Kereta Honda Paling Murah Dilancar Di India
Menyedari kos sara hidup yang tinggi di India, pengeluar kereta Honda di India, Honda Cars India Ltd memperkenalkan Honda Amaze S yang sebenarnya diinspirasi oleh Honda Accord baru-baru ini.
Ada yang mengatakan bahawa jentera ini adalah antara Honda yang paling murah ditawarkan setakat ini.
Untuk makluman anda, Honda Amaze yang dilancarkan pada tahun 2013 menawarkan sembilan varian: E, S, S CVT, VX, E Diesel, VX CVT, S Diesel, VX Diesel, dan VX CVT Diesel.
Amaze serba baharu ini merupakan kereta sedan lima tempat duduk yang ditawarkan pada harga Rs7.10 Lakhs (RM 39,430.79).



Honda Amaze ini dilengkapi dengan enjin 1.2 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual transmisi lima-kelajuan, manakala enjin diesel 1.5 liter pula digandingkan dengan sistem suntikan petrol.
Dari segi saiznya, Amaze berukuran 3,995mm, 1,695 lebar dan setinggi 1,501mm.
Menyentuh mengenai reka bentuknya, ia dilitupi dengan bampar rata yang boleh dilihat sudut pemandunya.
Sebaliknya, jentera ini menerima gril yang direka semula manakala dua lagi jalur di bawahnya turut menerima kemasan krom dan bahagian bonet pula dihiasi dengan logo Honda.
Beberapa ciri kereta ini juga telah dikemaskini termasuk lampu hadapan projekter jenis LED dan lampu nyalaan siang.
Bampar hadapannya juga dikatakan telah dikemaskini memandangkan ia kelihatan lebih spesifik dengan adanya lampu kabus bersama kehadiran tayar bersaiz 15 inci.
Mnejengah bahagian dalamannya, ruangnya kelihatan agak luas dan selesa untuk semua penumpangnya.
Sistem infotainmennya pula dilengkapi dengan MP3, AUX dam USB. Di saat mendengar alunan lagu, anda boleh meletakkan bekas minuman anda di tempat pemegang cawan bagi memudahkan anda meneruskan perjalanan dengan selesa.
Sudah pastinya dalam dunia automotif, kita tidak akan melepaskan untuk pandu uji. Hakikatnya pengalaman pemanduan Honda Amaze S ini menawarkan pemanduan yang agak selesa.
Apa tidaknya, dengan enjin 1.2 liter, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 90PS dan daya kilasnya 110Nm.
Seperti sedia maklum, Honda sentiasa menitiberatkan aspek keselamatan untuk pemandu dan penumpangnya.
Honda Amaze ini dilengkapi dengan beg udara berkembar yang terletak di tempat pemandu dan tempat duduk penumpangnya.
Hakikatnya, pemanduan kereta ini dilihat lebih selamat memandangkan ia dilengkapi dengan sistem Brek Anti Lock dengan Agihan Brek Elektronik, kunci keselamatan kanak-kanak dan Immobilizer.
Tahukah anda, jentera ini telah meningkatkan jualan Honda Cars India sebanyak 48.85 peratus dalam jualan domestiknya kepada 11,177 unit pada Ogos lalu berbanding 7,509 unit pada tempoh yang sama pada tahun lalu.
Hasil jualannya membuktikan bahawa jentera ini agak popular di India. Jangan lupa, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6243
SELANGOR
BSS9275
JOHOR
JC6309J
PULAU PINANG
PSE8147
PERAK
APK7529
PAHANG
CFH4837
KEDAH
KGH6154
NEGERI SEMBILAN
NEL4846
KOTA KINABALU
SJT5934
KUCHING
QAB4206P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat