Sejauh Mana Ia Mampu Terbang, Tunggu Jawapannya Pada Oktober Ini
Masa depan teksi terbang di Malaysia kelihatan masih kabur namun lain pula bagi negara jiran kita, Indonesia apabila ia dilaporkan bakal menguji teksi terbang pertamanya, Ehang 216 di Bali pada Oktober depan.
Untuk makluman anda, syarikat pengimport kereta Indonesia, Prestige Image Motorcars telah mengumumkan bakal membawa masuk EHang 216 yang dibangunkan Guangzhou EHang Intelligent Technology Co pada awal April lalu.

Oleh itu, syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menjalankan ujian penerbangan itu di Bali, Indonesia kerana ia dijangka akan menjadi sebahagian daripada tarikan terbaharu di pulau percutian berkelas dunia itu.
“Mengikut perancangan ia akan diuji di Bali pada Oktober ini namun, kami masih menguruskan prosedur kelulusan permit terbang dan lain-lain,” kata Presiden Pengarah Prestige Image Motorcars, Rudi Salim.
Ehang 216 yang dilengkapi dengan dua tempat duduk mampu membawa muatan maksimum 220 kilogram dengan kelajuan 130 kilometer (km) sejam.

Ia memiliki lapan arms, dengan setiap satunya dipasang dua motor elektrik yang disambungkan ke propellers.
Ini membolehkannya dipacu dalam kelajuan 130 km/j (kelajuan maksimum cecah 160 km/j), sementera bateri onboard pula mampu menempuh jarak pemanduan sekitar 35 km.
Lebih mengujakan ia tidak perlu memerlukan khidmat juruterbang untuk menerbangkan jentera ini selain menggunakan 100 peratus kuasa elektrik bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pelepasan asap.
Ia yang selebar 5.61 meter dan setinggi 1.77 meter mampu melakukan pelepasan dan pendaratan secara menegak. Ini bermakna ia tidak memerlukan ruang yang banyak untuk beroperasi.

Menyingkap sejarah EHang 216, ia dikatakan akan menjadi prototaip kenderaan terbang Malaysia yang pertama, Super Dron.
Ia sepatutnya diuji pada November 2021, tetapi perancangan tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan kenderaan terbabit tidak mendapat kebenaran untuk terbang oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Bagaimanapun, EHang 216 dikatakan sesuai digunakan sebagai pengangkutan moden untuk penduduk di bandar.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestige Image Motocars Memperkenalkan EHang 216, Kenderaan Udara Autonomi Penumpang
Pameran Hibrid Kenderaan Antarabangsa Indonesia (IIMS) Hibrid 2021, Prestige Image Motocars memperkenalkan kenderaan udara autonomi berpenumpang (AAV) yang dikenali sebagai EHang 216.
03-05-2021
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge