ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Ikonik Itu Dipamerkan Di Tengah Kota London Baru-Baru Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Aston Martin melancarkan kempen “No Time To Die” berikutan tayangan filem James Bond yang ke-25 tahun itu dengan menampilkan Aston Martin DB5 di dalam sebuah kotak mainan bersaiz besar.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin Lagonda, Marek Reichman berkata, pihaknya berbesar hati dengan meraikan kempen “No Time To Die” dengan mempamerkan jentera ini.

Aston Martin dengan James Bond mempunyai hubungan yang cukup erat sejak beberapa dekad lalu dan DB5 merupakan kereta paling terkenal sepanjang hubungan kedua-dua pihak ini sejak  50 tahun lalu.

Bekerjasama dengan Produksi EON dan Penyelarasan Kesan Khas Visual filem,  Chris Corbould, pihaknya dikatakan akan menghasilkan sekurang-kurangnya 25 jentera DB5 yang  merupakan satu projek unik.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan Corgi, satu lagi pengeluar kereta ikonik berjenama Britain dan menyaksikan  kereta James Bond duduk di dalam kotak mainan bersaiz besar di tengah-tengah London. Ia adalah sesuatu yang cukup hebat.” katanya.

Di sebalik mengembalikan semula Aston Martin DB5 yang ikonik ke layar, Aston Martin dan Corgi mengambil inisiatif dengan mempamerkan satu replika sebenar model DB5 Corgi keluaran tahun 1965.

Model saiz sebenar yang berukuran  5,660mm (panjang), 2,700mm tinggi dan sedalam 2,700 mm itu merupakan hasil reka bentuk Corgi yang asal.

Kotak itu dilihat menempatkan Aston Martin DB5 Goldfinger Continuation.

Lebih menarik, ia dilengkapi dengan pelbagai gajet yang sudah pastinya akan dikenali peminat filem James Bond.

Antaranya seperti nombor pendaftaran, pelindung belakang kalis peluru, pelindung hadapan yang bersaiz besar.

Kotak itu akan dipamerkan di Stesen Battersea Power di London bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan replika berkenaan sehingga Jumaat lalu.

Seperti dikatakan tadi bahawa Aston Martin DB5 Goldfinger Continuation hanya akan dihasilkan sebanyak 25 unit. Ia dihasilkan semula sejak kali terakhir dikeluarkan 55 tahun lalu di pangkalan pembuatan kereta yang terletak di Buckinghamhire.

Kesemua kereta DB5 yang dihasilkan semula boleh dilihat di layar skrin gergasi dan ia cuma menawarkan satu warna iaitu Silver Birch dimana ia merupakan warna asal DB5.

Biarpun, pengeluaran semula yang baharu ini memerlukan beberapa pengubahsuaian namun ia sebenarnya bertujuan untuk memastikan kualiti dan kebolehpercayaan pada tahap yang tertinggi.

Bagi Corgi, pemodelan semula jentera ini adalah yang asal dan antara pengeluaran paling terkenal Aston Martin DB5 dimana pertama kali ia dikeluarkan pada tahun 1965.

Ia turut meraih gelaran Toy of the Year dan Best Boys Toys pada Anugerah Persatuan Peruncit Mainan.


Ia yang pada mulanya, berharga £10 (RM56) hingga £50 (RM282) itu menjadi semakin popular sehingga ia berjaya dijual lebih 20 juta unit di seluruh dunia.

Malah, ia masih dihasilkan sehingga ke hari ini.

Filem James Bond dikatakan akan menampilkan empat model berlainan buat pertama kali. Antaranya, DBF, Aston Martin V8, GT Aston Martin DBS dan Aston Martin Valhalla.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8709

SELANGOR

BSU5416

JOHOR

JG2045J

PULAU PINANG

PSG6453

PERAK

APM4216

PAHANG

CFJ1895

KEDAH

KGJ5443

NEGERI SEMBILAN

NEM3599

KOTA KINABALU

SJU6455

KUCHING

QAB7995P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026
Berita Auto
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto
SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026
Berita Auto
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang

Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang

Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.