ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Wow! BMW Malaysia Terima 64 Unit Tempahan SUV Elektrik, BMW iX, Sempena Kemerdekaan Yang Ke-64!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW Group Malaysia telah menerima 64 pendaftaran pra tempahan untuk SUV elektrik, BMW iX bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Satu kebetulan yang agak menarik buat syarikat BMW. 






"Kami gembira melihat rakyat Malaysia mengambil langkah berani untuk memilih mobiliti yang mampan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, mengukuhkan lagi kepercayaan kami tentang masa depan elektrik.  Kami telah lama komited untuk membentuk masa depan mobiliti di negara ini, dan usaha untuk memupuk perubahan ke arah elektromobiliti akan diteruskan dengan penuh keyakinan. Kami akan mempercepatkan usaha untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur pengecasan di Malaysia dan seterusnya memperkembang rangkaian pengedar BMW i di bandar-bandar besar di seluruh negara," ujar Pengarah Pengurusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.

 

Antara ciri penting yang terdapat pada model ini ialah  kemampuannya untuk mencapai jarak sejauh 630 km mengikut kitaran WLTP. Selain itu ia juga merupakan model berkonsepkan Shy Tech yang pertama seumpamanya.

 

Ciri penting lain ialah bunyi enjin moden, BMW IconicSounds Electric yang pertama kalinya digunakan untuk model ini.  Bunyi ini dihasilkan melalui kerjasama dengan komposer terkenal dunia dan juga pemenang Academy Awards, Hans Zimmer. 

 

BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport kini sudah tersedia untuk pra tempahan di platform BMW Shop Online melalui shop.bmw.com.my dengan bayaran RM5,000.  Pemilik boleh mendapatkan jaminan bateri sehingga lapan tahun atau sejauh 160,000 km, mana yang sampai terlebih dahulu.

 




Bukan itu sahaja, BMW turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang melakukan pra tempahan BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport. Pelanggan terawal ini akan menerima khidmat pemasangan pengecas percuma dan juga akses pengecas awam selama setahun yang juga percuma.  Kelebihan ini hanya ditawarkan sehingga 22 September, 2021.  Tertakluk kepada terma dan syarat. 

 

BMW iX xDrive40 ditawarkan pada harga  RM419,630 dan BMW iX xDrive40 Sport pula pada harga RM472,630.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.