ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mampukah MPV Ini Mencabar Pesaingnya?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan pelbagai guna yang pertamanya, Hyundai Staria Premium menerusi satu majlis di laman Facebook.

Ia yang berbentuk seolah-olah sebuah van didatangkan  dengan hanya satu varian. Ia menawarkan tujuh tempat duduk. 


Apa yang menarik, kenderaan mewah ini dikatakan bakal bersaing dengan MPV lain seperti Toyota Alphard dan Vellfire.

Sebaliknya sejauh manakah kenyataan ini berasas? Mari kita melihat spesifikasi jentera ini yang hadir dengan rekaan futuristik. 

Staria diinspirasikan daripada kapal angkasa dimana anda boleh melihat rekaan futuristik di bahagian hadapannya.

Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril yang agak besar di bahagian bawah selain dipadankan dengan lampu hadapan LED yang disusun dua baris menegak.

Gril radiatornya tampil dengan rekaan yang agak unik. Untuk makluman anda, Hyundai menggunakan warna badan yang sama untuk semua bahagian hadapan bagi memaksimumkan gaya moden dan tulen kenderaannya.


Malah, terdapat satu garisan silver di bahagian hadapannya menyebabkan ia kelihatan agak elegan.

Bahagian belakangnya pula kelihatan amat ringkas dan rata. Ruang yang besar didominasi oleh bukaan but belakang yang begitu besar, selain dilengkapi dengan lampu LED secara menegak.

Bagi model Premium ini, HSDM memberikan pilihan kemasan luaran sama ada memilih serlahan berwarna tembaga atau kelabu gelap pada emblem, gril, bezel lampu hadapan, bampar, rim, cermin sisi dan pembuka pintu. Menyentuh mengenai rimnya pula, ia didatangkan dengan rim aloi dua tona 18-inci

Melihat pula bahagian cerminnya, ia kelihatan agak pelik namun Hyundai berkata bahawa rekaan cermin tingkap yang bersaiz  besar itu sebenarnya diilhamkan oleh seni bina hanok tradisional Korea 

Hasil rekaan cermin itu dikatakan bertujuan untuk memudahkan penumpang melihat pemandangan di luar.

Konsep yang sama juga diteruskan di belakang di mana ia menampilkan cermin dan juga pintu tailgate yang besar,  permukaan rata, bampar yang cukup nipis disertakan jalur kemasan di bawahnya.


Jika luarannya nampak agak pelik namun dalamannya sememangnya selesa dan kelihatan mewah. Ia menampikan sistem infotainmen bersaiz 8 inci selain memaparkan visual dari kamera yang memantau penumpang belakang termasuk paparan meter digital bersaiz 10.25-inci.

Untuk keselesaan, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara automatik, terdapat corong udara yang lebar, butang push-start, dua bumbung suria (sunroof), sistem pendingin hawa dua zon, tirai tingkap, sistem audio 12 speaker Bose, pintu gelangsar dengan sentuhan jari, pad pengecasan tanpa wayar dan sebagainya.

Bahagian pemandu, ia dilengkapi dengan  pengecas telefon pintar tanpa wayar, suis tekan untuk menukar gear menggantikan tombol konvensional, brek parkir elektronik dengan fungsi autohold serta cermin pandang belakang elektronik.

Sistem lampu ambien dengan 64 pilihan warna turut dipasang selain kerusinya dibaluti dengan kemasan kulit Nappa dan terdapat pemanas kerusi.


Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit, Jeffrey Gan berkata, pihaknya berhasrat untuk menawarkan pengalaman mewah kepada para pelanggannya.

“Hyundai mahu menawarkan lebih banyak kenderaan premium yang menyediakan ciri inovatif. Staria Premium menerajui sebenarnya evolusi mobiliti Hyundai,” katanya.

Jentera ini dijana dengan enjin 2.2 liter turbodiesel empat silinder berkuasa 177 PS dan tork maksima 431 Nm bermula 1,500 rpm sehingga 2,500 rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan bersama pedal penukar gear.

Seperti biasa semua kenderaan dilengkapi dengan aspek keselamatan, begitu juga dengan Staria. Ia dilengkapi sepenuhnya dengan Smartsense Hyundai yang terdiri daripada sistem termasuk Bantuan Pelanggaran Titik Buta, Monitor Pemantau Titik Buta, Bantuan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Kekal Lorong serta Cruise Control pintar dengan fungsi stop & go.

Sudah pasti, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui harganya. Hyundai Staria  ini ditawarkan pada harga RM 358,888 dengan jaminan 5 tahun, tanpa jarak perbatuan.

Di sebalik pelancaran kereta mewah yang dilengkapi dengan teknologi canggih ini, ia dikatakan bakal menggoda para peminat kenderaan MPV di Malaysia.

Apakah pendapat anda dengan MPV terbaharu ini? Mampukah ia mencabar pesaingnya? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4932

SELANGOR

BSV1291

JOHOR

JH4269J

PULAU PINANG

PSH4100

PERAK

APM9606

PAHANG

CFJ4103

KEDAH

KGJ8192

NEGERI SEMBILAN

NEM5907

KOTA KINABALU

SJV1860

KUCHING

QAB216Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-01-2026
Berita Auto

20-12-2025
Berita Auto

26-11-2024
EV

18-07-2024
Berita Auto

05-01-2024
Kereta Baru

03-11-2023
Kereta Baru

15-09-2023
Kereta Baru

21-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.