Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
Honda N-One e adalah kereta untuk kegunaan di bandar dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 270 km selain mengekalkan reka bentuk unik yang sama seperti versi kereta konsepnya.
Dari segi reka bentuk, kita dapat lihat bahawa EV ini kekal dengan versi kereta konsepnya, kerana bahagian hadapannya hadir dengan lampu hadapan LED jenis bulat, gril jenis tertutup yang berwarna hitam, dan terdapat dua port pengecasan.


Gaya retronya itu dlihat lebih menyerlah dengan adanya lampu belakang LED berbentuk segi empat, pintu but belakang yang direka semula dengan pemegang plat nombor dipasang lebih rendah, serta rim aloi enam jejari bersaiz 14 inci yang melengkapkan lagi penampilannya.
Walaupun Honda tidak mendedahkan ukurannya, kami difahamkan N-One e ini berukuran kurang daripada 3.4 meter panjangnya, menjadikannya lebih kecil daripada beberapa hatch EV bukan-kei yang paling kecil di pasaran.


Menjengah bahagian kabinnya, N-One e dilihat menampilkan kabin yang cukup minimalis kerana kabinnya agak ringkas berbanding kabin versi enjin pembakaran dalamannya.

Melihat bahagian hadapannya, terdapat papan pemuka rata dengan corong udara berbentuk segi empat dan tiada skrin tengah terapung seperti yang ada pada kebanyakan EV lain.


Bagaimanapun, si pembeli boleh memilih skrin infotainmen Honda Connect bersaiz sembilan inci sebagai pilihan.
Sebaliknya, satu-satunya paparan standard ialah kluster meter digital kecil yang tersembunyi di sebalik stereng dua jejari. Tuil gear konvensional telah digantikan dengan butang pemilih gear yang lebih kemas, selain terdapat beberapa butang dan dail khusus untuk kawalan suhu.
Walaupun bersaiz kecil, N-One e: menjanjikan tahap praktikaliti yang baik, di mana tempat duduk belakangnya boleh dilipat rata dalam konfigurasi 50:50. Ia hadir dengan dua warna terang pada upholsteri kitar semula dan reka bentuk tingkap yang jenis berkotak membantu mengurangkan rasa sempit dalam hatch kecil ini.
Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan butiran mengenai rangkaian kuasa N-One e:, tetapi kami dimaklumkan ia akan menawarkan jarak WLTP sehingga 270 km, sekali gus menjadikannya lebih praktikal berbanding kebanyakan EV kei lain.
Mengikut peraturan kereta kei, kita boleh menjangka motor elektriknya hanya mampu menghasilkan kuasa tidak lebih daripada 63 hp. Kuasa itu sudah memadai untuk kereta sekecil ini.

Selain itu, pihak syarikat juga tidak mendedahkan mengenai kapasiti baterinya namun ada kemungkinan ia akan menggunakan bateri yang serupa dengan N-Van e.
Untuk makluman, van kei EV tersebut dikuasakan oleh pek bateri kecil 29.6-kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 50 kW.
Begitupun, Honda ada menyatakan bahawa N-One e: akan menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Home (V2H).

Walaupun N-One e: telah disahkan untuk pasaran Jepun, Honda turut menyatakan bahawa konsep asal Super EV akan melahirkan satu lagi hatch EV yang disasarkan untuk pasaran luar negara seperti Eropah dan Asia Tenggara.
Jika ini benar, kita boleh menjangka hatch EV baharu ini akan hadir dengan motor lebih bertenaga dan bateri lebih besar untuk jarak pemanduan yang lebih baik, serta mungkin menampilkan reka bentuk lebih sporty dan bersaiz lebih besar berbanding versi kei ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
31-12-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

