- Berita
- Berita Auto
- Satu-Satunya Di Dunia! Porsche 911 Turbo S Khas Dihasilkan Sebagai Penghormatan Kepada Pelumba Legenda Mexico
Satu-Satunya Di Dunia! Porsche 911 Turbo S Khas Dihasilkan Sebagai Penghormatan Kepada Pelumba Legenda Mexico

Sebuah Porsche 911 telah dibina khas untuk memperingati pelumba Mexico, Pedro Rodríguez. Kereta ini dihasilkan untuk tujuan lelongan amal.
Unit istimewa yang diberikan nama Porsche 911 Turbo S 'One of a Kind' Pedro Rodríguez ini telah dihasilkan dengan kerjasama antara Porsche Exclusive Manufaktur, Porsche Latin America dan Porsche Mexico.

Hasil rekaan yang unik ini dipamerkan kepada orang ramai ketika sambutan Sportscar Together Day di Centro de Alto Rendimiento Pegaso, Toluca, Mexico.
Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Porsche Latin America, George Wills berkata, "Pedro Rodríguez terus menjadi pemandu Amerika Latin yang telah memberikan Porsche kejayaan dan kegembiraan yang terbesar. Dengan kereta yang unik ini, kami ingin memberikan penghormatan kepada pemandu yang unik, tiada gantinya, idola pada masa lalu dan seorang legenda pada hari ini."
Semasa kariernya sebagai pelumba, beliau telah mencipta nama sebanyak 11 kali dalam World Championship of Makes yang kini dikenali sebagai World Endurance Championship (WEC).

Beliau membantu Porsche memenangi siri kejuaraan ini pada tahun 1970 dan 1971, yang mana lapan daripada 11 kemenangan beliau adalah dengan menggunakan kereta Porsche 917 KH.
Kini, 50 tahun selepas pemergian beliau semasa di litar Norisring, Nuremberg, Germany pada 11 Julai, 1971, Porsche Latin America dan Porsche Mexico telah mewujudkan penghargaan khas untuk beliau.
Menurut Pengarah Porsche Mexico, Camilo San Martin, "Kereta ini memiliki elemen unik yang tidak ada pada mana-mana kereta di dunia ini. Konfigurasi ini, serta butiran dan peralatan yang khusus untuk kereta ini telah dikuncikan pada konfigurator Porsche dan juga sistem produksi kereta supaya ia tidak lagi diulang."

Kereta ini dihasilkan dengan inspirasi daripada 917 KH yang berwarna 'Gulf blue'. Warna yang sama turut digunakan pada 911 Turbo S ‘One of a Kind’ ini, berserta jalur berwarna jingga di sepanjang bahagian tepi di atas.
Kereta ini turut dipasangkan dengan rim rekaan khas yang dicatkan dengan warna hitam berkilat. Panel pintu pula memamparkan nombor dua.

Elemen unik lain ialah plak yang diletakkan pada tiang B, bentuknya sama seperti yang terdapat pada sebuah 917 KH dalam warna bendera Mexico bersama dengan nama dan tandatangan Rodríguez.
Selain itu, perincian yang sama dapat dilihat pada moulding karbon di bahagian bawah rangka pintu. Nama kesemua lapan perlumbaan yang dimenanginya menggunakan 917 KH diukirkan di bahagian bawah spoiler belakang.
Bergerak ke bahagian dalam kereta, 911 Turbo S secara keseluruhannya menggunakan upholsteri kulit berwarna biru grafit dengan jahitan berwarna jingga.

Di samping itu, tandatangan Rodríguez dapat dilihat pada tempat letak tangan di tengah dan juga pada trim papan pemuka yang diperbuat daripada gentian karbon.
Bukan ini sahaja, kunci keretanya juga telah direka khas. Kunci kereta ini turut menggunakan warna 'Gulf blue' untuk disesuaikan dengan tema kereta dan memiliki tandatangan beliau.

Tak cukup dengan itu, ia turut datang dengan set bagasi khas daripada kulit berwarna biru grafit dengan jahitan dan kemasan jingga.
Porsche 911 Turbo S ‘One of a Kind’ Pedro Rodríguez ini akan mula dilelong pada penghujung tahun ini, dan hasil jualan akan disalurkan kepada beberapa badan kebajikan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4754
SELANGOR
BSV2914
JOHOR
JH7593J
PULAU PINANG
PSH5414
PERAK
APN2099
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9084
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


