ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kedua-dua Jentera Ini Akan Ditayangkan Pada Jumaat Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ada berita baik untuk anda yang sudah menanti lama keluaran trak pikap  Mazda BT-50 dan Kia Carnival ke pasaran Malaysia!

Ini kerana Bermaz Auto Bhd (BAuto) dikatakan akan membuka tempahan untuk dua model eksklusifnya itu, Mazda BT-50 dan Kia Carnival di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Jumaat ini.



Bagi ciri Kia Carnival, ia kelihatan lebih inovatif, fleksibel dan menampilkan rekaan yang agak bergaya.

Nampaknya, sudah pasti, ia bakal menggoda golongan muda yang sudah bekeluarga!

Jika sekali pandang, jentera Kia Carnival ini menampilkan seolah-olah wajah harimau menyebabkan ia kelihatan agak futuristik terutama di bahagian gril.

Kenapa saya katakan ia berwajah harimau?


Menjengah lampu hadapannya, ia yang lebih berbentuk segi sama menyebabkan bahagian grilnya kelihatan seolah-olah seperti hidung harimau.

Di bahagian belakangnya pula, Kia Carnival dilihat menggunakan kemasan jaluran yang agak lebar bagi menekankan kemantapan jentera ini.

Kemasan jalur ini termasuk kombinasi lampu yang agak bergaya dimana ia disepadukan dengan perincian lampu nyalaan siang menyebabkan ia seakan-akan bercantum.


Bahagian kabinnya pula, terdapat juga panel hiasan pada papan pemuka dengan permukaan hitam gloss.

Hiasan krom yang panjang mewujudkan ruang terbuka di dalam kabin hadapan. Melihat kepada saluran hadapannya, ia dilihat menerima sentuhan yang agak moden.

Kenderaan pelbagai guna menawarkan ruang yang agak besar dimana ia mampu memuatkan sekurang-kurangnya 11 penumpang dimana ia menampilkan sebilangan ciri khas yang inovatif sekali gus menjadikan perjalanan menjadi lebih menyeronokkan!

Ciri-ciri yang dimaksudkan itu tadi termasuk pintu gelangsar berkuasa, pintu tailgate belakang berkuasa tanpa sentuhan, sistem kunci pintar dengan fungsi satu butang buka/tutup untuk bahagian pintu gelangsar dan pintu belakang.

Antara lain ciri dalamannya yang terdapat pada jentera ini ialah  skrin sesentuh 12.3-inci untuk sistem infotainmen dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Perincian lain yang turut diberi termasuk tujuh port USB dan juga pengecas telefon pintar tanpa wayar.



Dari segi struktur kerangkanya, Carnival Kia dibina berasaskan platform "N3" generasi ke-3 yang serba baharu.

Seperti biasa ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang standard dan canggih.

Carnival dibekalkan dengan tujuh-beg udara (Hadapan Pemandu&Penumpang), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TSC), Kawalan Brek pelbagai Pelanggaran (MCB) , ISOFIX,  dan Kawalan Bantuan Permulaan-Bukit (HAC).

Ia juga dilengkapi dengan Amaran perlanggaran Titik Buta (BCW),  Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA).


Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai enjin jentera. Carnival didatangkan dengan enjin 2.2 turbo diesel dan dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan.

Ini menyebabakan ia mampu menghamburkan 199 kuasa kuda pada takat 3,800 rpm dan tork 440Nm@1,750 -2,750 rpm.

Ia juga menawarkan pecutan yang agak lancar dan pemanduan prestasi premium.

Ketika ini, Kia Carnival yang diimport sepenuhnya dari Korea Selatan menawarkan enam warna iaitu: Astra Blue, Silky Silver, Aurora Black Pearl, Snow White Pearl, Panthera Metal dan Flare Red.

Pun begitu, harganya akan diumumkan kelak. Bagaimanapun, jentera ini secara rasminya dibuka untuk tempahan dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun,penyelenggaran percuma lima tahun termasuk kos upah, alat ganti dan minyak pelincir.

Sementara itu,  Mazda BT-50 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia, dengan harga bermula dari RM124,179.20 untuk model 1.9L High AT dan RM143,218.40 untuk model 3.0L High Plus AT.


