- Berita
- Berita Auto
- Pemilik Subaru XV, Forester Kini Boleh Memilih Subaru Connex Untuk Menambah Keselamatan Dan Ketenangan
Pemilik Subaru XV, Forester Kini Boleh Memilih Subaru Connex Untuk Menambah Keselamatan Dan Ketenangan
Selepas berjaya dalam ujian percubaannya selama dua tahun, pengedar rasmi kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd akhirnya memperkenalkan Subaru Connex bagi menjamin keselamatan dan ketenangan untuk pemilik Subaru XV dan Forester.
Subaru sentiasa menekankan kriteria keselamatan. Maka, syarikat amat komited untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang ketika berada di jalan raya.
Ujian percubaan Subaru Connex itu yang mula dijalankan sekitar tahun 2019 itu menawarkan sistem keselamatan yang canggih dengan sokongan pusat panggilan 24 jam dalam masa 7 hari.
“Subaru Connex merupakan masa yang tepat apabila aspek keselamatan menjadi lebih penting. Peranti ini juga meningkatkan komitmen kami yang berterusan dalam aspek keselamatan, memberikan pemandu Subaru sesuatu yang boleh mereka harapkan jika memerlukan bantuan kecemasan,” kata Pengurus Negara, Eugene Tay dalam satu kenyataan.
Subaru Connex hadir dengan pelbagai ciri yang dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan buat pemilik kenderaan Subaru.
-full.jpg)
Subaru Connex hadir dengan Respons&Amaran Kemalangan Automatik. Ia merupakan satu ciri yang akan menghantar maklumat penting seperti lokasi kemalangan, tahap impak kemalangan dan kelajuan kemalangan secara automatik kepada pusat kawalan.
Peranti ini akan mendaftar kes kemalangan itu dan menghantar kesemua maklumat kepada pusat panggilan. Sistem ini kemudian akan terus menghubungi pusat kawalan untuk berkomunikasi dengan pemandu atau penumpang untuk mengetahui sama ada mereka memerlukan bantuan perubatan atau bantuan tepi jalan.
Jika memerlukan sebarang bantuan maka, pusat panggilan akan menghubungi MERS 999 dan menghantar lokasi tepat kedudukan kenderaan berkenaan supaya bantuan ambulans boleh dihantar di tempat kejadian.
Malah sistem itu juga dilengkapi dengan fungsi Bantuan Tepi Jalan dan Bantuan Kecemasan. Pemilik Subaru dikatakan hanya perlu menekan butang bCall (panggilan kereta rosak) atau butang servis SOS bagi mendapatkan bantuan tepi jalan.
Untuk makluman anda, sistem ini juga dilengkapi dengan Bantuan VIP yang ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan Subaru Connex melalui butang bCall.
-full.jpg)
Bantuan VIP ini merangkumi khidmat tunda tanpa had ke mana-mana bengkel Subaru yang sah (sekiranya berlaku kerosakan, terperangkap dalam banjir atau kemalangan), khidmat pembaikan segera di tempat kejadian yang bernilai lebih RM300 untuk setiap insiden, kos ganti rugi sekiranya kenderaan sedang diperbaiki (bernilai lebih RM2,000 dengan terma dan syarikat kereta dibaiki di bengkel Subaru yang sah sahaja).
Kini beralih kepada aspek keselamatan. Subaru Connex bercirikan Penggera Pintar, paparan Status Kereta dan Pengurusan Status Bateri Pro-Aktif.
Menerusi Penggera Pintar, pemilik kenderaan akan menerima notifikasi (menerusi aplikasi Subaru Connex dan emel) jika kenderaan mereka dihidupkan atau ditunda.
Pemilik kenderaan juga boleh memeriksa voltan bateri, voltan bateri peranti, status On atau Off sistem pencucuhan, sejarah pemanduan atau lokasi parkir terakhir menerusi papran Status Kereta.
Lebih menarik, Pengurusan Status Bateri Pro-aktif akan memaklumkan pemiliknya apabila kehabisan bateri.
Bagi aspek keselesaan pula, ia memiliki ciri seperti Peringatan Penyelenggaraan Perkhidmatan, Skor Memandu, Reviu Perjalanan, Lokasi Kenderaan Automatik, Amaran Kelajuan dan bantuan pengesan kecurian.
Peringatan Penyelenggaraan Perkhidmatan memberikan pemiliknya peringatan bahawa kenderaannya perlu diservis, menggalakkan amalan pemanduan yang selamat dan efisien, merekodkan perjalanan sebelum ini selain anda juga boleh menyemak perjalanan yang lepas.
Sebaliknya, bagi pemilik yang kerap lupa, ia juga memiliki ciri yang boleh memaklumkan lokasi sebenar dimana mereka meletakkan kenderaan.
Malah, jika pemilik menetapkan amaran had kelajuan, satu notifikasi akan dihantar apabila mereka memandu melebihi had. Terdapat juga fungsi untuk mengesan kereta yang dicuri dan ia akan terus berhubung dengan polis.
Sungguh hebat sistem Connex ini!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga sistem ini?
Ia ditawarkan pada harga RM1,900 bermula 10 September ini untuk mana-mana pelanggan yang memiliki SUV XV dan Forester.
Sehubungan itu, pemilik XV dan Forester yang sedia ada boleh membeli dan memasang sistem ini di Pusat Servis Subaru yang sah di seluruh negara.
Para pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi Subaru Connex di Google Play Store dan Apple App Store.
Untuk keterangan lanjut, layari subaru.Asia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA3079
SELANGOR
BSV2541
JOHOR
JH6764J
PULAU PINANG
PSH4990
PERAK
APN1697
PAHANG
CFJ4534
KEDAH
KGJ8943
NEGERI SEMBILAN
NEM6431
KOTA KINABALU
SJV2740
KUCHING
QAB563Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

