ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Lancar Teknologi Hibrid Elektrik Ke Pasaran Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan teknologi Hibrid Elektrik ke pasaran Malaysia.


Ia dikatakan menekankan ciri-ciri praktikal selain ditawarkan pada harga yang agak berpatutan dan realistik.


Pelancaran teknologi serba baharu ini adalah permulaan era baharu di Malaysia dengan kehadiran barisan Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV)!


Untuk makluman anda, Toyota pernah menayangkan generasi HEV ini sekitar tahun 1997. Ini bermakna teknologinya sudah berkembang lebih 20 tahun!


“Bagi industri automotif, neutraliti karbon melibatkan proses yang sangat mencabar untuk memastikan bahawa pembebasan sifar dapat dicapai dalam proses pembuatan, pengangkutan, penjanaan tenaga, pengisian atau pengisian, kitar semula dan pelupusan kenderaan," kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.


Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencapai neutraliti karbon sebenarnya ia perlu membawa kepada pendekatan holistik.





Misalnya, HEV, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), Kenderaan Hibrid Elektrik Plug-in dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api Hidrogen (FCEV).


Bagi memperbaiki kecekapan bahan api pada kadar yang lebih baik, Toyota berusaha mengembangkan e-bahan api yang diperbuat daripada hidrogen.


Malah, syarikat dikatakan telah meningkatkan sasaran jualan kenderaan elektrik dari 5 juta kepada 8 juta unit menjelang tahun 2030.


Matlamat ini disokong oleh pelaburan terkini dalam pembangunan dan bekalan bateri.


“Kami yakin bahawa HEV adalah pilihan paling mudah diakses dan realistik bagi pelanggan di Malaysia.


“Ia menjadi jambatan yang sangat realistik ke arah  kenderaan elektrik. Oleh itu, beberapa usaha masih dilakukan untuk membolehkan BEV menjadi kenyataan  misalnya aspek pengurangan kos, penambaikan campuran tenaga dan pembangunan infrastruktur,” kata Takeyama.


Buat masa ini, ujarnya, HEV Toyota adalah antara kenderaan paling canggih. Ia dikatakan menampilkan ciri realistik, ekonomi dan penyelesaian praktikal dalam pengeluaran secara besar-besaran.


Ia juga membabitkan misi untuk mengurangkan emisi karbon dioksida, penggunaan yang praktikal dan apa yang penting ialah penerimaan harga oleh para pelanggan.


“Ia juga tidak memerlukan infrastruktur untuk dibangunkan misalnya stesen pengecas memandangkan kenderaan itu tidak perlu dicas,” tambahnya.






Antara kelebihan sistem hibrid Toyota ialah kuasa berkembar. Enjin petrolnya digabungkan dengan dua motor elektrik sekaligus mampu menawarkan dua sumber tenaga, kecekakapan yang lebih baik termasuk pemanduan lancar dan prestasi.


Tidak ketinggalan, ia menawarkan kos bahan api yang rendah, boleh dikendali dengan baik dan mesra alam.


Generasi baharu HEV menawarkan tahap prestasi yang tinggi, daya pecutan luar biasa, responsive dan pemanduan selain telah menaik taraf tahap kesenyapan, getaran dan kekerasan (NVH).


Malah, tahukah anda kenderaan ini dibuat supaya ia dapat tahan lama.


Ia dibangunkan supaya dapat dipercayai, tahan lama selain mampu bertahan ujian masa dan jarak jauh.


Strategi mereka sebenarnya mahu mengurangkan emisi dan menerima pakai proses baharu dan teknologi bagi mengurangkan sumber tenaga yang lazimnya diperlukan dalam pembuatan kereta ini.


Ia dilengkapi dengan teknologi yang dibobatkan juara. Kenderaan ini akan terus diuji dan akan dibuktikan dalam penglibatan Toyota menerusi sukan permotoran antarabangsa.


Ini termasuk acara terkemuka seperti perlumbaan Le Mans.


“Kami memiliki teknologi dan produk yang tepat dalam menyokong infrastruktur selain dasar tenaga sedia ada. Kami berada dalam kedudukan yang tempat untuk merealisasikan citi-cita Malaysia menjadi  hab teknologi canggih dan mengurangkan jejak karbonnya.


“Ini akan menjadi tonggak penting untuk memastikan polisi masa depan dan bersedia untuk menerima elektrik kenderaan," kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.






Jadi, adakah anda menganggap bahawa Toyota Corolla Cross Hibrid akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia?


Kami yakin bahawa kita tidak perlu menunggu lebih lama dengan berita ini memandangkan model itu telah pun ditayangkan di Thailand  dan Indonesia.


Sebelum pelancaran teknologi hibrid yang baharu ini, Toyota telah pun mendedahkan Program Loyal-T Toyota  yang menggantikan program Merit Toyota pada Jun lalu.






Untuk lebih banyak faedah, semua pelanggan Toyota memperoleh mata ganjaran dengan pembelian kenderaan, servis kenderaan, pembelian alat ganti, pembaharuan insurans.





Menerusi mata ganjaran ini, pelanggan boleh menukarnya dengan baucar E-service yang boleh ditebus untuk perkhidmatan akan datang!


Untuk keterangan lanjut, toyota.com.my.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-11-2026
Berita Auto

17-04-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
EV

22-02-2024
Global

09-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
EV

18-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto
Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Stesen LRT Sesak

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.