Proses Pengujian Lesen Memandu Hanya Bermula 17 September ini

Berita baik kepada Industri Latihan Pemanduan (ILP) kenderaan motor di seluruh negara! Bermula hari ini, ILP dibenarkan beroperasi semula tetapi dengan prosedur operasi standard yang ketat.
Antaranya, semua urusan perlu dibuat secara janji temu manakala, tenaga pengajar dan calon yang telah lengkap menerima vaksin perlu mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian.

Sebaliknya, ILP hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan (%) pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.
“Ini bermakna jika 40 peratus pekerja ILP telah lengkap menerima vaksin, institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja sebaliknya, jika 60 peratus lengkap divaksin, institut boleh beroperasi dengan 80 peratus pekerja,” kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong semalam.

Bagaimanapun, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu hanya akan bermula pada 17 Septermber ini.
Langkah ini diambil bagi membolehkan institut memandu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya.
Di sebalik pembukaaan semula ILP, kakitangan mahupun calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) atau sedang menjalani perintah kuarantin sememangnya tidak dibenarkan hadir ke ILP.
Seperti sedia maklum, negara kita terus bergelut dengan kes jangkitan Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan, maka kakitangan dan calon diingatkan supaya sentiasa mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh itu janganlah lupa dalam melaksanakan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menggunakan sanitasi tangan.
Sudah pasti, bagi mereka yang tidak mematuhi mana-mana SOP yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Apa yang penting, kekal patuhi SOP walaupun diberi kelonggaran untuk beroperasi semula!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQY6956
SELANGOR
BSQ2742
JOHOR
JYX1342
PULAU PINANG
PSC4394
PERAK
APH5907
PAHANG
CFG5630
KEDAH
KGG1527
NEGERI SEMBILAN
NEK4601
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8043N
Terakhir Kemas Kini 24 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Lebih 6,000 Orang Bida Nombor Plat P_P
Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri “P_P” melalui sistem dalam talian JPJeBid menerima sambutan yang amat memberangsangkan.
24-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
Berita Terkini
Proses Pengujian Lesen Memandu Hanya Bermula 17 September ini
Calon yang bergejala, sedang dalam PKPD, PUS atau sedang menjalani perintah kuarantin tidak dibenarkan hadir ke ILP.
09-09-2021
Tunjuk Lebih
trending_flat