- Berita
- Berita Auto
- Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
![]()
Penularan virus Covid-19 telah memberi impak besar kepada ekonomi di seluruh dunia. Kedatangan tahun 2022 diharapkan dapat menjadi era pemulihan ekonomi dan ini terbukti apabila sesetengah jenama berjaya mencapai prestasi jualan lebih baik daripada jangkaan, namun ada juga yang menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
-full-full.jpg)

Bermula dengan pengeluar kereta dari negara Jerman, BMW dan Mercedes-Benz menyaksikan kejatuhan jualan tahunan syarikat. BMW berjaya menyerahkan sejumlah 2,100,692 unit kenderaan di seluruh dunia, 5% lebih rendah berbanding tahun 2021. Sementara itu, Mercedes-Benz pula mencatatkan jualan 2,043,900 unit kenderaan dalam tempoh sama, 1% lebih rendah berbanding pencapaian syarikat pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan angka tersebut, BMW berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama premium negara Jerman yang terlaris, di hadapan Mercedes-Benz dengan jualan lebih 56,792 unit.
-full-full.jpg)
Bukan sahaja di peringkat antarabangsa, BMW Malaysia juga berada di kedudukan teratas sebagai jenama automotif premium nombor satu Malaysia buat tiga tahun berturut-turut. Syarikat tersebut telah menyerahkan sejumlah 11,855 unit kenderaan pada tahun 2022, 38% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
-full-full.jpg)

Bagaimanapun, kedua-dua jenama menunjukkan pertumbuhan positif pada suku terakhir (Q4) 2022 yang mana BMW mencatatkan peningkatan sebanyak 10.6% dan Mercedes-Benz pula 17% berbanding suku ketiga (Q3) tahun 2022.


Seterusnya, Volkswagen dan Audi pula mencatatkan penurunan jualan tahunan di peringkat global. Jualan global Volkswagen pada tahun 2022 ialah 4.56 juta unit, lebih rendah sekitar 6.8% berbanding tahun sebelumnya. Audi pula menyerahkan sekitar 1,614,231 juta kenderaan di seluruh dunia, 3.9% lebih rendah berbanding tahun 2021. Prestasi jualan Audi pada tahun 2022 meletakkannya sebagai jenama kereta premium yang ketiga terlaris di Jerman, di tangga ketiga selepas BMW dan Mercedes-Benz.


Berbeza dengan prestasi jualan keseluruhannya, jualan EV kedua-dua syarikat ini menunjukkan peningkatan yang positif. Sebanyak 330,000 unit EV daripada syarikat Volkswagen terjual pada tahun 2022 – lebih 23.6% berbanding 2021. Sementara itu, EV e-tron daripada Audi pula terjual sebanyak 118,196 unit, 42.8% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Permintaan bagi model prestasi Audi juga meningkat sehingga 15.6% berbanding tahun 2021 dengan jualan sebanyak 45,515 unit.
-full-full.jpg)
Jenama Lamborghini yang dinaungi oleh Volkswagen Group berjaya mencatatkan rekod jualan terbaharu selepas sejumlah 9,233 unit kenderaan terjual tahun lalu, 10% lebih tinggi berbanding 2021.


Model terlaris jenama tersebut ialah SUV Urus dengan jualan sebanyak 5,367 unit, diikuti oleh Huracan sebanyak 3,113 unit dan Aventador, 753 unit.
-full-full.jpg)
Untuk pegangan pasarannya, Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran nombor satu Lamborghini dengan jualan lebih 2,700 unit kenderaan tahun lalu. Sementara itu, China, Hong Kong dan Macau pula berada di tempat kedua dengan jualan 1,018 unit, diikuti oleh Jerman, 808 unit. Selain pertumbuhan jualan yang memberangsangkan, pusat jualan Lamborghini juga semakin bertambah tahun lalu iaitu daripada 173 buah kepada 180 buah cawangan di 53 negara.

Jenama mewah di bawah naungan Volkswagen Group yang seterusnya, Bugatti, merekodkan pencapaian yang hebat tahun lalu. Pengeluar kereta Perancis ini telah menyerahkan sejumlah 80 kenderaan baharu di seluruh dunia, jumlah pengeluaran tertinggi dalam satu tahun kewangan sepanjang penubuhannya.

Antara model yang telah dibina dengan tangan di kilangnya di Molsheim tahun lalu ialah Chiron unit ke-400 yang juga sembilan unit terakhir Chiron Super Sport 300+, serta 10 unit terakhir Centodieci.

-full-full.jpg)
Selain Lamborghini dan Bugatti, jenama mewah Bentley dan Rolls-Royce juga mencatatkan rekod jualan baharu tahun 2022 dengan lebih 15,000 unit kenderaan terjual di seluruh dunia. Bentley berjaya melepasi jualan ke-600 unit buat pertama kali dalam sejarah. Seperti juga Lambo, model terlaris bagi Bentley dan Rolls-Royce ialah sebuah SUV iaitu Bentley Bentayga dan Rolls-Royce Cullinan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQJ4856
SELANGOR
BSL9005
JOHOR
JYQ2764
PULAU PINANG
PRX9549
PERAK
APE4738
PAHANG
CFE8912
KEDAH
KGD9580
NEGERI SEMBILAN
NEJ3502
KOTA KINABALU
SJP8425
KUCHING
QAB762N
Terakhir Kemas Kini 24 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.
13-03-2023
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.
09-03-2023
Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung
Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.
24-02-2023
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.
14-01-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Ibu, Anak Terkorban!
Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
12-10-2022
Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri
Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.
17-08-2022
Berita Terkini
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Mazda 2 Sudah Tidak Lagi Dijual Di Malaysia
Pengimport dan pengedar Mazda, Bermaz Auto (BAuto), telah menggugurkan Mazda 2 daripada barisan produknya, baru-baru ini.
23-01-2026
Jenama Lepas, Mahu Buka 20 Cawangan Di Malaysia
Lepas Malaysia merancang untuk membuka sekurang-kurangnya 20 cawangan jualan dan servis di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan beberapa negeri lain.
22-01-2026
Tidak Perlu Tunjuk Bukti Keluar Negara, Hanya Bayar RM20 Untuk Dapatkan Kad Fizikal Lesen Memandu
Rakyat Malaysia kini tidak perlu menunjukkan bukti keluar negara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula 23 Januari ini.
22-01-2026
Pos Malaysia Lakar Sejarah, Lancar Kenderaan Tanpa Pemandu
uat julung kalinya, Pos Malaysia Bhd melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.
22-01-2026
Ini Dia Harga Minyak Mingguan, RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 4 Sen
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi, masing-masing dinaikkan 2 sen kepada harga RM3.10 dan RM2.54 seliter.
21-01-2026
2 Maut Dirempuh Mercedes
Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, semalam.
21-01-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

