ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

McLaren Daniel Ricciardo 720S Edisi Terhad: Hanya 3 Unit Dikeluarkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

McLaren F1 Team berjaya merangkul kemenangan pertama pada tahun 2012. Kemenangan ini berjaya digalas oleh pelumba, Daniel Ricciardo. Saat bersejarah ini diraikan McLaren dengan penghasilan versi terhad dan eksklusif model 720S yang hanyalah dikeluarkan untuk negara Australia.

 

Model kereta istimewa, Daniel Ricciardo Edition 720S yang dihasilkan dengan kerjasama pengedar McLaren di Melbourne dan Sydney ini hanyalah dikeluarkan sebanyak tiga unit sahaja.


Pengarah eksekutif komersial McLaren Automotive Ltd, George Biggs berkata, "Keazaman dan usaha untuk mencapai kecemerlangan tanpa henti Daniel Ricciardo adalah kualiti yang benar-benar mencerminkan etos McLaren. Ekoran prestasi cemerlang dicapai McLaren dalam Italian Grand  Prix, ini merupakan masa yang sempurna untuk mendedahkan siri terhad (kereta ini) bagi meraikan pemandu Australia ini."

 

Dari segi luaran, setiap model dicatkan dengan warna sama yang digunakan pada kereta lumba McLaren Formula 1 2021 MCL35M  iaitu warna Papaya dan biru Burton.

 


Ia turut memaparkan nombor lumba Honey Badger pada pintu dihedral, tandatangan Ricciardo pada ambang pintu yang dihasilkan daripada gentian karbon, plat 'One of Three' dan juga bendera Australia pada sudut depan.

 

Bergerak ke bahagian dalam, kemasan berwarna jingga digunakan pada tempat duduk dan juga papan pemuka. Terdapat beberapa bahagian yang diberikan elemen berwarna, manakala bahagian-bahagian lain pada kabin ini dikekalkan sama seperti McLaren 720S yang asal.

 


Enjin yang digunakan ialah enjin V8 turbo kembar 4.0L yang mampu menghamburkan kuasa 720 hp dan tork 770 Nm. Ini membenarkan kereta memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat.



Harga bagi  McLaren Daniel Ricciardo 720S edisi terhad ini masih belum diumumkan. Namun, model asal 720S ditawarkan pada harga  USD 300,000 (RM 1,248,450).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

McLaren 750S Le Mans: Supercar Edisi Terhad Ini Hanya Ada 50 Unit

McLaren telah melancarkan edisi terhad 750S Le Mans, yang hanya ditawarkan di pasaran sebanyak 50 unit sahaja.

03-06-2025
Global

Masalah Kewangan Punca McLaren Diambil Alih

McLaren kini milik Bahrain.

27-03-2024
Berita Auto

“Tiada Perlindungan Untuk McLaren Kemalangan Di Malaysia” – AIG Singapura

AIG Insurance Motor membuat keputusan untuk tidak menyediakan perlindungan insurans bagi kereta sport, McLaren.

25-03-2024
Global

Artura Spider, Kuasa Umph, Reka Bentuk Macho, Agak-Agak Berapa Harganya?

Artura Spider sudah berada di pasaran tetapi bukan di Malaysia.

28-02-2024
Berita Auto
Berita Auto

Hanya 66 Unit Di Dunia, McLaren F1 Hanya Terdapat Di 12 Negara inI, Wujudkah Di Malaysia?

Hanya 106 unit dihasilkan, McLaren F1 ialah sebuah model supercar yang unik dan sangat jarang ditemui.

30-12-2022
EV

Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.

17-10-2022
Global

Versi Terbaharu Kereta Lumba, McLaren 700S GT3 EVO

McLaren Motorsport telah mempertingkatkan kereta lumbanya, 720S GT3 EVO supaya kekal kompetitif untuk musim perlumbaan GT3 2023.

20-02-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.