Toyota Prius Edisi Khas Untuk Tahun 2022: Perkenalkan Nightshade!
Prius, model versi eksklusif untuk hibrid yang pertama daripada Toyota kini menambah 'ahli' baharu dalam barisan kereta Toyota melalui pengenalan kereta edisi khas Prius, Nightshade bagi tahun 2022. Dibina berdasarkan platform Toyota New Global Architecture, Prius generasi keempat ini merupakan varian tambahan kepada varian sedia ada lain iaitu L Eco, LE, LE AWD-e, XLE, XLE AWD-e dan Limited.

Pada tahun 1997, Prius merupakan kereta hibrid pertama yang telah dikeluarkan secara besar-besaran dengan sejumlah enam juta unit terjual di seluruh dunia. Buat masa ini, model ini merupakan salah satu daripada sepuluh kereta hibrid Toyota dan satu daripada 11 kereta elektrik syarikat, termasuklah Mirai Hydrogen Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV).
Dari segi luarannya, Prius mengekalkan bentuk sama yang telah dihasilkan dengan teliti untuk menjadikan kereta lebih aerodinamik, dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.24 cd. Kereta ini turut memiliki penutup gril automatik dan rekaan liftback unik yang memberikan kenderaan ruang kabin/kargo yang lebih luas.
Didatangkan secara standard, lampu depan Bi-LED dan juga lampu kombinasi LED belakang yang dimuatkan dengan panel kaca berkelebaran penuh di bawah spoiler belakang. Selain itu, kedua-dua varian XLE dan Limited dipasangkan dengan lampu kabus bersepadu beserta lampu accent LED.

Bergerak ke bahagian dalam, kabin dilengkapi dwi-paparan pelbagai informasi berwarna yang bersaiz 4.2 inci dengan skrin yang boleh diubah mengikut keperluan atau citarasa masing-masing, sebuah paparan berskrin sentuh 7 inci, serta sistem audio 6 speaker, fungsi Smart Key dan sebagainya. Ditawarkan sebagai percubaan adalah Platinum Plan SiriusXM selama tiga bulan, percubaan Toyota Safety Connect selama setahun, Service Connect selama 10 tahun dan Wi-Fi Connect selama tiga bulan.
Prius Limited menerima ciri tambahan lain iaitu Premium Audio dengan Integrated Navigation dan sistem JBL bersama-sama paparan skrin sentuh dan skrin pisah bersaiz 11.6 inci serta 10 buah speaker JBL dengan amplifier. Didatangkan secara standard untuk kesemua varian ialah kemampuan sambungan dengan Apple CarPlay dan Amazon Alexa.
Prius 2022 dikuasakan oleh enjin gasolin kitaran Atkinson empat silinder 1.8L dengan dua motor penjana melalui CVT jenis planetary yang dikawal secara elektronik. Ditawarkan dalam dua konfigurasi, FWD dan AWD-e, versi AWD-e menggunakan sebuah motor elektrik khas di bahagian belakang untuk memberi kuasa kepada roda belakang apabila diperlukan, ini dapat membantu memaksimakan penjimatan minyak.

Dari segi keselamatan, kesemua varian dilengkapi Star Safety System Toyota dan juga Toyota Safety Sense 2.0 (TSS-2.0). Sistem ini merangkumi teknologi keselamatan seperti Teknologi Henti Pintar (SST), Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki Dalam Cahaya Rendah, Pengesan Penunggang Basikal Waktu Siang, Bantuan Papan Tanda Jalan, Amaran Keluar Lorong dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik Pada Kelajuan Penuh. Ciri lain ialah Peringatan Tempat Duduk Belakang, yang diaktifkan apabila seorang penumpang kekal di tempat duduk belakang semasa kereta tidak bergerak, pada gear P dan ketika enjin dimatikan.
Edisi khas Prius Nightshade 2022 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Midnight Black Metallic, Super White dan Silver Metallic. Model FWD menggunakan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci, manakala varian AWD-e pula menggunakan rim aloi bersaiz 15 inci dengan bolt lug berwarna hitam.
Menggunakan ciri yang terdapat pada varian XLE, edisi Nightshade dilengkapi sistem Smart Key tiga pintu, tempat letak tangan pada pintu, poket belakang kerusi, pemegang pintu krom pada bahagian dalam, lipatan kerusi belakang dalam nisbah 60:40 dan juga penutup tonneau ruang kargo yang boleh dilipat.

Prius 2022 ditawarkan pada harga yang bermula daripada $24,525 ke $30,575, termasuklah jaminan asas selama 3 tahun, jaminan trenkuasa selama 60 bulan, dan jaminan bateri hibrid selama 10 tahun. ToyotaCare turut ditawarkan sebagai teknologi standard kereta: penyelenggaraan biasa dan juga bantuan tepi jalan selama 24 jam tanpa sebarang kos untuk tiga tahun.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8351
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2089J
PULAU PINANG
PSH3245
PERAK
APM8241
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7615
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge