Kereta Elektrik Mustang, Mach-E Lepasi Ujian Lasak Dilalui Sebuah Pikap!
Ujian ketahanan yang 'menyeksakan' kini bukan lagi hanya dikenakan pada kereta pick-up yang lasak, Built Ford Tough F-Series, tetapi kini Ford dikhabarkan telah melakukan ujian yang sama kepada model kereta elektrik mereka, Ford Mustang Mach-E!
![]()
Melalui ujian yang ditempuhi oleh EV keluaran Ford ini, membuktikan bahawa ia mampu bertahan dengan penggunaan yang lebih lasak daripada yang dijangkakan bagi sebuah kereta elektrik. Antara ujian yang dilalui ialah cucian ektrem hinggalah kepada penggunaan di laluan berbatuan tajam.
Ketua jurutera program Ford untuk Mustang Mach-E, Donna Dickson berkata, "Kami telah melakukan segalanya untuk meletakkan Mustang Mach-E dalam ujian ekstrem. Memberikan 'tekanan' kepada kereta lebih daripada yang dilakukan oleh seseorang pengguna biasa, ini boleh memastikan bahawa kereta bersedia untuk berhadapan dengan cabaran lain."
Berdasarkan kajian, kira-kira 27 peratus rakyat Amerika tidak pasti sekiranya kereta elektrik boleh dibasahkan, sama ada melalui jalan yang berhujan atau untuk dibasuh sepenuhnya.

Oleh itu, pasukan di Ford Michigan Proving Grounds telah menggunakan cucian kereta automatik yang terdapat di lokasi bagi membuktikan bahawa bahagian luaran Mach-E boleh dibasahkan sepenuhnya dan dapat bertahan apabila dikenakan 'kekerasan' semasa cucian.
Kereta yang diuji telah melalui mesin cucian yang lengkap dengan semburan, berus dan pengering sebanyak 60 kali.
Jumlah cucian ini adalah bersamaan dengan cucian setiap dua minggu dalam masa lebih daripada dua tahun.

Selain itu, Mach-E turut diuji sekiranya terdapat sebarang kebocoran dan sebagainya yang berpunca daripada air. Antara bahagian yang dilihat adalah seperti bingkai pintu, trim, logo, lampu depan dan lampu belakang.
Cucian ini dilakukan dengan menggunakan semburan air bertekanan tinggi sehingga 1,700 PSI dengan suhu setinggi 140 darjah yang disembur dalam jarak dekat kira-kira 12 inci.
Seterusnya, Mach-E melalui ujian yang dinamakan 'Butt-tested.' Ford mencuba apa sahaja yang mungkin dilakukan oleh seseorang pengguna terutamanya pada bahagian punggung diletakkan.

Jurutera Ford meletakkan beban dalam berat yang berbeza-beza menggunakan robot yang berbentuk seperti punggung manusia ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'butt' seperti nama ujian ini.
Ujian ini dilakukan untuk menguji penggunaan kerusi secara keluar dan masuk daripada kereta Mustang Mach-E sebanyak 25,000 kali.
Selain itu, Ford juga telah menguji material kerusi kereta, ActiveX supaya dapat kekal bertahan untuk penggunaan harian dan juga 'penderaan' melalui dua subujian yang berbeza.
Pertama, ujian kimia. Ini dilakukan bagi memastikan material yang digunakan tidak rosak sekiranya bersentuhan dengan sanitiser atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.
Seterusnya, ujian lelasan (abrasion testing) untuk memastikan kemasan yang digunakan kekal utuh. Ujian ini dilakukan dengan melakukan simulasi kitaran penggunaan selama 10 tahun dan melenturkan material kerusi sebanyak 100,000 kali bagi menguji ketahanannya daripada merekah.
Seterusnya ialah ujian ketahanan skrin infotainmen. Skrin sentuh yang pecah bukanlah sesuatu yang ingin dihadapi oleh mana-mana pengguna, lebih-lebih lagi sekiranya skrin ini memaparkan banyak fungsi penting seperti yang terdapat pada Mustang Mach-E.

Oleh itu, untuk membendung isu ini dan juga bagi memastikan ketahanannya, skrin sentuh bersaiz 15.5 inci dalam Mustang Mach-E 2021 ini dipasangkan lengkap dengan gelas khas yang dinamakan Dragontail.
Skrin ini juga diletakkan di atas mounting yang kukuh diperbuat daripada magnesium supaya kekal tahan daripada ditarik atau gegaran.
Tambah Dickson, "Skrin pada Mustang Mach-E cukup kritikal dalam sesebuah pemanduan memandangkan ianya adalah aspek terpenting dalam kabin kereta. Kami tahu yang kami mesti melakukan semua yang perlu bagi memastikan ia cukup kukuh untuk kegunaan harian. Bayangkan situasi seperti dompet, beg dan haiwan peliharaan yang berlanggar dengan skrin, kanak-kanak bermain dengan skrin dan sebagainya. Anda perlu memiliki kefahaman pelanggan yang mendalam untuk mengenalpasti isu yang berpotensi untuk wujud supaya dapat berusaha untuk mengelakkannya daripada berlaku."
Ujian terakhir yang dilalui Mach-E ialah ujian kegunaan di atas jalan yang berbatu.

Bagi memastikan cat kereta kekal sempurna, Mach-E telah melalui jalan berbatu sejauh 483 km bagi menguji ketahanannya daripada kerosakan yang disebabkan oleh batuan kecil yang panas.
Mach-E telah diuji untuk melalui dua gred batuan berbeza pada kelajuan 96 km/j sebanyak 200 kali.
Setelah ujian laluan berbatu pertama selesai, pasukan akan menukarkan batuan yang digunakan kepada yang lebih tajam.

"Penggunaan kenderaan elektrik tidak sepatutnya terhad di kawasan bandar dan subbandar. Kami telah menguji Mustang Mach-E supaya pelanggan boleh tinggal di kawasan ataupun melalui jalan yang berbatu tanpa perlu risau sekiranya cat tertanggal," kata Dickson.
Mustang Mach-E ialah kereta yang terhasil daripada kepintaran kejuruteraan Ford demi meyakinkan orang ramai bagi menggunaan EV.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS8146
SELANGOR
BSU2397
JOHOR
JF2936J
PULAU PINANG
PSG1534
PERAK
APL9280
PAHANG
CFH9306
KEDAH
KGJ3525
NEGERI SEMBILAN
NEM1875
KOTA KINABALU
SJU4326
KUCHING
QAB7122P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge