kamera, pemantau titik buta dan Sambungan ITS.



Sementara itu, varian GR Sport pula dilengkapi dengan ciri eksklusif! Antaranya, gril radiator istimewa, bamper hadapan dan belakang juga dikatakan agak istimewa.

Ia juga terdiri daripada roda eksklusif berwarna hitam, rim aloi aluminium 18 inci (warna mud grey) serta terdapat lambang di bahagian (hadapan/sisi/ belakang) pemegang pintu sisi luar (Hitam), dan cermin pintu (Hitam).

Ciri dalamannya juga eksklusif termasuk roda stereng kulit asli yang khas (corak tenunan karbon bermesin dengan lambang GR), kerusi hadapan juga istimewa kerana digandingkan dengan lambang GR, dekorasi dalaman (panel serat karbon), warna dalaman (GR-eksklusif Hitam dan Dark Red) dan kunci pintar.

Maka, tidak hairan  kebolehpercayaan dan umur yang panjang Land Cruiser sebenarnya membawa kepada popularitinya yang meletup, terutama di Malaysia.

Tahniah Toyota!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX8937

SELANGOR

BSU9515

JOHOR

JH2293J

PULAU PINANG

PSH3294

PERAK

APM8364

PAHANG

CFJ3768

KEDAH

KGJ7635

NEGERI SEMBILAN

NEM5504

KOTA KINABALU

SJV1293

KUCHING

QAB9743P

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-02-2025
Global

10-05-2024
EV

07-04-2023
Global

04-03-2023
Berita Auto

27-04-2022
Global

24-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.