Varian 1.9 liter dikuasakan dengan turbodiesel empat silinder RZ4E-TC 1.9 liter yang menghasilkan 148 kuasa kuda pada takat 3,600 rpm dan tork 350Nm pada 1,800 hingga 2,600 rpm.

Bagi varian tertingginya pula, ia menerima enjin 3.0 liter 4JJ3-TCX yang menghamburkan 188 kuasa kuda@ 3,600 rpm dan tork 450 Nm @1,600 hingga 2,600 rpm. 

Kesemua varian ditawarkan dengan pemanduan pacuan empat roda.


Dari segi ciri keselamatan, varian 1.9 liter single cab MT didatangkan dengan rim aloi 16 inci, lampu hadapan LED, lampu kabus hadapan, lampu nyalaan siang jenis mentol, lampu kabus belakang, pengelap cermin automatik dan paparan kluster instrument 3.5 inci.

Tidak ketinggalan, varian ini menyediakan dua speaker, penghawa dingin manual, tempat duduk manual, kesemua tempat duduk dibalut dengan hanya pilihan fabrik, dua beg udara, kawalan cengkaman, Bantuan Pelancar Bukit, ABS, EBD dan bantuan brek.

Bagi varian double cab, ia hadir dengan rim aloi 17 inci, penghidup enjin tanpa kunci, sisi cermin berkuasa, sensor parkir, paparan info LCD 4.2 inci, skrin sentuh tujuh inci, sambungan Apple CarPlay, Android Auto, enam speaker, saluran udara di bahagian belakang, kamera undur, Isofix, kawalan pelayaran pasif termasuk pemantau titik buta.

Untuk makluman anda, varian 1.9 liter High AT dibangunkan berdasarkan varian Mid namun ditambahkan dengan lampu hadapan bi-LED, nyalaan lampu siang LED, sistem kemasukan tanpa kunci, sensor parkir di hadapan, rel bumbung, pemijak sisi, kawalan iklim zon berkembar, sistem infotainmen 9 inci, kerusi dilaraskan kepada lapan arah, tujuh beg udara dan kawalan turun bukit.



Untuk varian tertingginya, 3.0 liter High Plus AT pula menerima ciri yang sama seperti 1.9 liter High AT. 

Sebaliknya, ia menerima rim aloi 18 inci, fungsi penghidup enjin yang dikawal menerusi sistem kawalan jauh, lapan speaker, tempat duduk dibalut dengan material kulit berwarna perang.


Apa yang paling penting ialah, varian tertinggi ini menerima lebih banyak ciri-ciri keselamatan termasuk brek pelbagai pelanggaran, kawalan pelayaran adaptif, lampu suluh tinggi, amaran pelepasan lorong, amaran perlanggaran di hadapan dan brek kecemasan automatik.

BT-50 didatangkan dengan lima pilihan warna: Rock Grey Mica, Gunblue Mica, Ice White, Red Volcano Mica dan True Black Mica. 


Kedua-dua model eksklusif ini akan ditayangkan di SACC bermula Jumaat hingga Ahad ini.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM3976

SELANGOR

BST1768

JOHOR

JC9648J

PULAU PINANG

PSE9843

PERAK

APK9028

PAHANG

CFH5280

KEDAH

KGH6927

NEGERI SEMBILAN

NEL5479

KOTA KINABALU

SJT6608

KUCHING

QAB4432P

Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-04-2023
Kereta Baru

20-03-2023
Pandu Uji
Mazda CX-30 Sporty, Harga Pun Boleh Tahan!

Mazda CX-30 Sporty, Harga Pun Boleh Tahan!

Jenama Mazda Semakin Popular.

19-05-2022
Pandu Uji
Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV

Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV

Subaru XV yang terkini ditawarkan dalam tiga varian – XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P. Ini maklumat terperinci setiap varian...

17-08-2021
Berita Auto

22-06-2021
Berita Auto
Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Berhad secara rasminya telah bekerjasama untuk memperluas pengeluaran dan juga pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.

02-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.

24-08-2026
Berita Auto
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini

Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.

23-08-2026
Berita Auto
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.