ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pameran Rolls-Royce Di UK: Dedahkan Versi Keluaran Khas, Black Badge, Untuk Tatapan Umum

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Rolls-Royce Motor Cars telah membuat penampilan dalam acara tahunan musim panas yang eksklusif, Salon Privé. Semasa acara di Concours d’Elégance, Blenheim Palace, Oxfordshire, England, UK ini diadakan, Rolls-Royce mempamerkan dua versi yang dihasilkan khas: Black Badge Cullinan dan Black Badge Wraith.

 

Versi khas Black Badge ditawarkan untuk model Wraith, Dawn dan Cullinan. Versi ini merupakan satu revolusi bagi jenama kereta mewah ini. Black Badge mewakili identiti kedua atau alter ego Rolls-Royce sejak mula dilancarkan lima tahun yang lalu. Versi Black Badge bukan sekadar tampil dengan ciri luaran yang berbeza tetapi juga berbeza dari segi kejuruteraannya yang tampil lebih berkuasa.


Untuk tahun ini, Black Badge Cullinan memiliki badan yang diwarnakan dengan tona hijau Bespoke Verde Ermes. Ciri luaran kereta bertambah menarik dengan sentuhan warna gelap untuk bahagian besi kereta, Spirit of Ecstasy,   serta rim Black Badge kereta yang bersaiz 22 inci.


Untuk Black Badge Wraith, warna Iced Premiere Silver telah dipilih sebagai cat luaran.  Warna luaran ini sepadan dengan warna krom gelap kereta Spirit of Ecstasy, dan juga rim Black Badge separa gentian karbon bersaiz 21 inci.


Untuk Black Badge Wraith, warna Iced Premiere Silver telah dipilih sebagai cat luaran.  Warna luaran ini sepadan dengan warna krom gelap kereta Spirit of Ecstasy, dan juga rim Black Badge separa gentian karbon bersaiz 21 inci.


Untuk bahagian dalaman, Black Badge Wraith menggunakan warna Mugello Red bagi keseluruhan upholsteri.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Rolls Royce Motor Cars mengetuai Tour Privé, dan juga pemanduan sejauh 120 batu (193 km) di Cotswolds. Dalam perjalanan ini, Ghost berada di kedudukan hadapan.

Ghost untuk versi terbaharu ini telah dihasilkan dengan berpandukan falsafah 'post-opulent' (yang didefinisikan sebagai kesucian dan minimalisme oleh pereka Rolls-Royce), Ghost tampil dengan warna luaran  Salamanca Blue. Di bahagian dalam, balutan kulit Cashmere Grey digunakan. 

Elemen lain yang terdapat pada bahagian dalaman Ghost ialah penggunaan warna Navy Blue sebagai warna kedua pada tempat duduk dan warna Cobalto Blue pada stereng kereta. 

Semasa acara berlangsung, tetamu yang hadir di ruangan VIP Blenheim Palace turut dapat melihat sendiri elemen lain yang ditawarkan daripada Rolls-Royce untuk versi tempahan khas seperti lakaran kereta, sampel pilihan warna dan juga sampel balutan kulit.

 

Untuk informasi yang lebih terperinci, boleh layari  rolls-roycemotorcars.com

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD8247

SELANGOR

BSR1863

JOHOR

JYB4267

PULAU PINANG

PSD3549

PERAK

APJ4413

PAHANG

CFG8965

KEDAH

KGG6867

NEGERI SEMBILAN

NEK7489

KOTA KINABALU

SJS5962

KUCHING

QAB672P

Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

25-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.