Kereta Konsep Mercedes-Benz VISION AVTR, Boleh Dikawal Dengan Otak?
Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah kenderaan futuristuk yang boleh dikawal dengan menggunakan minda.
Digelar sebagai antara muka otak-komputer atau Brain-computer interface (BCI), teknologi ini diintegrasikan kereta konsep mereka, VISION AVTR.
![]()
Ketua pegawai operasi Mercedes-Benz, Markus Schafer berkata, "Dengan pembangunan berterusan pembantu suara 'Hey Mercedes' dan juga konsep kosong-lapisan MBUX Hyperscreen, kami telah mempermudah operasi kenderaan secara radikal. Teknologi BCI menjadikan ia tidak mustahil untuk memberikan lebih kelegaan kepada pengguna, supaya mereka dapat lebih fokus dalam pemanduan. VISION AVTR menekankan keberanian dan juga semangat menjadi perintis syarikat yang merupakan konsep tepat untuk menguji dan membangunkan lagi aplikasi BCI. Konsep kenderaan ini menggambarkan masa depan mobiliti dengan hebat yang mana manusia, alam dan teknologi wujud dalam keadaan harmoni bersama-sama."
Gabungan yang mengagumkan, interaksi biometrik dengan kenderaan disempurnakan melalui sambungan terus kepada otak manusia.

Berlandaskan kepada persepsi visual, teknologi kawalan minda ini didemonstrasikan melalui mock-up tempat duduk futuristik VISION AVTR menggunakan titik cahaya yang ditayangkan pada papan pemuka digital sepenuhnya.
Sebaik sambungan terus kepada kenderaan berjaya dilakukan selepas proses kalibrasi selama satu minit, peranti BCI iaitu dengan 'elektrod boleh pakai' (wearable electrodes) dipasangkan pada bahagian belakang kepala pengguna akan merekodkan aktiviti otak.

Semasa otak menunjukkan respon terhadap stimuli visual yang terdapat pada papan pemuka, peranti BCI akan mengukur aktiviti neuronal di bahagian korteks.
Kemudian, ia akan menganalisis ukuran gelombang otak dan mengenalpasti dimanakah arah cahaya yang difokuskan oleh pengguna, ini dinamakan 'antara muka pengesanan-perhatian' (attention-sensing interface).

Oleh itu, semakin tinggi fokus yang diberikan, semakin tinggi aktiviti neuronal, dan dengan ini, peranti akan memacukan fungsi yang telah difokuskan ini kepada kenderaan.
Antara fungsi yang boleh dikawal ialah destinasi navigasi, kawalan pencahayaan ambien dan juga penukaran siaran radio.

"Mercedes-Benz telah mencipta satu detik penting dalam menggabungkan manusia dan mesin dengan kajian dan pembangunan aplikasi antara muka otak-komputer untuk kereta bagi meningkatkan keselesaan pemanduan pada masa hadapan. Teknologi BCI dapat berfungsi tanpa suara dan sentuhan. Ini membuka kemungkinan yang revolusioner untuk interaksi intuituf dengan kenderaan," ujar ahli lembaga Daimler AG, Britta Seeger.

Mercedes-Benz VISION AVTR telah dibentangkan kepada umum buat pertama kalinya ketika Consumer Electronics Show (CES) 2020 di Las Vegas.
Ia merupakan hasil kolaborasi global antara salah satu jenama paling inovatif dalam industri hiburan, Disney dan juga jenama kereta kelapan yang paling berharga di dunia, Mercedes-Benz.

AVTR merupakan nama pendek bagi konsep kereta masa depan ‘ADVANCED VEHICLE TRANSFORMATION’.
Konsep pemanduan autonomi ini merupakan visi pereka, jurutera dan pengkaji Mercedes-Benz untuk mobiliti masa depan.

Berkenaan rekaannya, bahan yang diproses secara mampan seperti balutan kulit DINAMICA yang diperbuat daripada barangan kitar semula, dan juga penggunaan kayu rotan Karuun yang tumbuh dengan cepat.



Namun begitu, teknologi ini tidak mungkin dapat dinikmati dalam masa yang terdekat, tetapi kini ia bukanlah sekadar satu bayangan atau mimpi, dengan adanya kajian tanpa henti, VISION AVTR bakal menjadi realiti.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT3086
SELANGOR
BSU3081
JOHOR
JF4396J
PULAU PINANG
PSG2593
PERAK
APM925
PAHANG
CFH9642
KEDAH
KGJ3979
NEGERI SEMBILAN
NEM2253
KOTA KINABALU
SJU4720
KUCHING
QAB7316P
Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.
13-03-2023
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.
09-03-2023
Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung
Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.
24-02-2023
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.
14-01-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Ibu, Anak Terkorban!
Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
12-10-2022
Berita Terkini
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

