- Berita
- Berita Auto
- Restoran 'Legend' Ferrari Dibuka Semula Selepas 2 Tahun – Jom Tengok Rekaan Dalamannya...
Restoran 'Legend' Ferrari Dibuka Semula Selepas 2 Tahun – Jom Tengok Rekaan Dalamannya...
Selepas dua tahun tidak beroperasi, restoran Itali milik Ferrari kini kembali.
Restoran yang berlokasi di Modena, Itali ini telah diberikan pembaharuan melalui kerjasama antara chef terkenal, Massimo Bottura dan arkitek Perancis, India Mahdavi. Asalnya, restoran ini mula dikenali ramai kerana kerap dilawati oleh individu-individu berprofil tinggi atau VIP, namun, melalui pembaharuan yang telah dilakukan, pengurusan restoran berharap supaya ia bakal menjadi destinasi penting bagi sesiapa sahaja yang mencintai seni dan makanan.

Dibuka buat pertama kalinya pada tahun 1950 berhadapan dengan kilang Ferrari, tapak restoran ini pada asalnya adalah sebuah kandang kuda. Restoran ini menjadi tempat menjamu selera kegemaran pengasas Ferrari sendiri, Enzo Ferrari yang menjadikan ia tempat pertemuan dengan pelanggan-pelanggan VIP, pemandu F1 dan juga kerabat diraja. Minat Enzo terhadap restoran ini cukup mendalam sehinggakan beliau dikatakan datang menikmati hidangan di sini dua kali dalam masa sehari sehinggalah kematiannya pada tahun 1988. Setelah pemergian beliau, restoran ini terus beroperasi sebelum ditutup sepenuhnya pada tahun 2019.
Namun, penutupan restoran legenda ini bukanlah untuk selamanya, kini ia telah mula dibuka kembali dan diberikan nafas baharu.
Berkenaan hidangan restoran ini, Bottura telah memberikan kepercayaan kepada ketua chef, Riccardo Forapani untuk menghasilkan menu. Forapani telah menerima latihan di Osteria Francescana, restoran milik Bottura sendiri. Menu tempatan yang dihasilkan diberikan sentuhan moden untuk kelainan.




Arkitek Paris, Mahdavi, berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ciri asal restoran dan dalam masa yang sama melakukan penaiktarafan bagi tahun 2021. Ruang utama restoran ini menampilkan siling yang tinggi, dengan lantai terakota berwarna merah dan putih gading. Sementara itu, dindingnya diperbuat daripada kayu oak dengan kertas hias bercorakkan logo Ferrari. Bilik peribadi Enzo juga telah diperbaharui sepenuhnya, menjadikannya kelihatan baharu seolah-olah ketika era Enzo masih datang menikmati hidangan di sini.





Bahagian luarannya juga tidak diabaikan, konsep makan dalam taman diketengahkan hasil curahan idea arkitek lanskap, Marco Bay. Bukan itu sahaja, di tingkat atas restoran ini juga terdapat sudut balkoni, manakala atas bumbung restoran pula terdapat dua ruang santai peribadi.


Ferrari Ristorante Cavallino kini dibuka tujuh hari dalam seminggu, dan tempahan meja boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Ferrari. Kalau berpeluang ke Itali, jangan lupa singgah bergambar depan restoran legend ini ya?
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2830
SELANGOR
BSU1459
JOHOR
JF716J
PULAU PINANG
PSF9630
PERAK
APL8093
PAHANG
CFH8735
KEDAH
KGJ3060
NEGERI SEMBILAN
NEM1463
KOTA KINABALU
SJU3601
KUCHING
QAB6707P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz
"Kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz, - Ketua Pemuda UMNO.
10-08-2026
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Lagi pemandu gaduh di lebuhraya.
09-08-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas
Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.
10-10-2025
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.
25-09-2025
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.
01-07-2025
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat