Toyota GR Supra Kini Lebih Canggih!
Toyota GR Supra, model kereta yang berprestasi tinggi ini telah menerima upgrade terkini yang membabitkan penambahan teknologi terbaharu! Penambahan terbaharu ini adalah upgrade buat kali ke-2 bagi Toyota GR Supra selepas pertama kali melalui proses penaiktarafan prestasi pada bulan Julai 2020.
Ditawarkan dalam varian 3L ialah kebolehan sambungan dengan Apple CarPlay bagi melengkapkan sistem paparan berskrin sentuh 8.8 inci yang sudah pun memiliki sistem navigasi built-in serta sambungan Bluetooth dan USB. Selain itu, tentang sistem audionya, varian ini dilengkapi 12 buah speaker JBL HiFi Surround Sound System.

Mengenai penaiktarafan prestasi yang pernah dibuat tahun lalu, antara ciri baharunya ialah penggunaan enjin enam sebaris berpengecas turbo, yang membolehkan kenderaan mencapai kuasa kuda sebanyak 384 hp daripada 5,800 ke 6,500 rpm dan juga kuasa tork 500 Nm daripada 1,800 rpm ke 5,000 rpm. Selain itu, pistonnya juga diberikan rekaan baharu bagi mengurangkan kemampatan enjin dalam nisbah antara 11:11 ke 10.2:1.
Dengan ciri standard kereta iaitu transmisi automatik 8 kelajuan, GR Supra kini boleh melalukan pecutan abad (0-100 km/j) dalam masa hanya 4.1 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding yang pernah direkodkan sebelum ini. Cesi kereta juga telah ditala dengan penambahan Performance Rod untuk memastikan kereta memiliki kestabilan yang tinggi semasa di selekoh dan juga ketegaran lateral.
"Sejak permulaan lagi, parameter rekaan dan kejuruteraan GR Supra telah mementingkan prestasi, pemanduan yang unggul dan juga gaya, elemen-elemen yang dapat menyerlahkan bukan sahaja legasi Supra tetapi juga mewakili asas kepada Gazoo Racing (GR). Model GR dibina untuk melalui proses evolusi secara berterusan, bukan hanya penaiktarafan dalam tiga parameter utama ini tapi juga bagi menggabungkan sistem Connected Mobility dan pemanduan pintar sekiranya terdapat kemajuan terbaharu," ujar Ketua Pegawai Permotoran Gazoo Racing, Akio Takeyama.

Dari segi keselamatan, tidak banyak perubahan yang dilakukan kerana kereta ini masih mengekalkan ciri-ciri yang sama antaranya adalah sistem Amaran Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Laluan, Kawalan Pelayaran Adaptif, Lampu Suluh Tinggi Adaptif, Bantuan Sistem dan Isyarat Jalan Raya.
GR Supra ditawarkan dalam tujuh pilihan warna: White Metallic, Silver Metallic, Ice Grey Metallic, Black Metallic, Prominence Red, Lightning Yellow dan Matte Storme Grey Metallic.
GR Supra yang telah dikemaskini ini boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Toyota GR Garage di seluruh negara dengan harga yang bermula daripada RM589,987. Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan lebih info di sini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD2157
SELANGOR
BSQ9570
JOHOR
JYB1514
PULAU PINANG
PSD2247
PERAK
APJ3359
PAHANG
CFG8270
KEDAH
KGG5947
NEGERI SEMBILAN
NEK7028
KOTA KINABALU
SJS4782
KUCHING
QAB284P
Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

