Imej Pertama Didedahkan, Kia Sportage Versi Khas Untuk Pasaran Eropah!
Kia Europe telah mempertontonkan imej rasmi pertama bagi Sportage yang dikeluarkan khas untuk pasaran Eropah. Telah pun dilancarkan secara rasmi, model terbaharu ini merupakan generasi yang kelima bagi salah sebuah model SUV yang terlaris Kia.

Dibangunkan berasaskan platform terbaharu, Sportage telah dibina dengan teliti supaya memiliki ciri praktikal dan kebolehgunaan yang tinggi. Dihasilkan khas untuk penggunaan di atas jalan raya Eropah dan berdasarkan keperluan pengguna di benua ini, model ini memiliki reka bentuk yang cukup stylish. Reka bentuknya adalah berlandaskan konsep rekaan 'Opposites United' yang bertemakan ‘Bold for Nature’ yang mengetengahkan elemen kesempurnaan dan kesederhanaan alam semula jadi.
Imej menunjukkan bentuk hadapan kereta yang sofistikated, lengkap dengan gril hitam yang memanjang, Tiger Nose Grille, lampu DRL LED berbentuk seperti bumerang dan juga lampu depan LED Matrix. Selain itu, ia turut menggunakan bumbung berwarna hitam yang menonjolkan rekaan tiang C yang dinamik untuk model ini.

Daripada sudut belakang, Sportage menampilkan garisan bahu yang melebar dan bergabung dengan lampu kombinasi LED belakang yang halus. Rekaan unik bampar belakang berwarna hitam model ini menjadikan kereta lebih sporty.

Bergerak ke bahagian dalam, kabin kereta nampak luas dan mewah. Sememangnya moden dan bertambah sempurna bila dipadankan dengan teknologi yang canggih. Ciri menarik yang ditawarkan pada ruangan dalam ialah skrin sentuh bersaiz 12.3 inci, alat kawalan bersepadu yang canggih, akses Kia Connect App dan sistem audio Harman Kardon.
Model keluaran untuk negara Eropah ini dikuasakan oleh empat trenkuasa berbeza dengan tujuan untuk mengurangkan emisi karbon secara drastik dan juga bagi meningkatkan kadar penjimatan bahan api. Model ini menggunakan teknologi elektrik hibrid dengan enjin gas bersih generasi terbaharu dan juga diesel IC.
Sportage PHEV menggunakan enjin 1.6L T-GDI serta dilengkapi pek bateri polimer lithium-ion 13.8kWj. Trenkuasa yang digunakan dapat menghamburkan sehingga 261 hp yang mana 177 hp daripadanya ialah daripada enjin IC. Pek bateri yang digunakan kereta ini akan sentiasa memantau keadaan bateri termasuklah arus, voltan dan diagnosis isu serta voltan sel dan suhu.
Sementara itu Sportage HEV pula mengunakan bateri polimer lithium-ion 1.49kWj yang turut menggunakan enjin 1.6L T-GDI. Kuasa keseluruhan sistem ialah 226 hp.
Enjin sama juga digunakan untuk sistem hibrid MHEV yang memberikan kuasa output sebanyak 147 hp atau 177 hp. Ia menggunakan proses pembakaran, teknologi penyejukan dan juga langkah pengurangan geseran utama yang terbaharu, unit empat silinder ini memastikan kadar penggunaan minyak model ini efisien.
Enjin diesel 1.6L yang memberikan output sebanyak 113 hp dan 134 hp turut diperkenalkan. Enjin yang digunakan membantu mengurangkan NOx dan pencemar yang lain disebabkan teknologi kawalan emisi aktif SCR. Di samping itu, model 134 hp ditawarkan dengan sistem MHEV.

Ciri menarik lain ialah Terrain Mode terkini, Suspensi Kawalan Elektronik (ECS), teknologi Idle Stop-and-Go Kia serta DriveWise terkini - merangkumi Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA). Kawalan Jelajah Pintar berdasarkan Navigasi (NSCC), Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA) dan Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh (RSPA).
Sportage Eropah yang serba baharu ini telah pun dipaparkan kepada orang ramai ketika pameran IAA Mobility di Odeonsplatz..
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3253
SELANGOR
BSU3147
JOHOR
JF4452J
PULAU PINANG
PSG2631
PERAK
APM1021
PAHANG
CFH9654
KEDAH
KGJ3987
NEGERI SEMBILAN
NEM2263
KOTA KINABALU
SJU4756
KUCHING
QAB7335P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan
Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.
08-06-2026
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan
Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.
12-12-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.
20-11-2024
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...
Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
03-07-2024
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti
Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.
28-12-2023
Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…
Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) tetapi...
29-08-2022
Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS
Harga Kia Sportage 2023 didedahkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
07-04-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

