Versi 100 Peratus Hibrid! Perkenalkan Renault Arkana E-Tech
Luas, sporty dan yang penting selesa! Renault Arkana terbaharu ialah model kereta yang dihasilkan 100 peratus dalam versi hibrid. Model ini juga merupakan SUV coupe yang pertama dikeluarkan oleh Renault.

Terkini, Arkana didatangkan dalam versi yang menggunakan sistem hibrid E-TECH 145 dan juga versi enjin petrol mikro hibrid 12 V, 1.3 TCE 160.
Model yang menggunakan enjin hibrid E-TECH 145 ini ternyata lebih efisien dari segi kadar penggunaan minyaknya dan menjanjikan keseronokan pemanduan maksimum.

Melalui penggunaan sistem hibrid penuh iaitu bateri 230 V 1.2 kWj, Arkana terbaharu ini menyediakan semua keupayaan kuasa elektrik tanpa perlu plug-in.
Renault memaklumkan bahawa Arkana mampu mencapai sehingga 80 peratus tempoh masa pemanduan dalam mod elektrik sepenuhnya. Bergantung kepada keadaan penggunaan, jarak perjalanan boleh mencecah sejauh 3 km.

Di samping itu, melalui penggunaan teknologi E-TECH yang diinspirasikan daripada Formula 1 serta ciri aerodinamik kereta, Arkana E-TECH Hybrid secara puratanya hanya menggunakan kira-kira 4.8 liter minyak setiap 100 km dan membebaskan hanya 108 gram karbon dioksida setiap km.
Hanya untuk segmen C, sistem hibrid E-TECH pada SUV coupe yang berkepanjangan 4,570 mm ini diletakkan pada gandar belakang kereta.

Kedudukanya yang strategik membolehkan Arkana mengekalkan saiz ruang yang sama seperti model versi enjin pembakaran biasa.
Versi sporty atau RS bagi Renault Arkana terbaharu ini turut didatangkan secara standard dengan e-shifter.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, selain enjin hibrid E-TECH 145, Arkana turut menggunakan enjin petrol 1.3 TCe dengan sistem mikro hibrid 12V.
Versi terbaharu ini dikatakan lebih berkuasa berbanding versi terdahulu yang menggunakan enjin TCe 140 hp. Enjin 1.3 liter ini dapat menghamburkan kuasa kuda mencecah 160 hp dan memiliki kadar penggunan minyak lebih rendah iaitu sebanyak 5.7l/100 km serta membebaskan kira-kira 130g gas karbon setiap km.
Sistem mikro hibrid 12 V ini cukup menakjubkan kerana dapat mengurangkan sehingga 8% kadar penggunaan minyak dan 8.5% emisi karbon.

Untuk pengetahuan pembaca, bagi kedua-dua versi enjin, TCe 140 hp dan 160 hp ini, terdapat satu ciri tambahan baharu iaitu fungsi Sailing Stop.
Fungsi ini boleh diaktifkan dan dimatikan oleh pemandu melalui sistem mod pemanduan Renault yang dinamakan Multi-Sense.
Semasa menggunakan mod ini, emisi karbon dapat dikurangkan sehingga 4 gram kerana keadaan 'freewheeling' kereta semasa fasa nyahpecutan antara 30 dan 140 km/j.

Pengarah program Renault Arkana, François Laurent menyimpulkan, " Renault Arkana merupakan sejenis 'kereta untuk kehidupan' terbaharu yang berlandaskan mobiliti elektrik, terima kasih kepada teknologi E-TECH yang efisien dan mampu untuk dimiliki.
Renault Arkana telah berjaya menarik kira-kira 10,000 orang pelanggan daripada awal pelancarannya. Dengan adanya kehadiran versi terkini iaitu E-TECH 145 dan enjin 1.3 TCe 160 bersama sistem mikro hibrid 12 V, kejayaan yang dicapai model ini dilihat akan lebih berpanjangan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8264
SELANGOR
BSR1865
JOHOR
JYB4276
PULAU PINANG
PSD3559
PERAK
APJ4418
PAHANG
CFG8970
KEDAH
KGG6901
NEGERI SEMBILAN
NEK7490
KOTA KINABALU
SJS5970
KUCHING
QAB672P
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
