Servis Kereta Anda Dengan GoCar. Mudah, Tiada Caj Tersembunyi
Berita baik untuk golongan wanita di Lembah Klang.
Ini kerana GoCar Malaysia telah melancarkan kempen GoLadies yang menawarkan perkhidmatan penyelenggaran kereta hanya untuk wanita.
Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan pemandu wanita supaya memanfaatkan perkhidmataan penyelenggaraan kereta secara digital.
-full.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya menyedari bahawa pihak wanita sering kali bimbang untuk menyelenggara kereta mereka.
“Ramai yang resah untuk menghantar kereta mereka untuk diselenggara kerana bimbang ditipu atau dikenakan caj yang tinggi.
“Oleh itu, kami melancarkan kempen ini bagi memudahkan kaum hawa untuk menyelenggara kereta mereka hanya di hujung jari,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kempen itu, beliau berkata, para pelanggan wanita boleh memuat turun aplikasi mudah alih GoCar dan mengikuti beberapa langkah mudah bagi menikmati pengalaman itu sepenuhnya.
![]()
Bagi tempahan sesi temu janji, pelanggan perlu menghantar beberapa maklumat identiti diri, kenderaan dan memilih servis yang diperlukan daripada menu penuh.
Mereka kemudian akan dimaklumkan menerusi aplikasi mengenai kos servis yang dipilih secara terperinci dan cadangan jadual temu janji.
Hanya selepas pelanggan memberikan pengesahan dan kelulusan, GoCar Garage akan meneruskan kerja pembaikan tersebut.

Para pelanggan boleh memilih untuk mengambil atau meminta pihak GoCar menghantar kenderaan mereka di rumah.
Perkhidmatan penghantaran kereta ke rumah adalah percuma namun hanya untuk 300 peserta terawal yang mendaftarkan diri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen, anda boleh layari laman web GoCar di https://www.gocar.my/garage.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen GoCarLah: Diskaun Hingga 30 Peratus, Guna EV Percuma 3 Jam!
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini sedang mengadakan kempen ‘GoCarLah.'
29-07-2022
GoCar, EV Connection Jalin Kerjasama: Akses Stesen Pengecas EV Dipermudah
GoCar Malaysia menjalinkan kerjasama dengan EV Connection.
26-07-2022
GoCar Tawar Diskaun Untuk Khidmat Share Round Trips Sempena Tahun Baharu Cina
GoCar mengumumkan promosi terbaharunya sempena Tahun Baharu Cina.
27-01-2022
Kini Semua Boleh Naik Kereta EV: Program GoEV GoCar
Program GoEV telah dilancarkan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.
02-12-2021
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat