Hyundai IONIQ 5: Cas Hanya 5 Minit Dapat 100KM!
Hyundai IONIQ 5 telah dilancarkan pada bulan Februari tahun ini sebagai model pertama di bawah jenama IONIQ, jenama khas bagi kereta BEV yang dibina berlandaskan plaform Electric-Global Modular (E-GMP). Dua video yang mendedahkan fungsi penting dan juga proses pengeluaran kereta ini telah dikongsikan Hyundai. Ini info yang didedahkan daripada video tersebut.

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah penggunaan bahan mampan (sustainable), pengecasan ultra-pantas, teknologi Vehicle-to-Load (V2L) dan juga fungsi autonomi tiga separa Hyundai Smartsense: Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA 2), Bantuan Pengelak Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA) dan Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh (RSPA).

IONIQ 5 menggunakan bahan mesra alam sekitar untuk bahagian luaran dengan cat khas yang dihasilkan daripada bunga-bungaan dan juga jagung. Bahagian dalam kereta juga sama, menggunakan bahan yang dihasilkan menggunakan sumber semula jadi seperti fabrik atau benang berasaskan tumbuhan, kulit daripada ekstrak tumbuhan, botol PET dan sebagainya.

Menggunakan platform E-GMP, IONIQ 5 boleh dicas daripada 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 18 minit. Masa pengecasan yang cukup pantas kerana ia memiliki kebolehan pengecasan ultra-pantas 800V dan juga 400V tanpa adaptor luaran. Turut dilaporkan bahawa pelanggan boleh mendapatkan sehingga 100 km jarak perjalanan selepas dicas selama 5 minit sahaja!

Fungsi V2L membolehkan BEV untuk melakukan pengecasan bateri walaupun semasa bergerak. Dengan kuasa sehingga 3.6 kW, IONIQ 5 boleh dicas pada mana-mana port pengecas 110/220V.

Dari segi produksi, kenderaan ini dimuatkan dengan Integrated Charging Control Unit (ICCU) yang memberi kuasa kepada bateri berkuasa tinggi dan juga bateri ganti kereta. Selain itu, sistem PE (Power Electric) digunakan untuk menggantikan trenkuasa yang terdapat pada kenderaan biasa. Ia adalah lebih ringan dan memiliki tahap efisien yang lebih tinggi.
Bagi menjadikan kereta lebih selamat, syarikat menjalankan Sistem Pemeriksaan Intensif (Intensive Inspection System) bagi memastikan semuanya berfungsi baik - pemeriksaan dan pembaikkan dilakukan pada sensor radar dan kamera, termasuklah Surround View Monitor (SVM), Augmented Reality Head-up Display (AR HUD), cermin sisi digital dan radar sudut hadapan.

Dua ujian terakhir dilakukan kepada kereta selepas proses pemasangan: ujian melalui terowong angin dan ujian pelanggaran bagi memastikan perlindungan yang optimum. Struktur rekaan bahagian depan IONIQ 5 dapat membantu menyerap impak pelanggaran dan meminimumkan kesan kepada kabin kereta.
Hyundai IONIQ 5 bakal memasuki pasaran luar negara bermula musim sejuk pada tahun ini. Varian yang ditawarkan ialah SE, SEL dan Limited dalam harga berbeza-beza yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Labur RM2.16 Bilion Di Kulim, Bakal Wujudkan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat
Penubuhan kilang Hyundai Motor dijangka membawa banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan nanti.
26-11-2024
Hyundai Tayang Robot Berkaki Empat
Hyundai Motor Poland mempersembahkan sebuah robot berkaki empat Spot.
30-03-2022
Hyundai dan Singtel Sah Berkolaborasi ke Arah Mobiliti Pintar
Hyundai Motor Company dan Singtel telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama.
06-04-2021
Imej Acah MPV Baharu, STARIA, Didedahkan Hyundai!
Hyundai Motor Company telah meperkenalkan STARIA baharu, sebuah kenderaan di bawah kategori kenderaan serba guna (MPV) bersama-sama dengan imej acah kereta tersebut.
11-03-2021
Tesla Model 3 & Hyundai Kona Electric Akan Digunakan Polis Indonesia
Pada masa ini, hanya Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric sahaja model kereta elektrik yang telah menyertai barisan kenderaan POLRI.
02-03-2021
Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT
Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.
05-09-2024
Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya
Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.
15-04-2024
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?
Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.
27-02-2024
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat