- Berita
- Berita Auto
- Terima 20 Saman Atas Kesalahan Menunggang Motosikal Melebihi Had Laju Di Sebuah Bandar Yang Tidak Pernah Dikunjungi
Terima 20 Saman Atas Kesalahan Menunggang Motosikal Melebihi Had Laju Di Sebuah Bandar Yang Tidak Pernah Dikunjungi
Baru lapan bulan lulus lesen motosikal, sudah terima berpuluh saman!
Itulah nasib malang yang ditimpa oleh seorang nenek yang berusia 59 tahun apabila dia yang baru sahaja lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu, menerima 20 saman polis.
![]()
Lebih mengejutkan nenek yang berasal dari Northampton itu, Karen Goode apabila kesemua samannya yang dikeluarkan atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di sebuah bandar yang tidak pernah dikunjungi selama ini.
Saman itu menyatakan bahawa motosikal jenis Honda 125 cc milik Goode ditunggang melebihi 80 kilometer sejam(km/j). Had laju di Swansea ialah 49 km/j.

Goode mendakwa dia tidak pernah menunggang motosikalnya sehingga ke Swansea memandangkan ia terletak sejauh 531 kilometer dari rumahnya.
“Sungguh mengejutkan apabila menerima terlalu banyak saman. Saya telah membuat laporan polis namun mereka memaklumkan supaya mengabaikan saman itu jika saya tidak pernah melakukan kesalahan itu.
Memetik kenyataan Wales Online, Goode mula menerima saman pertamanya sekitar April lalu.
Bagaimanapun, nenek kepada empat itu dikatakan menjadi tidak keruan apabila dia menerima surat amaran bahawa dia akan dihadapkan ke mahkamah gara-gara gagal membayar saman itu.

Sebaliknya, pihak polis mendakwa pihaknya telah memanjangkan kes itu kepada syarikat GoSafe kerana ia mengendalikan kamera pengesan had laju di Swansea.
GoSafe tidak menolak bahawa nombor pendaftaran kenderaan itu berkemungkinan diklonkan namun kes masih dalam siasatan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2733
SELANGOR
BST7217
JOHOR
JE3179J
PULAU PINANG
PSF5744
PERAK
APL4862
PAHANG
CFH7429
KEDAH
KGJ1321
NEGERI SEMBILAN
NEL8542
KOTA KINABALU
SJU1383
KUCHING
QAB5687P
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu
Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.
17-09-2026
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
