Servis Ini Adalah Yang Pertama Di Malaysia
Pengedar rasmi Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MM) mengorak setapak ke hadapan apabila melancarkan Home Delivery Service (Servis Penghantaran ke Rumah) yang hanya ditawarkan kepada para pelanggan yang menetap di Lembah Klang.

Ini bermakna kereta baharu pelanggan akan dihantar dengan menggunakan trak pengangkut sehingga ke pintu rumah pelanggannya.
Apa yang menarik, syarikat berkenaan dikatakan merupakan syarikat automotif yang pertama menawarkan proses pembelian dalam talian yang bermula dari tontonan virtual 360, Pandu Uji , Bantuan Tempahan, Jualan Semula Bagi Pembelian Baharu sehingga Penghantaran Kereta ke Rumah Pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, pihaknya mahu menawarkan satu pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembelian secara dalam talian.
“Kami mahu menawarkan sesuatu yang berbeza dalam pengalaman pemilikan kenderaan.
“Oleh itu, kami menawarkan pusat sehenti servis digital daripada tontonan kenderaan 360º melalui bilik pameran maya, membuat tempahan Pandu Uji 2U, melengkapkan proses pembelian akhir secara atas talian seperti tempahan dan tukar beli termasuk penghantaran kenderaan baharu ke rumah pelanggan,” katanya.
![]()
Bagaimanapun, servis terbaharu ini hanya ditawarkan kepada pelanggan Lembah Klang yang sudah membuat tempahan atau mendaftar secara online menerusi https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/.
Malah, bagi pelanggan yang sudah mendaftar dan menempah model Triton dengan kod promo 4SUREBELI di Mitsubishi Online Showroom akan menerima jaket North Face edisi terhad.
Tawaran ini telah bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54
THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.
08-10-2026
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge