Sebanyak 11 Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi Tetapi Sektor Apa Yang Terlibat?
Pelbagai pihak menyambut baik dengan keputusan kerajaan apabila membenarkan 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) beroperasi semula bermula semalam.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman pembukaan semula penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor di negeri yang kini berada dalam Fasa 1.

MAA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sebalik pengumuman ini.
“Adalah sangat melegakan apabila kerajaan membenarkan kami beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, industri automotif tempatan mengalami kerugian besar sejak kilang pengeluaran kenderaan bermotor, pusat pengedaran dan pusat jualan terutama di Lembah Klang dihentikan sejak 1 Jun 2021.

Penutupan itu dikatakan tidak hanya mempengaruhi syarikat automotif tetapi juga mempunyai kesan yang lebih luas terhadap keseluruhan ekosistem automotif di seluruh negara.
Berdasarkan statistik terkini, MAA, jualan bagi tempoh Jun dan Julai, masing-masing hanya mencatatkan 1,921 unit dan 7,086 unit.
Beliau turut mengakui bahawa penjualan kenderaan di pasaran domestik mengalami kerugian melebihi RM14 bilion dalam tempoh dua bulan iaitu Jun dan Julai.
Ketika ini, MAA 1,300 ahli di seluruh negara.
“Antara golongan paling teruk terjejas adalah ahli MAA yang memiliki pusat pengedaran lebih kecil yang pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kenderaan baharu.

"Sebahagian besar daripada mereka menghadapi masalah aliran tunai yang teruk dan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerjanya terutama penasihat jualan,” tambahnya.
Katanya, kebanyakan ahli MAA kehilangan pendapatan daripada eksport kenderaan dan komponen, serta jualan alat ganti di dalam negara.
“Secara keseluruhan, kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelumnya,” tegasnya.
Bagaimanapun, beliau mengakui penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor bagi tempoh dua setengah bulan terakhir terjejas teruk gara-gara pelaksanaan sekatan pergerakan.
-full.jpg)
Kumpulan Automotif NAZA juga dilihat senada dengan MAA dengan menyatakan seluruh rantaian bekalan sektor automotif terjejas disebabkan oleh sekatan pergerakan penuh terutama di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Di sebalik pengumuman terbaharu ini, Kumpulan NAZA menyambut baik dengan keputusan kerajaan memandangkan kebanyakan syarikat automotif utama terletak di kedua-dua negeri itu.
“Gangguan perniagaan dan rantaian bekalan yang berpanjangan hanya akan membawa kesan buruk kepada industri memandangkan industri automotif tempatan amat bergantung pada pasaran domestik,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan.

Seperti sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 PPN dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang berkuat semalam.
Ia membabitkan kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan.

Malah, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut, pusat atau salun kecantikan, .peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan juga dibenarkan beroperasi semula.
-full.jpg)
Sementara itu, tinjauan Caricarz mendapati rata-rata pengusaha pusat cuci kereta dan kedai aksesori kereta menarik nafas lega apabila mendengar keputusan kerajaan itu pada Ahad lalu.
Pemilik Syed Car Wash & Auto Detailing, Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali, 41 mengakui bahawa dia agak tertekan apabila terpaksa menutup premisnya sejak dua bulan lalu.

“Saya tidak boleh buka kedai manakala pekerja terpaksa berhenti kerana saya hilang punca pendapatan. Perkara ini membuatkan saya agak tertekan.
“Namun, saya berasa amat gembira mendengar berita pengumuman itu,” katanya sambil memberitahu premis kedainya turut menyediakan perkhidmatan disinfeksi bahagian dalam kenderaan.
Lain pula bagi pemilik kedai aksesori kereta City Car Station, Ia Lian Wah.

Menurutnya, pengumuman itu sedikit sebanyak membantu pihaknya untuk bangun semula selepas sekian lama premisnya terpaksa ditutup gara-gara peningkatan kes Covid-19 di Selangor.
“Penutupan premis sejak berbulan sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam namun ia akan mengambil masa untuk stabil semula,” jelasnya.
Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya timbul rasa bimbang dengan situasi pandemik.

“Memang takut untuk terima pelanggan kerana keadaan bukan seperti dulu lagi. Oleh itu, saya akan pastikan hanya pelanggan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan masuk ke kedai,” tegasnya.
Di sebalik kelonggaran pembukaan sektor ekonomi, pastikan anda menerima vaksin yang lengkap sebelum mengunjungi premis yang disenaraikan di atas.
Jaga SOP, penjarakan fizikal, sentiasa cuci tangan dan pakai pelitup muka.
Ingat, Covid adalah pembunuh bersiri!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA5520
SELANGOR
BSQ4196
JOHOR
JYX4542
PULAU PINANG
PSC5641
PERAK
APH7468
PAHANG
CFG6247
KEDAH
KGG2432
NEGERI SEMBILAN
NEK5104
KOTA KINABALU
SJS1086
KUCHING
QAB8941N
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat