- Berita
- Berita Auto
- 30 Meja Pool Bugatti Bakal Dihantar! Ini Yang Didatangkan Sekali Dengan Pembelian...
30 Meja Pool Bugatti Bakal Dihantar! Ini Yang Didatangkan Sekali Dengan Pembelian...
Awal tahun ini, Bugatti dan pengeluar gentian karbon terkemuka, IXO® (Iconic Xtrem Objects), telah berkolaborasi untuk memperkaya koleksi Bugatti Lifestyle dengan meja pool eksklusif yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti gentian karbon, aluminium, titanium dan kulit.
Pelanggan pertama yang akan menerima lesen rasmi Bugatti Pool Table yang dilengkapi plat unik menunjukkan logo ikonik EB serta ukiran nombor edisi 1/30 ialah pembeli dari Amerika Syarikat. Tanda 1/30 itu sendiri menonjolkan lagi keunikan produk.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Sebelum dihantarkan kepada pelanggan pertama, foto Bugatti Pool Table ini telah diambil oleh pengeluarnya yang berpangkalan di Sepanyol.
Semestinya, produk ini didatangkan dengan kelengkapan percuma lain seperti penyokong cue daripada gentian karbon yang dipasang pada dinding, skrin sentuh beresolusi tinggi 13 inci yang digunakan untuk melihat skor dan juga mengawal meja serta lampu.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Di samping itu, didatangkan bersama ialah cue pool daripada gentian karbon dengan hujung aluminium yang dihasilkan daripada mesin CNC, rekaannya sama seperti butang pada Bugatti Chiron dan Divo.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
"Satu keseronokan bagi kami kerana dapat menyaksikan contoh pertama Bugatti Pool Table yang disiapkan oleh IXO®. Kerjasama dengan rakan kongsi pengeluar yang serasi dengan kualiti dan nilai Bugatti dari segi penggunaan material berkualiti tinggi dan standard yang sukar ditandingi merupakan perkara penting bagi kami," kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.
"Kami memulakan gerak kerja untuk projek ini pada tahun lepas, dan berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan meja pool yang pertama. Kami mencurahkan jiwa kami kepada produksi yang pertama ini, dan yakin bahawa setiap seorang daripada 30 pelanggan akan seronok dengan meja pool ini sebagaimana yang kami rasakan semasa menghasilkannya," ujar Pengurus Besar IXO®, Pedro Sanchez.
Pengguna yang berminat boleh membina meja pool Bugatti sendiri dengan memilih warna untuk material karbon dan kulit yang digunakan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

