ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fuhh, Lain Macam Taste! Jadikan Porsche Sebagai 'Rumah'

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pelik tetapi menarik!

Percaya atau tidak, pemuda  berusia 24 tahun ini, Harrison Schoen menjalani kehidupannya dengan menjadikan Porsche Cayaenne miliknya sebagai tempat tinggalnya.

Bekas anggota tentera tentera Amerika Syarikat itu membuat keputusan drastik selepas memajak rumahnya baru-baru ini.

Dia dikatakan membawa hanya beberapa barangan keperluan ke dalam Porshe Cayenne yang kini dipanggil sebagai ‘rumah’.

“Menjadi sebagai anggota tentera dan tinggal dalam pesawat tempur sebenarnya membuatkan saya mempelajari bagaimana untuk menjalani kehidupan yang bersederhana.

“Selepas keluar dari tentera, saya berpindah ke sebuah rumah yang cuma memiliki dua bilik tidur dan tidak lama kemudian, saya membuat keputusan untuk tinggal di garaj. Ketika itu, saya menyewa rumah dua bilik itu supaya saya boleh duduk secara percuma,” katanya.

Bosan dengan kehidupan itu, dia akhirnya menjadikan jentera mewahnya sebagai tempat tinggal.

Dia kemudian membuat keputusan untuk menjelajah beberapa negara dengan menggunakan jenteranya, dimulai dengan negara Thailand. Namun hasratnya itu terbantut gara-gara pandemik Covid.

“Saya menyedari kehidupan ini sangat singkat jadi saya memilih untuk menggembara. 

“Lagipun, ia sesuatu yang harus diterokai ketika saya masih muda daripada menghabiskan kehidupan dengan bekerja dan akhirnya bersara. Saya tidak mahu menikmati dunia ini ketika usia senja,” ujarnya.

Tidak sampai empat bulan, penggembaraannya itu dikatakan meraih perhatian rata-rata pengguna laman sosial.

Apa tidaknya, Cayanne yang merupakan kenderaan mewah sudah pastinya tidak akan menjadi pilihan pemiliknya untuk menjadikan kereta berkenaan sebagai rumah mudah alih.

Namun lain pula buat Schoen apabila dia melihat jentera itu dijual secara dalam talian dan terus membeli kenderaan itu pada keesokan harinya.

Dia dikatakan telah membeli Cayenne S itu yang telah membuat perjalanan lebih 200,000 kilometer.

Sebaik membeli jentera itu, dia terus melakukan beberapa pengubahsuaian. 

Antaranya, meninggikan kenderaan sekitar tiga inci,  lengan kawalan bawah, lengan kawalan hadapan yang lebih rendah dan rim aloi 18 inci dipadankan dengan tayar off-road bersaiz 33 x 12.5 inci.


Dia turut memasang rak bumbung untuk meletakkan kotak penyimpanan barang, awning (sengkuap) dan menanggalkan bampar belakang untuk meningkatkan sudut kereta ketika bergerak.

Salah satu keputusan penting lain yang dibuat oleh Schoen ialah mengubah Cayenne dengan memasang satu platform untuk tidur daripada memilih khemah bumbung. 

Ini kerana pemasangan khemah berbumbung hanya menghalang untuk melakukan perjalanan off-road.


Begitupun, dia telah melakukan pemanduan di laluan yang cukup mencabar di beberapa negeri barat dan kini berhasrat untuk mengunjungi setiap Taman Ngeara di Amerika Syarikat dan Alaska.

“Setakat ini, saya paling suka memandu di pesisir pantai di Oregon. Saya tidak pernah memandu di pantai sebelum ini, jadi ia adalah pengalaman yang sangat luar biasa,” katanya.

Dia dilaporkan menghabiskan kebanyakan masanya di dalam keretanya sejak Mei lalu.

Schoen mengakui dia telah melakukan perjalanan sejauh 32,000 km dengan menggunakan Cayenne yang dibelinya sejak Februari lalu.

“Saya sememangnya menikmati perjalanan yang luar biasa ketika ini. Ia merupakan salah satu alasan untuk melakukan sesuatu yang lain.  Saya tidak berasa kesepian sebaliknya berpeluang mendapat kawan baharu di setiap pelusuk negeri.

“Terdapat juga komuniti hebat yang menikmati kehidupan mereka di dalam van. Namun, saya menjadikan penggembaraan ini ke satu tahap yang seterusnya memandangkan Porsche ini membolehkan saya mengunjungi kawasan dimana orang tidak pernah kunjungi,”akhirinya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto
Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto
Isu Stesen LRT Sesak

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.