JPJ Minta Orang Ramai Buat Aduan Jika Ternampak Nombor Plat Fancy
Masih ramai yang berani memasang nombor plat pelik-pelik sampai sukar untuk dibaca namun jangan sangka anda akan terselamat dari disaman biarpun tiada kelibat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan raya.
Ini kerana JPJ kini telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk melaporkan aduan jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur dan fancy.
“Orang awam yang ternampak kenderaan menggunakan nombor plat seperti itu boleh tangkap gambar dan e-mel kepada aduantrafik@jpj.gov.my,” kata JPJ dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Bagi memberi gambaran jelas mengenai nombor pendaftaran fancy, JPJ turut memuat naik beberapa gambar contoh yang menunjukkan kenderaan yang tidak menggunakan nombor plat mengikut spesifikasi ditetapkan.
Memang diakui bahawa mereka yang menggunakan nombor plat yang fancy ini mungkin ada alasan dan maksud tersendiri yang ingin ditunjukkan namun ia tetap salah di sisi undang-undang.

Jika anda masih terselamat daripada disaman maka, anda masih sempat menukar nombor pendaftaran kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika masih melengah-lengah masa untuk berbuat demikian, anda boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Jadi, selepas ini jika anda ternampak mana-mana kenderaan menggunakan nombor pendaftaran kabur atau pelik, cepat-cepat buat aduan!
Nampaknya penting juga untuk membuat laporan, kalau kabur susah juga pihak berkuasa nak kesan penjenayah jika berlaku apa-apa!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat