Kini Semua Boleh Naik Kereta EV: Program GoEV GoCar
GoCar baru-baru ini telah melancarkan program GoEV sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk tujuan ini, GoCar menyediakan sebanyak 25 unit Nissan Leaf generasi terbaharu yang dikuasakan oleh teknologi elektrik sepenuhnya. Program GoEV ini kini menjalankan projek rintis perkongsian dan langganan EV dalam kawasan Lembah Klang.
![]()
Sejumlah tiga zon perkongsian kereta EV telah ditempatkan di lokasi-lokasi utama untuk memudahkan orang awam mengakses perkhidmatan ini. Lokasi-lokasi tersebut ialah GoCar Malaysia Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre.
Untuk melipatgandakan lagi usaha ini, GoCar telah menetapkan sasaran untuk menambah sehingga 10 zon GoEV pada penghujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, "Perjalanan Malaysia masih jauh untuk mengejar penggunaan EV dan infrastrukturnya. Walau bagaimanapun, kami percaya, melalui perkongsian dan langganan kereta, kami dapat menggalakkan penggunaan secara besar-besaran. Kami berasa sangat bersemangat untuk membawakan akses EV yang mampu milik kepada orang awam. Dengan cara ini, semua orang dan bukan hanya golongan tertentu dapat merasai pengalaman gaya hidup EV."

Program GoEV ini dibuka kepada semua pemandu yang berusia 18 tahun dan ke atas. Orang ramai yang ingin memilih daripada mana-mana pelan yang ditawarkan sama ada GoEV Share atau GoEV Subs hanya perlu mendaftar sebagai ahli GoCar.
Buat masa ini, pilihan yang disediakan hanyalah untuk perjalanan pergi balik sahaja. Ini bermaksud EV hanya disediakan untuk pengambilan dan perjalanan pulang dalam zon yang sama dan juga bagi penggunaan jangka pendek pada kadar jam atau harian.
Selain itu, sempena pelancaran GoEV, GoCar kini menawarkan potongan sebanyak 25 peratus untuk kesemua perjalanan pergi balik bagi tempahan yang dibuat sebelum 31 Januari, 2022 dengan kod promo 'TRYGOEV.'

Namun begitu, pengguna juga boleh membuat langganan jangka panjang selama 36 bulan dengan bayaran RM2,299 sebulan.
Yang menariknya, caj ini adalah termasuk cukai jalan, insurans, servis biasa dan juga kemudahan pengecas kotak dinding di rumah.
Bukan itu sahaja, untuk menghilangkan kerisauan pengguna EV tentang jarak perjalanan kereta, GoCar turut menyediakan kad ChargEV percuma di dalam setiap kenderaan.
Kad ini membolehkan pengguna mengakses hampir kesemua 300 stesen pengecasan yang terdapat di seluruh negara. Pelanggan GoEV boleh menggunakan stesen pengecasan yang terletak dalam zon GoEV secara percuma.

Jadual di atas menunjukkan senarai kadar yang terlibat dan juga pelan yang ditawarkan. Sebagai info, anda dapat menikmati harga yang lebih murah untuk jangka masa tempahan yang lebih panjang.
Tempahan GoEV cukup mudah untuk dilakukan kerana anda hanya perlu muat turun aplikasi mobil GoCar.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pendaftaran, memuat naik dokumen yang diperlukan, membuat semakan ketersediaan kereta, membayar dan juga mengunci atau membuka kunci kereta.

Pelanggan tidak perlu membuat pra tempahan, namun GoCar menawarkan pemulangan deposit sekuriti bagi pelan langganan.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan etika perkongsian yang baik dan memastikan kereta dipulangkan dalam keadaan bersih.

Layari https://hi.gocar.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau muat turun aplikasi GoCar untuk membuat pendaftaran sekarang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen GoCarLah: Diskaun Hingga 30 Peratus, Guna EV Percuma 3 Jam!
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini sedang mengadakan kempen ‘GoCarLah.'
29-07-2022
GoCar, EV Connection Jalin Kerjasama: Akses Stesen Pengecas EV Dipermudah
GoCar Malaysia menjalinkan kerjasama dengan EV Connection.
26-07-2022
GoCar Tawar Diskaun Untuk Khidmat Share Round Trips Sempena Tahun Baharu Cina
GoCar mengumumkan promosi terbaharunya sempena Tahun Baharu Cina.
27-01-2022
Servis Kereta Anda Dengan GoCar. Mudah, Tiada Caj Tersembunyi
GoCar Malaysia telah melancarkan kempen GoLadies baru-baru ini.
22-10-2021
Sewa Kereta Elektrik GoEV Kini Hampir 50% Lebih Murah!
Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia, hari ini telah mengumumkan kadar harga terbaharu.
09-02-2023
GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%
Setahun selepas dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu, peneraju platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia, kini meraikan pencapaian perjalanan lebih 500k.
09-12-2022
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
