ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bentley Hantar SUV Mewahnya Ke Estet Macallan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dihiasi dengan perincian bespoke Mulliner, sebuah Bentayga Hibrid telah dihantar ke Estet Macallan yang terletak di Speyside, Scotland.

Kenderaan Utiliti Sukan elektrik tersebut akan digunakan secara eksklusif untuk kawasan harta tanah itu selain membawa orang kenamaan dengan menggunakan jentera ini memandangkan ia mendorong ke arah penyampaian mobiliti mewah yang mampan.

Ia akan dicas di kawasan yang baru sahaja dipasang dengan pengecas yang menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Diperbaharui Jaminan Asal (REGO) yang diperakui.

Secara keseluruhannya, nilai estetikanya digabungkan dengan warna kawasan estet itu sendiri yang menawarkan pelbagai ekosistem semula jadi.

Kerja-kerja mengecat bahagian luaran ini pula hadir dengan hijau metalik gelakp yang dikenali sebagai Virdian selain dilengkapi dengan spesifikasi Blackline yang menghiasi bahagian luaran.

Jentera ini menggunakan Mulliner Driving Specification  selain hadir dengan  roda hitam rekaan baharu bersaiz 22-inci.

Menjengah bahagian dalamannya, Bentayga Hibrid yang digunakan untuk Estet Macallan bercirikan perincian yang halus bagi mencerminkan kediaman tersergam itu.

Jentera itu dikatakan memiliki perincian yang sunggu mengagumkan termasuk kemasan jahitan unik, venir kayu, lampu selamat datang jenis LED.

Ia yang menggunakan konsep yang sama untuk bahagian luaran juga jentera ini juga hadir dengan kemasan kulit berwarna  ‘Porpoise’ dan ‘Cumbrian Green’ hides serta dipadankan bersama venir berwarna ‘Liquid Amber’.

Keempat-empat tempat duduknya itu dihiasi dengan sulaman Cumbrian Green yang dilihat kontra dengan kemasan kulit Porpoise.

Sementara itu, tempat duduk hadapannya pula dihiasi dengan kayu venir dan tertera perkataan “The Macallan” manakala keempat-empat plat tapaknya juga memiliki reka bentuk yang unik kerana kesemuanya bermotifkan The Macallan.

Di bahagian pembukaan pintunya, ia dihiasi dengan lampu selamat datang LED dimana ia sama seperti lantai di kawasan estet Easter Elchies itu.

Lebih menarik, Bentayga Hibrid baharu ini merupakan siri pertama Bentley yang akan ditempatkan di kawasan Estet The Macallan.

Bagaimanapun, pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun hadapan, Bentayga ini dikatakan akan bergabung dengan Flying Spur Hibrid yang akan dipadankan dengan plat warna sama dan beberapa perincian lain.

Menurut Bentley, pihaknya akan mengantikan sekurang-kurangnya dua buah kereta  dalam satu tahun di kawasan estet tersebut dengan memperkenalkan warna dan rekaan terbaharu.

Secara ringkasnya, Bentley Hibrid ini menggunakan 20 peratus elektrik dan pihaknya berhasrat menggunakan 100 peratus elektrik menjelang tahun 2025.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-02-2026
Global

30-01-2026
Global

14-11-2025
EV

09-07-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

12-11-2024
Global

03-10-2024
Global

11-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.